Thursday, December 16, 2004

ADA APA DALAM BEG TANGAN SAYA?

Kejadian ragut semakin menjadi² sejak kebelakangan ini, oleh itu saya mengambil inisiatif untuk meminimumkan barang² yang terkandung di dalam beg tangan saya. Duit pun saya bawa ala kadar sahaja. Kalau boleh saya ingin beg tangan saya kelihatan se'nipis' yang mungkin, walaupun ia tidak menjamin beg tangan saya akan bebas dari ancaman peragut.

Saya pun bercadang untuk mengemaskinikan isi kandungan beg tangan saya. Mari kita lihat apa yang terkandung dalam beg tangan saya sekarang:

1. Dompet
Dompet yg berwarna hitam ini adalah hadiah pemberian ibu saya dan merupakan dompet rasmi saya. Di dompet ini terdapat:
1.MyCard.
2.Kad ATM Bank Niaga.
3.Kad ATM Bumiputra Commerce.
4.Kad ATM Standard Chartered.
5.Kad PRUassist.
6.Kad Lesen Belajar Memandu.
Saya mengambil keputusan untuk tidak membawa dompet ini lagi. Hanya MyCard saja yg akan saya bawa jika ke mana².

2. Sunglasses.
Kaca mata ini sangat penting bagi saya. Terutama sekali mata saya sangat sensitif terhadap kilauan cahaya matahari. Jadi Kaca mata ini akan terus berada di dalam beg tangan saya.

3. Small pouch.
Pouch kecil ini sangat senang di bawa ke mana saja. Di pouch inilah tempat saya menyimpan coins dan duit RM50 ke bawah. Biasanya saya hanya akan membawa pouch ini ketika keluar lunch ataupun ke kedai runcit. Small pouch ini juga akan tetap berada di dalam beg tangan saya.

4. Calculator.
Barang ini juga akan terus stay dalam beg tangan.Don't ask why. Setelah sekian lama hidup bergantung dengan mesin kira², 1+1 pun tidak lagi semudah 1,2,3.

5. Handphone.
Aset penting! A must have item.

6. Cosmetic pouch.
Kelihatan terlalu besar untuk di bawa ke sana kemari. Sometimes saya hanya mengenakan lipstik sekali sahaja. Jumlah lipstik dan lipgloss yg terdapat di dalam pouch ini adalah:
a) 2 batang lipstik maybelline jelly plumpy.
b) 3 batang lipstik Loreal' Invinceble.
c) 2 batang Revlon lipglide
d) 1 Maybelline watershine liquid diamond gloss
e) 1 Revlon super lustrous gloss
f) 1 batang Nivea lip care
g) 1 batang Revlon lipliner
h) Revlon One step compact makeup
i) Perfume Escada sentiment

Iya, begitulah jumlah alat makeup yg tidak saya perlukan tapi selalu berada dalam beg tangan saya. Saya akan meminumumkan jumlah yang akan di bawa. iaitu sebatang lipstik sahaja.

7. Resit² pembelian yg lama.
resit yg paling lama adalah pada bulan mei 2004. Need to say more? Out..Out!

8. Ubat.
Prednisolone & Chloramine akan terus berada dalam beg tangan saya.

9. Tisu.
Saya tidak pasti jika saya pernah menggunakan tisu yang sudah renyuk ini. Disebabkan saya agak ragu² akan tahap kebersihannya maka tisu ini harus dibuang.

10. Pocket Dictionary.
Sejak ada pocket dictionary ini saya tidak perlu lagi bersusah payah membawa dictionary yang tebal dan berat. Walaupun tidak terlalu complete tapi sometimes membantu saya juga especially jika saya berada di tempat yg tiada PC yg membolehkan saya meng'access dictionary.com. This item will stay.

11. Kunci office.
stay.

12. Habuk & semut.
Setelah menyemak kembali barang² yg berada di dalam beg tangan saya, saya mendapati tidak ada lagi yg berada di dalam beg melainkan habuk² dan cebisan kertas dan juga..emm..beberapa ekor semut. Don't get me wrong..tidak, saya tidak memelihara semut di dalam beg, tapi gula² yang sudah lama saya tinggalkan di dalam drawer telah diharungi semut. Ini menyebabkan semut² tersebut tersesat ke dalam beg saya.

Setelah mengemaskini kan barang² yg penting dan tidak penting. Saya pun merasa lega kerana selain bahu saya merasa kurang sakit, saya juga telah menjadikan beg saya kelihatan kosong.
Tapi yg penting sekali selalu prihatin dengan persekitaran anda dan banyak berdoa agar dijauhi dari mara bahaya. Amin.

Thursday, December 09, 2004

I'M 27 TODAY.

Alhamdullilah saya telah berumur 27 tahun di hari yang bahagia ini. Sebenarnya saya tidak terfikirpun untuk merayakan ulangtahun saya, kalau zaman kecil² dulu jangan cakaplah. Sehari sebelum birthday saya pasti sudah me'remind'kan mama dan bapak saya untuk membeli kek harijadi. Sekarang bagi saya, apa yang penting saya akan coba untuk selalu bersyukur dengan nikmat yang Allah s.w.t. berikan kepada saya.

Saya baru sahaja sembuh dari jangkitan tonsil. Sejak hari sabtu lalu saya hanya terbaring lesu lemah tak bermaya. Jangkitan yg saya alami agak serius sehinggakan saya tidak bisa berkomunikasi dengan baik. Bahkan membuka mulut sekalipun sangat sukar sekali, dan sejak hari sabtu sehinggalah ke hari selasa saya menghadapi kesukaran untuk minum mahupun makan, biar seketul drumstik ayam pun amat sukar untuk dihabiskan. Walaupun sekarang keadaan saya semakin beransur pulih namun saya masih menghadapi kesukaran untuk mengunyah makanan. Saya rasa jika saya diberikan seketul drumstik ayam, kelambatannya adalah dalam nisbah -->satu kunyahan:5M jauhnya siput ber'insut' atau kata suami saya 'mengensot'. Jadi bayangkanlah betapa lamanya saya makan.

Sekarang telah pun masuk waktu lunch, jadi...saya harap sahabat saya akan sabar dengan ke 'slow'an saya kerana hari ini adalah birthday saya.

For those yang telah mengirim card, e-card, sms dan yg wish secara face to face..terima kasih saya ucapkan.

Tuesday, November 23, 2004

SYAWAL PUN TIBA

Hari ini genap lah syawal yang ke 10. Aidilfitri kali ini sambutan kami sekeluarga sederhana saja. Maklum sajalah, ini adalah Aidilfitri pertama kami sambut tanpa kehadiran Datuk tercinta..aisey..ni yg bikin menangis ni...control..control...

Hari raya pertama seperti biasa kami balik Kampung Papar. Iyalah, dari dulu pun memang balik sana saja. Datuk dan nenek sebelah bapak sudah lama tiada sejak bapak saya kecil lagi. Sejak dulu lagi kami cuma merasa kasih sayang datuk dan nenek sebelah mama saja. Jadi soal balik kampung siapa di hari raya tidak pernah wujud dalam kamus hidup keluarga saya..begitulah adanya.

Hari raya pertama memang saya terasa sunyi, sebab cousin² seangkatan dan se'geng' tidak balik ke kampung. Selepas makan saya cuma menonton tv sahaja sambil makan kuih. Selepas itu saya pun tidur. Nasib baiklah ramai sepupu² saya menemani anak saya bermain, jadi tidur saya pun tidaklah terganggu. Selepas saya sedar dari tidur mama saya dan makcik² saya telah pun kembali dari berhari raya di rumah adik nenek saya yang terletak di sebelah rumah sahaja.

Sebenarnya saya bercadang untuk tidur semalam sahaja di kampung, tapi disebabkan pakcik saya yang tinggal di KL menangguhkan penerbangannya ke hari yg berikutnya, maka saya pun nekad untuk tinggal sehari lagi demi untuk nenek tercinta. Hari ke-2 raya mama dan bapak saya telah pulang ke KK kerana rumah kami telah kecurian (again??) dan tinggal lah saya dan anak² saya di kampung halaman..dan juga adik saya yang bertindak sebagai 'babysitter' di kala saya ingin tidur...hahahaha..

Malam raya ke-3 nenek saya memberikan saya tanggungjawab untuk memasak untuk seisi rumah. Makcik saya dan nenek saya cuma makan lauk² raya yg telah dipanaskan. Tapi setelah beberapa hari makan makanan yg berlemak dan penuh ke'santan'nan, ke'rempah'an dan ke'minyak'an, maka saya pun bercadang memasak makanan yg bebas dari sebarang lemak tepu..iya..menu itu tidak lain dan tidak bukan adalah telur goreng dan corned beef...dan saya pun memanggil semua sepupu² kecil saya termasuk anak saya, untuk beratur mengambil nasi sambil saya berlagak seperti ketua chef yg membahagi²kan lauk.

Bila terkenang semasa dulu, sambutan Hari Raya ketika saya masih kecil sangat meriah sekali. Bukan sebab waktu kecil dapat duit raya. Seingat saya zaman kanak² saya tidak ada sama sekali istilah 'duit raya'. Kalau ndak percaya tanyalah makcik saya. Tapi yg paling best tu bab main bunga api...dulu hari raya kalau tiada bunga api dan mercun ibarat roti canai tanpa kuah..ataupun mee laksa tanpa kuah laksa...begitulah betapa bermakna sekali sambutan raya di zaman kanak² dengan kehadiran api berwarna warni...sekarang ni dapat beli mercun pop² tu pun kira bernasib baik...

Selain dari itu, disebabkan saya adalah generasi cucu nenek saya yg terawal dilahirkan selain dari kakak saya (iya la bah..nama pun kakak) maka kami bertanggungjawab untuk membantu kerja² dapur..termasuk lah makcik saya yg bongsu sebab umur makcik saya tidak jauh dari umur kami..3 kilometer saja jauhnya..heheh...kerja² dapur yg saya katakan di sini adalah : mengelap piring dan mengisi campuran(kuih² tradisional). Dulu malam takbir berduyun² tetamu datang ke rumah( padahal besok baru raya)..Kalau orang² kampung biasanya kami berikan kuih 'campuran' saja, kalau orang bandar barulah kami hidangkan biskut raya..itu pun biskut buatan sendiri..dulu² mana ada biskut yg main order, rasa pun sama saja, bentuk saja lain....Kalau ndak percaya tanyalah nenek saya...

Saya: betul kan nek..

Nenek saya: auk, banar atu. (iya, betul tu)

Lihatlah, betapa bersemangatnya sambutan raya dulu². Dulu dapur nenek saya masih lagi di tingkat atas, jadi satu rumah tu terang berderang menyambut kehadiran lebaran. Tapi sekarang hanya tingkat bawah saja yg terang, lampu 'lip lap' pun tidak mampu untuk menceriakan sambutan raya kali ini. Sedih sungguh rasa di hati. Dulu di pagi syawal satu family (mama saya mempunyai adik beradik seramai 9 orang) akan bersalam-salaman di pagi raya..siap nangis-nangis..lepas tu gelak ketawa sesama kami saja sudah cukup membuatkan hari raya lebih dari sekadar sambutan raya..seperti kenduri pun ada...

Walaupun dulu rumah nenek kondisinya tidak lah sebaik sekarang, di mana dahulu bahagian bawah rumah nenek masih lagi berlantaikan tanah...setiap kali semua keluarga berkumpul, penuh sesaklah di setiap penjuru rumah bila tiba sahaja waktu tidur, dan setiap tempat mewakili keluarga masing²...tilam pun dibentangkan..masing² mencari bantal dan selimut..kadang² ada yg membawa bantal dan selimut sendiri kerana bantal yang ada di rumah nenek biasanya "out of stock"..hehe...dan kini, keadaan sudah berubah, bilik tidur sudah bertambah di tingkat atas...di bahagian bawah rumah nenek pun telah di renovasi untuk di jadikan ruang tamu, maklumlah nenek pun sudah tua, tidak larat lagi untuk naik turun tangga..ruang dapur juga berpindah ke tingkat bawah..semakin luaslah rumah nenek saya, tidak seperti zaman kami kanak² dulu...tapi.. semakin kosong pula terasa.

Saya pun tidak tau jika anak-anak saya merasa seronok menyambut lebaran seperti yang saya rasakan ketika saya sebaya mereka dulu. Bila saya bertanyakan Acap & Adik kenapa hari raya 'best' bagi mereka? Inilah jawapan mereka:

Acap: Sebab Acap pakai baju hari raya sama dapat duit raya.

Adik: Adik suka hari raya sebab umi beli pop², dapat duit raya juga sama macam Acap. Umi minta duit raya!! Umi belum kasi lagi..

Saya: Adik..ndak buli tuh begitu..hari raya bukan setakat main pop² dan duit raya saja...ia sebenarnya melambangkan...

Adik: Adik mau duit raya!!!...beli tabung juga!

Saya: Materialistik sungguh!...ish..nah, duit raya...ok continue..Aidilfitri adalah hari yang..

Adik & Acap: Bye umi...Acap sama Adik mau pi hari raya...

Saya: waaaaaaaa...waaa.......kejam..

Hari sabtu lepas kami mengambil gambar beramai-ramai di kampung, maklumlah pakcik saya yang di KL mempunya anak yang ramai, jadi kira meriah jugalah bila mereka berkumpul bersama kami di kampung. Masih banyak sebenarnya ruang kosong yg seharusnya diisi oleh kaum keluarga yang tidak dapat pulang berhari raya. Saya melihat nenek menangis sambil berpelukan dengan makcik saya, iyalah..bila ramai-ramai berkumpul teringat pula keluarga yang jauh di mata.

Tiba² saya teringat akan satu foto keluarga yang diambil sekitar tahun 80'an di hari lebaran. Seingat saya itu adalah foto adik beradik mama saya yang sangat lengkap pernah diambil. Kalau ada yang masih ingat, sudilah kiranya kita mencari beramai-ramai di mana hilangnya foto itu. Maklumlah baru² ini makcik saya menjumpai sijil nikah nenek saya yang sudah lama hilang. Mana tau nanti terjumpa peta harta karun..hehehe

Saya berharap suatu hari nanti kami sekeluarga akan berpeluang untuk berkumpul memenuhi ruang yang kosong di dalam album keluarga kami. Namun begitu, ada juga ruang kosong yang tidak mungkin terisi lagi. Arwah datuk dan pakcik saya tidak mungkin dapat mengisi ruang kosong di mana-mana foto album kami, tapi di hati kami selalu ada ruang yang istimewa buat setiap sanak saudara yang kami cintai.

Salam Lebaran,
Ana.

Friday, October 22, 2004

SELAMAT BERPUASA!

Selamat berpuasa semua! Cerita pasal puasa ni, tiada apa yang lebih best selain dari cerita pasal juadah berbuka. Walaupun cerita² seperti ini boleh menimbulkan unsur-unsur perut berkeroncong..namun itulah dugaan di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini. Sesiapa yg tidak tahan puasa, adalah dinasihatkan agar tidak meneruskan pembacaan anda. Dikhuatiri anda akan mendengar Azan Maghrib lebih awal dari sepatutnya...Sekian dan terima kasih.

Puasa kali ni sama saja macam puasa yang lepas-lepas. Kuih muih di bazaar Ramadhan juga nampak sama saja macam bulan puasa yang lepas-lepas. Ada warna hijau tua, oren, fuschia pink, lavender, lilac, beige, bronze...entah berapa sudu kandungan pewarna yang dicampur. Saya pun kadang ragu, itu makanan kah atau perhiasan? Warna tu bukan main striking lagi. Sepanjang beberapa hari puasa ni, adalah sedikit sebanyak saya perhatikan gerai-gerai yang menjual juadah yang menyelerakan. Berikut adalah gerai yang menjadi pilihan saya.


GERAI SUAMI ISTERI YANG LESU MENJUAL TEPUNG PELITA SEDAP.
Ada satu gerai ni sungguh low-profile. Saya menggelar gerai mereka 'GERAI SUAMI ISTERI YG LESU.....YANG MENJUAL TEPUNG PELITA SEDAP. Senang saja kalau ingin mencari gerai ini, perhatikan saja riak wajah penjual di gerai tersebut..mereka sanggat lesu dan kurang bermaya. Kemarin saya dan Miza buat kesekian kalinya membeli kuih tepung pelita mereka yang sangat 'marvelesss' ini. Kali ini mereka dibantu oleh dua orang anak mereka. Ketika mereka memasukkan kuih ke dalam bakul plastik, saya perasan yang Miza ketawa-ketawa sinis terhadap mereka. Jadi saya pun bertanya alasannya berbuat demikian. Miza pun mejelaskan dia ketawa melihat mereka berniaga, kelihatan sangat 'tidak bermaya sekali' ketika memasukkan kuih muih tersebut..dan saya pun mengakuinya.

Kuih yang dijual di gerai itu, ada dalam 4-5 jenis sahaja. Dengan keluasan satu meja sederhana luas, mereka pun meletakkan kuih muih yang bertutup kemas dan bersih di atasnya... Saya paling suka kuih tepung pelita. Rasanya memang sedap..tidak manis sangat, tidak pula kedekut untuk meleletakkan jagung banyak-banyak. Warna tepung pelita tersebut adalah warna cream gitu. Jadi saya tahu bahwa adunan kuih ini diaduk dengan sebati sekali. Lipatan 4 segi pandan itu pun kemas dan sungguh sekata isipadunya. Rasanya sebelum proses melipat mereka telah membuat kiraan dan ukuran yang tepat agar setiap isipadu kuih sama rata dalam proses pembahagian. Ini sangat adil dan saksama buat para pelanggan. Dan juga tiada satu pun kuih yang dijual menggunakan warna yang ganjil-ganjil. Orang yang menjual pun sangat baik (iyala bah, ndak kan mau memukul pula).

Iya, itulah gerai pilihan pada minggu ini. Selamat mencari!

Monday, October 11, 2004

ASYRAF'S 6TH BIRTHDAY.

My dear beloved Asyraf,

Happy 6th birthday Acap,..Umi doakan yang terbaik buat anak² umi. Semoga menjadi insan berguna di masa hadapan. Amin.

Acap, semalam tepat jam 12.00 umi cium Acap dan ucap selamat ulang tahun. Waktu itu Acap sudah tidur, lena betul..siap berdengkur lagi. Umi, check handphone KALAU ada sesiapa yang mau wish 'happy birthday'... Ndak apa lah, mungkin dia lupa. Mungkin dia busy dengan kerja dan study, Mungkin hari ini dia akan call, cakap dengan Acap. Mungkin Acap pun tidak kisah, tapi umi kisah...

Acap, Umi minta maaf sebab birthday kali ini kita celebrate kecil²lan saja. Padahal dari awal lagi Acap sudah bilang, Acap mau celebrate di sekolah, macam last year. Umi rasa bersalah sekali dengan anak umi. Semalam umi janji dengan Acap, umi akan buat juga party buat Acap di sekolah walaupun lambat sedikit. .dan semalam sebelum tidur kita sempat bicara:

'Acap, sekejap lagi birthday Acap'

'sekarang kah? ini siang?' (sambil tersenyum manis)

'pukul 12 ni Acap 6 tahun, Acap sudah besarlahh..' (sambil peluk Acap)
'Acap..umi ndak buat birthday party di sekolah..ndak apa kah? Acap marah? Umi janji umi buat juga nanti. '

'(sambil Acap merenung saya, sambil tersenyum) Ndak apa, Acap ndak marah umi'

'Acap kestau umi, Acap mau apa, nanti umi beli'

'(sambil berfikir) Hmm..hmm...Umi, Acap ndak mau mainan lagi..Umi ndak suka Acap beli mainan kan?...hmm..Acap mau komputer yg keluar suara tu, yang macam ima punya'

'erm..ermm..komputer?..ooo..yang itu tu...Acap...nanti umi kasi beli ok..lambat sikit ndak apa kan?'

'yeaa..em..em..ndak jadilah...kesian umi..umi tiada duit sudah'
'Nanti Acap kasi tau bapa kirim duit ok..atau Acap suruh opa beli lah..ok'

'Ndak payah...Umi ada duit. Cuma lambat sikit saja..' (sebak rasanya..)

'Umi...umi jangan sedih...Acap ndak mau itu lah..Acap mau kek yang kecil saja, yang ada patung doremon kecil'

'Umi ndak sedih..umi beli juga nanti..tapi sekarang Acap mesti tidur, besok kita beli kek.

'umi...Acap mau tidur peluk umi'

'Iya..sini sama umi. Umi mau peluk anak umi yang gemuk ini..'(sambil menggelitik Acap)

'eeeee..eeee...hahahaa'
'Umi, good night...I love you'

'Goodnight..I love you too'

dan semalam ada sesuatu yang Acap katakan yang membuatkan saya kagum sekali dengan cara Acap berfikir...and i wish the same thing too.

'HAPPY 6TH BIRTHDAY SWEETHEART'

Thursday, October 07, 2004

BILA KK MENANGIS.

Sejak beberapa hari ni cuaca di KK sangat sensetif sekali. Awal pagi menangis, petang pun menangis. Rasanya adalah dekat 2 minggu kami menjemur baju di bawah kipas angin. Mandi pun malas...(sebenarnya kalau tidak hujan pun saya malas mandi)

Saya masih ingat lagi, sewaktu saya masih kecil(belum tadika) mamabapa saya akan menghantar saya dan kakak saya di rumah arwah makcik saya untuk dijaga. Rumah arwah makcik saya adalah jenis rumah berdiri di atas tiang. Tiang rumahnya tidaklah terlalu tinggi, cukup untuk budak kecil seumur kami masuk di bawahnya(kami panggil bawah kolong) untuk bermain.

Waktu itu, kawan kami bermain adalah the only cousins kami di sebelah bapa. Umur kami pun tidak lah jauh beza. Bila musim hujan, itulah saat yang paling kami tunggu². Selepas hujan reda kami pasti akan turun di bawah 'kolong', nah, di situlah kami akan lihat cacing tanah keluar dari habitat mereka, besar² dan gemuk² belaka. ..dan akan terbentuk bermacam² corak di atas tanah, iya..itu adalah jejak yg mereka tinggalkan..

Selain dari itu, kami juga akan menjalankan aktiviti menangkap anak katak alias 'berudu'. Ini adalah aktiviti favourite kami. Kami menangkap anak berudu ini di longkang depan rumah arwah makcik saya...(wah, pengotor sekali kami...) Tapi, longkang rumah waktu itu bukan macam longkang rumah sekarang. Saya masih ingat lagi keadaan longkang tersebut. Airnya sangat jernih, sehinggakan kami boleh melihat berudu tersebut dengan jelas dan aktif sekali. Malah airnya pun boleh dibuat mineral water..hehe(ini sudah melebih..) Kalau sekarang jangan kan berudu, bakteria pun tidak sanggup hidup di longkang.

Kalau di kampung saya lain pula cerita dia, dulu kalau musim hujan nenek saya mesti suruh kami kasi off TV. Kalau terdengar bunyi kilat @ petir@ halilintar@ guntur @ temparik nah...ready² lah..adalah rambut yg kena gunting..lepas tu kena tunu'(bakar)..reason?

saya: nek, napa mau bakar tu rambut yg kena gunting?

nenek: supaya inda kana guntur.. (translation:supaya tidak kena petir)

saya: Ooo...(sambil menutup hidung kerana tercium bau hangus rambut saya dibakar)

sebenarnya saya pun tidak ingat jika saya pernah bertanya begitu, tapi saya yakin conversation seumpama itu pernah terjadi.

Tapi hal yang WAJIB bagi setiap kanak² adalah mandi air hujan! bukan air shower yang macam air hujan..tetapi air hujan sebenar...yeah! dan itu adalah satu pengalaman yang paling menyeronokkan. Sesiapa antara anda yg belum pernah mencoba, memang zaman childhood anda tidak lengkap. Lagipun untuk bermain hujan di zaman millenium ini tidak sama seperti zaman saya kecil² dahulu. Dulu..kalau main hujan..paling² pun demam sebab sejuk masuk angin..sekarang ini kalau main hujan...selain dari demam, ada banyak lagi penyakit yang available..Hihi

Di luar office sekarang, hujan masih lebat...awan masih mendung...cuaca yang sama suatu ketika dahulu... saat saya melihat cacing tanah di bawah 'kolong', main 'berudu', 'tunu' rambut, dan mandi air hujan.

I had so much FUN!

Wednesday, October 06, 2004

MY TWO HEARTS THAT BEAT OUTSIDE ME.

Kalau ada yang bertanya apa yang bisa membuatkan hari saya yang paling 'buruk'menjadi hari yg meriangkan, hati yang saya yang keras menjadi lembut, senyum yang tawar menjadi manis...jawapannya adalah senyuman Acap & Adik. Tiada senyuman yang paling manis seperti senyuman dua insan kecil yang saya ibaratkan 'jantung yg berdenyut di luar diri saya'.

'Ana,..laughter is the best medicine, you know that..'
'well, not for me...you may see me laughing..but inside, my heart is crying like hell. You know what is the remedy? to see my boys smiling'

Ada hal yang dalam hidup saya yang tidak dapat saya gambarkan dengan kata². .iaitu melihat Acap & Adik membesar.

Semalam Acap menunjukkan saya yang dia telah bisa membuat 'air ais'.
Menurut Acap:
Mula² campur air mangga sama air putih. lepas itu kasi masuk dalam peti sejuk. Biar lama-lama. Nah..jadilah macam ini (sambil menunjukkan hasilnya)

Adik semakin pintar melukis, dan ada satu lukisan adik yang saya simpan di office ini. Adik telah melukis ikan NEMO. Saya telah berjanji akan membelikan fail untuk menyimpan lukisan Adik. Even Da Vincci's Mysterious Monalisa has failed to impress me.

suatu hari, Acap terlihat saya menangis,
'Umi nangis?'
'ndaklah, umi sakit mata'
'Jangan nangis..Acap ada..hati umi ndak sedih kan'

I TOLD YOU, NO POET COULD HAVE PUT IT BETTER

Last night, when sleep finally overcome them..i whispered something like any mothers would say to their little angle(s)...

'GOOD NIGHT ACAP, UMI LOVES YOU'
'GOOD NIGHT ADIK, UMI LOVES YOU'

-Ana

SIAPA TIDUR DI SEBELAH UMI?

Bila malam menjelma sahaja pasti akan ada persengketaan di antara Adik & Acap. Persengketaan yang selalunya mengambil masa yang agak panjang untuk mencapai kata sepakat. Persengketaan ini sebenarnya disebabkan Acap & Adik ingin berebut tempat dan posisi...' SIAPA YANG AKAN TIDUR DI SEBELAH UMI'

Sebenarnya jalan penyelesaiannya sangat lah mudah jika dilihat dari segi teknikal iaitu:

  1. Acap tidur di sebelah kanan katil.
  2. Adik tidur di sebelah kiri katil.
  3. Umi tidur di tengah katil.

Kelihatan adil bukan? Namun ia tidak semudah yang digambarkan kerana mereka berdua berdegil untuk berada di posisi tengah.

Jadi bagaimanakah caranya untuk saya berada di samping mereka jika mereka berdua ingin tidur di tengah?

Caranya adalah...

  1. Acap tidur di tengah.
  2. Adik tidur di tengah.
  3. Umi tidur di kiri dan kanan.

Tapi, bagaimanakah caranya? Adakah saya harus men'duplicate' kan diri seperti bakteria 'paramesium' atau pun saya harus menyelidiki apakah saya sebenarnya mempunyai kembar seiras yang mana kami telah terpisah sejak lahir, dan kemudian menyuruh dia tidur di sebelah kiri dan saya di sebelah kanan?

Tidak, semuanya tidak relevan sama sekali. Cara²nya adalah...

  1. Disebabkan waktu tidur Acap dan Adik selalu tidak sama, maka saya akan membiarkan Acap tidur di tengah dan saya tidur di posisi kiri katil, dan adik ketika itu pasti masih dengan pensel warna dan drawing booknya. Nah, biarkan saja si Adik melukis..
  2. Bagaimana adik bisa berkompromi untuk merelakan posisi tengah diambil? Caranya sangat mudah, saya akan mengatakan kepada Adik :setelah Acap tidur saya akan memindahkan Acap ke posisi kiri, dan Adik akan mendapat tempat di posisi tengah. Jika adik masih tidak bersetuju, maka saya akan mengatakan yang saya tidak akan memberikan komen yg bernas lagi setiap kali adik melukis. Saya yakin cara ini sangat efektif dan munasabah.
  3. Selepas Acap tidur saya pun memindahkan Acap dengan sekuat tenaga fizikal dan mental ke posisi kiri, dan adik pun berpindah ke bahagian tengah dan saya pula ke bahagian kiri.
  4. (Dibaca dalam slang indonesia ya) Nah, ibu-ibu..berarti bisa dibuktikan yang cara² tersebut sangat praktis sekali, Acap dan Adek bisa berada di posisi tengah walaupun selepas itu tempat Acap diganti sama Adeknya., dan Uminya juga telah berada di posisi kiri dan kanan sesuwei mengikut tips² yang diberikan.

Selamat mencoba!


Tuesday, September 21, 2004

Marriage is like a durian.

Durian stinks. It has thorns. And it could mess you up good and proper.

But to those who are passionate about durians, its devastating smell is a delicious invitation to a wonderful world.

The durian lover will travel far and wide to find the perfect one-the right colour, right weight, strong and sweet aroma, right size thorns, right shape and spacing.

The durian lover is a discerning one, and many lesser durians will discarded along the way.

The pleasure attained in the actual eating is a pure bliss. A bit like living happily ever after.

The durian hater however, will hate durians all his life. No force on earth and certainly no advertisement can change him.

BUT if you are someone who can on occasion be persuaded to try durians, please heed this warning : Don't let peer pressure or insistent relatives push you into it.

IF you do not cherish the RITUAL, you will not devote enough time to choosing the right one. After all, a durian is just a durian to you.

Then because you've picked just any old durian, you find it doesn't taste all that wonderful anyway. It's okay, but it doesn't exactly move heaven and earth for you.

You'll eat it, but you'll find the side effects quite intolerable; the heatiness will have you tossing and turning all night. And with every burp, you'll regret having eaten it more and more.

The durian lover however, takes it in his stride as part and parcel of the entire experience.

There is no resentment as they expect some bad to come with the good.

Whereas you, who weren't that keen on durians in the first place, will just want out. And that's why people get divorced.

Look, marriage is thorny, difficult and messy. It even stinks, sometimes.

And it is not for everyone.

Only for those who are passionately believe in it. Those who are prepared to love even the thorns. And those who will do whatever it takes to be true to this commitment.

They are the ones who will find peace and contentment.

The other can always resort to divorce.

But the bad taste will linger on. And even when it's over and done, the memory will continue to haunt you for long, long, time. As anyone who has ever carried durians in the car boot can tell you.

MARRIAGE.

IF YOU'RE NOT PASSIONATE ABOUT IT, FORGET IT.

Ana.

Friday, September 10, 2004

ANA, AKU DIBOM!

Kemarin kira² jam 11.00 pagi saya telah ditelefon oleh suami saya. Tapi pada waktu itu saya sedang print gambar projek di bawah (ndak tanya pun) , jadi saya hanya melihat missed call saja tertera di skrin telefon bimbit saya. Maka, saya pun berfikir dengan serius..'tumben ni urang telponnya jam segini' (iya, saya berfikiri di dalam hati menggunakan bahasa indonesia) dan kerana 'penasaran', saya pun menelefon suami saya kembali.

Me: Hallo

Suami-saya: He..ll...o..

Me: Kok suaranya gitu sih

Suami-saya: Anaa..aku...aku..aku..di bom..

Me: ceh!...ingatkan apa..tipu la

Suami-saya: bener..srius..suer (swear)..kok baru sekarang nelpon

Me: boong loe..tadi aku di lantai bawah..yee.kalo beneran masa masih bisa nelpon..

Suami-saya: bener...aku lagi berdarah ni...tapi..tapi darahnya di..di...Hahahahah..kena tipu..

Me: aik, sepa keno percaya..

Suami-saya: Tapi beneren lho Jakarta lagi di bom..liat aja ntar di CNN..pasti ada aku di TV..

Me: yah, gimana bisa kenal..pasti muka kamu udah hangus kebakar..

Suami-saya: yeee..ya udah deh liat aja ntar di TV..pasti ada..

Me: iyalah..babai

Suami-saya: bye, gtg, END (macam chatting pula-ditambah² saja..hehe)

Duh, Djakarta koe..tumpah darah lagi..

hmm....on the lighter note,
Buat pengantin baru..Rafiedah & Azwaddy...Semoga bahagia hingga ke akhir hayat..amin ya rabal alamin. Gonna miss you...isk..isk...waaa...

Wednesday, September 08, 2004

WANTED!! LEON @ ILUK @ GILUK

Waduh, setelah sekian lama pikiran ini sering sahaja teringat² handphone saya yg sudah lesap dek dicopet oleh manusia yg tidak layak dipanggil manusia..panggil saja dia banjingan!

Walaupun telah dapat merebut kembali nombor peribadi DiGi saya, hati saya masih lagi penuh kegeraman dan ke'gerigitan' ...Di tambah² lagi dengan panggilan telefon dari orang/kawan org tersebut, yg telah menggunakan nombor itu selama ianya digunakan oleh pihak yg tidak bertanggungjawab. Saya yakin 100% dijamin oleh liver brothers bahwa org yg memakai nombor ini adalah org yg telah mencuri handphone communicator suami saya. Kurang asam jawa!

Walaupun saya sudah ridho akan apa yg terjadi, tapi kegeraman itu tetap ada lebih² lagi polis sendiri kurang memberi kerjasama..
1.orang yg disyaki-ada
2.cap jari di serata jendela-ada
3.list contact number yg dipanggil selama pencuri itu memakai number saya-ada
tapi saya tidak melihat satu pun usaha polis untuk membantu..dan ini bukan kali pertama hal ini terjadi di kawasan perumahan kami.

buat penyamun bernama Leon @ iluk @ Giluk...kau tunggu saja geng! your turn will come. (bagus konon si giluk tu tau english, maka mengaku keno dia tu security, silaka!)

Thanx jugalah kestau ada informer/kambing hitam yg protect kamu...patutlah jenayah makin menjadi²...

Sekarang saya telah phobia melihat handphone yg canggih, mahal dan bergaya..dan..oh 7200ku..tidak..nehi..nehi...mau saja saya pakai atur yg lama, yg besar dia macam ganggang telefon public phone...nah, siapa mau curi..curilah berabis...

Sejak kecurian tidur saya pun selalu tidak lena...selalu harap tu pencuri datang balik...ni kali siap la kau...saya akan spray muka kau pakai ridsect, hambat kau pakai sapu lidi sama 'hanger'..(wah, kejamnya...)

sekian dan terima kasih.

Tuesday, August 17, 2004

Funny things at McDonald..I'm lovin it!

Kejadian ini berlaku kelmarin...di McDonald center point ketika lunch hours.
Waktu itu kami baru sahaja ingin memilih meal yg sesuai di makan di saat perut yg masih lagi terasa sedikit kenyang..

Miza: Jer, kau mau order apa?

Me: erm..erm..macam sedap tu nugget ikan..

Miza: iya, tapi macam mau makan McChiken..

Me: Bah, order la..

Ketika ingin mengoder makanan tiba² miza menunjuk meal yg terdapat di depan counter yg terletak di depan cash machine...saya pun berkata..

Me: kau ndak jadi order McChiken ka..

Miza: erm..jadi...(tiba² jari miza menuju ke arah atas di bahagian monitor kecil tempat kena tunjuk harga tu bah...)

dan saya pun terbaca sesuatu di sana..

I'M KOPON

iya...di screen kecil itu tertulis nama cahsier yg sedang melayan kami....oh tidak..saya tidak menghina dia dengan kata² nista..saya cuma mentertawakan saja...hehehe...maka dengan itu, timbullah idea di benak fikiran saya dan miza tentang asal usul si KOPON mendapat nama yg sungguh gah itu...

Me: Dulu time dia baru lahir mama dia belum kasi nama bah tu...jadi mama dia tanya lah bapa dia, "apa kunun kitaurang mau kasi nama ini anak?" , laki dia pun cakap lah..."apa gia kau sakap ni tidak sia dangar...pakai mikropon bah!" pasal bini dia tu di bilik, laki dia di ruang tamu...jadi bini dia cuma dengar last word saja.."apaitu lagi?..kropon ka kopon..?" laki dia ndak dengar so laki dia jawablah.."apa bah ko ini kopon..kopon saja..." lepas tu bini dia pun bilang " Ooo..kopon...ingatkan kropon...bah, lawa juga tu nama..." jadi, itulah asal nama si KOPON.

Miza: Bukan, dulu waktu mama dia baru kasi lahir dia bapa dia tengah gunting kupon voucher Rm5 guardian..lepas tu mama dia tanyalah bapa dia apa mau kasi nama tu baby, "apa kitaurang mau kasi nama ni baby daling?" kebetulan bapa dia tu di ruang tamu, mama dia di bilik tengah berpantang..."nanti bah kita sari, siurang tengah putung kopon" terus bini dia pun bilang "kopon? what the f***!...bah ok lah...kopon pun kopon la (dibaca seperti filem bujang lapok 'cangkul pun cangkullah..)"

Tiba², sedang kami ketawa..saya terdengar seperti ada orang sedang menyanyi..

Me: wah, siapa nyanyi tu? kau dengar ka ada orang menyanyi miza?

(saya dan miza pun saling berpandangan, tiba²....)

miza: jer, cuba dulu kau tinguk tu orang duduk sana...

Me: napa?..mana?

miza: sebelah tu bah..kau tinguk dulu

saya pun melihat seorang perempuan cina menyanyi dengan penuh semangat, sambil tangannya bergerak mengikut alunan lagu nyanyiannya..lagu yg didendangkan kedengaran seperti lagu opera cina..riak wajahnya dia sungguh serius sekali..dengan gaya remaja cina yg nerd...dia pun menyanyi dengan penuh emosi...seolah² sedang mengikuti pertandingan menyampaikan puisi cina...

Miza: dia ndak ambil order ka tu?

Me: macam ndak ada, dia mau praktis saja bah tu...

Me&Miza: hahahahahahahha

dan hari ini, di waktu lunch...kami ke McDonald sekali lagi...and guess what...the singing lady masih di sana....tapi kali ini dia tidak menyanyi, tapi berceramah dalam bahasa cina...persis seperti pembaca berita cina di TV2 dan host rancangan talkshow 'late night show with Ms. Betty Chan'..bagi yg ingin menyaksikannya secara live, silahlah ke McD center point KK...iya Pidah, you may go now...hehehe...

Btw, kali ini cashier yg bertugas bernama JUPINING....he he he...terfikir macam mana dia dapat nama tersebut...

Tuesday, August 10, 2004

BLESSING IN DISGUISE

Saudara dan sahabat handai sekalian, satu peristiwa telah berlaku pada malam 9hb ogos 2004.
Berlaku kecurian yg tidak pernah diduga....di kamar tidur saya sendiri. Pencuri tersebut telah naik ke atas bumbung rumah jiran saya telah melompat masuk ke balkoni rumah saya lalu membuka kaca jendela naco di bilik kami...Saya dan suami saya telah kehilangan handphone...jam tangan...kerosang (palui! ini pun mau ambil, padahal ada yg betagar sudah) dan.....cincin perkahwinan saya...isk isk

Saya adalah org pertama yg menyedari kehilangan barang² berharga tersebut...namun saya ridho atas apa yg berlaku...:

Jam: 6.30 pagi
Lokasi: Di dalam bilik tidur

Me: waaaaaarghhhhhhhhh (menguap- sambil mencari baju yg ingin di strika)

ketika sampai di meja strika yg berhampiran dengan jendela tiba² saya dapati satu keping jendela naco telah ditanggalkan....dan...ooooooh nooooooooo

Me: Yayang bangun...handphone aku udah hilang...handphone papa mana?

Suami-saya: aaaa (masih blur) apaan nih?

Me: ini kaca naconya udah dibuka?..handphone aku udah hilang. *&$@#@#@

Suami-saya : wah, jangan² handphone aku juga hilang ni..semalam kayaknya...duh..di mana ya...

Me: ya ampun....brooch butterfly aku juga diambil pa....Wah...Pa...cincin nikah pa...waaawaaaaaaa

Kami pun dengan tidak berlengah lagi memberitahu ibu bapa saya akan kejadian tersebut...
dan ibu saya pun bercadang untuk berjumpa seseorang yg boleh mengesan barang yg hilang/dicuri...(sungguh misterius.) tengah hari itu kami membuat laporan ke balai polis...dan sempat memberitahu pakcik kepada suami saya akan hal ini, pakcik suami saya adalah seorang polis bahagian jenayah....(tak tanya pun-seperti dalam filem mr.os)

Yah, begitulah...namun suami saya telah cuba menenangkan saya dengan mengatakan mungkin Allah hendak menguji kami..(maklumlah sejak balik umrah ni...aisey) dan saya pun ridho...mungkin selama ini saya telah riak dan takbur (sila baca previous posting bertajuk 'Nokia 7200 kebanggaan saya ' yg ada unsur² riak tersebut)

Dengan itu, buat sementara waktu saya tidak bisa dihubungi melalui no. maxis mahupun no. DiGi saya. Harap maklum...

Petikan perbualan sehari selepas kecurian:

Suami-saya: Yank, aku sih gak kisah kalo aku gak bisa dapetin barang kita, asal aku tau siapa pelakunya aku udah puas hati...jangan harap dia bisa lepas...

Me: aku tuh udah gak pikir tentang Hp...aku cuma mau cincin nikah itu aja....selama ini aku cuma tunjuk cincin di jari ini aja kalo ada yg tanya status aku..liat ni, tanda cincinnya masih ada...udah sebati banget ama aku pa...isk..isk...

Suami-saya: Yank, yang penting kita sekeluarga selamat kan...dan aku gak hilang dari kamu kan...?

Me: (waduh...romantis juga suamiku ini....) iya...harusnya lebih bersyukur ya...

Doakan kami ya..


Friday, July 23, 2004

Hello..Hello..

Sungguh lama sekali saya tidak membuat posting...waduh..sungguh rindu rasa di hati...sehingga terdapat sarang laba² dan habuk² tebal di sana sini...uhuk..uhuk..[Minumlah ubat batuk cap kepala laut Afrika :D]

Terlalu banyak kejadian menarik dan sedih berlaku selama saya tidak mempostingkan diri...dan antara yg menarik dan tidak menarik itu...sila perhatikan 'Rajah' di bawah..ehem...pidahhh...tinguk di bawah...bukan tinguk Rajagopal....[Pidah pun berkata di dalam hati :- 'lagi² saya...Ndak tau ka muka sia sudah licin dan berseri]

  • 1. Perkahwinan kakak saya si Ani 
  • 2. Belajar Driving
  • 3. Kepulangan suami tercinta
 
Perkahwinan Kakak Saya

Perkahwinan kaka saya telah berlangsung dengan jayanya pada 11 july lalu..kepada yg ingin info. menarik dan gambar² terkini (ada gambar saya juga...cantik tau..) silalah menghubungi kakak saya di no. hp...012-812444444 tekan tekan tidak dapat...

Belajar Driving
 
Saya telah belajar driving sejak beberapa hari lalu..dan kemarin saya dengan eksennya ingin mencuba mendrive kereta sendiri...tetapi disebabkan tidak dapat memberikan kosentrasi yg penuh (ini adalah kerana bapa saya yg bising di sebelah saya..) saya pun terbabas di atas pavement...HaHa..nasib baiklah kereta saya, saya dan bapa saya selamat...tapi saya tidak berputus asa...walaupun mereka semua telah menyembunyikan kunci kereta..akan ku duplicate juga..wahahahaha...

Kepulangan Suami Tercinta
 
iya hadirin dan hadiran sekalian...yahuuu...suami saya akan pulang tidak lama lagi iaitu pada 3 hb Ogos...Dalam hati berbunga riang....'seiring dan sejalan..seindah bunga di taman...' [<--di dalam hati]..iya..akhirnya setelah berbulan lamanya menanti..saya akan melihat wajah suami saya...nantikanlah aksi² kami nanti [picture included]

Buat adik sesusuan saya fiedah...

It's your turn now....saya akan kembali lagi sibuk (menyibuk) urus perkahwinanmu...

Till then...Chow Cin Caw

Friday, June 25, 2004

TEMPORARY HIATUS

sahabat handai dan sanak keluarga yg dikasihi dan dicintai sekalian...dengan ini saya ingin mengumumkan persaraan sementara waktu berkuatkuasa dari saat saya membuat posting ini sehinggalah ke tarikh yg akan diumumkan nanti...ini adalah disebabkan kesibukkan saya meng'handle'kan majlis perkahwinan saya...eh...lupa..saya sudah berkahwin...maksud saya...majlis perkahwinan kakak saya pada 11 july ini...dan juga perkahwinan sepupu saya merangkat adik sesusuan atau dalam bahasa english se'breast'an..pada 28 ogos tahun ini juga...selamat maju jaya!

Thursday, June 17, 2004

OLE-OLE DARI MEKAH

Hati saya berbunga² cinta..tapi tidak layu di pusara...tapi layu di atas rumput carpet...

Melihatkan kotak sebesar 14'(lebih kurang) membuatkan saya sangat tidak sabar untuk membukanya...yg pasti di dalamnya ada...
tiba² teringat akan perbualan saya dan suami..

'papa ada beli unta² buat acap dan adik..jangan lupa masukin baterinya..'

*giggles*...unta²?? binatang apa itu?.[padahal sudah jelas namanya adalah unta]

Dan..teng! teng! teng! Saat yg ditunggu² telah tiba..masa untuk membuka kotak.

warning:
saudara saudari sekelian...diharap dapat memberikan kerjasama...diminta mematikan handphone anda..kerana kita tidak mahukan sebarang gangguan semasa proses membuka kotak ini...iya ko pidah...kasi off enpon ko...[si pidah lagi...]

iya..ini lah saat yg ditunggu²..sungguh mendebarkan...
'PRAKKKKK...KREKKKK..KROOOOKKKK...DEBUSH (macam bunyi bom pula)"
kotak pun dibuka...

Waaaaaaaaaaaa....

hasilnya:
barang yg dibungkus dengan plastik beg...hmmm...ok..sabarr..sabarrr....another one more step to go...

langkah seterusnya...saya pun membuka bungkusan plastik tersebut dengan rakusnya...dan..ye yeeee...
Ole-ole dari mekah:

1. jubah berwarna peach.

2. jubah Adik & Acap.

3. penutup kepala org arab untuk Adik & Acap.(apa konon nama benda ni)

4. miniature perfume-givenchy (jangan² minyak tar..heheh)

5. crystal yg ada gambar mekah.

6. Buku buat Acap & Adik.

7. mainan teropong dulu² yg ada gambar macam negatif berbentuk bulat...lepas tu kasi masuk di tengah teropong..lepas tu klik..lepas tu nampak gambar mekah...hmm..iya..yg itu.

last but not least,

8. 2 patung unta..iya..pantung unta berukuran sederhana..didatangkan khas dari mekah..dan...dan...pandai menyayi...IYAAAAAAAAAAA...PANDAI MENYAYIIIIIIIIIIII..

Bagi mereka yg sudah boring mendengar lagu rock, pop, dan R&B..silalah ke rumah saya..sambil mendengar unta² di rumah menyayi..dan selepas itu anda boleh menghantukkan kepala anda di tembok rumah saya..FOC

Tuesday, June 15, 2004

I'M TOUCHED

Maybe when the door of happiness closes,
another opens but often times we look so long at the closed door
that we don't see the one which has been opened for us.

Maybe God wanted us to meet the wrong people before
meeting the right one so that when we finally meet the
right person, we will know how to be grateful for that gift.

Maybe the best kind of friend is the kind you can sit
on a porch and swing with, never say a word, and then
walk away feeling like it was the best conversation you've ever had.

Maybe it is true that we don't know that we have got
until we lose it, but it is also true that we don't
know what we have been missing until it arrives.

Giving someone all your love is never an assurance
that they will love you back. Don't expect love in
return; just wait for it to grow in their heart; but
if it does not, be content it grew in yours.


It takes only a minute to get a crush on someone, an
hour to like someone, and a day to love someone, but
it takes a lifetime to forget someone.


Don't go for looks; they can deceive. Don't go for
wealth; even that fades away. Go for someone who
makes you smile because it takes only a smile to make
a dark day seem bright. Find the one that makes your heart smile.

There are moments in life when you miss someone so
much that you just want to pick them from your dreams
and hug them for real. Dream what you want to dream;
go where you want to go; be what you want to be,
because you have only one life and one chance to do
all the things you want to do.

May you have enough happiness to make you sweet,
enough trials to make you strong, enough sorrow to
keep you human, enough hope to make you happy.

Always put yourself in others' shoes. If you feel that
it hurts you, it probably hurts the other person, too.

The happiest of people don't necessarily have the best
of everything; they just make the most of everything
that comes along their way.

Happiness lies for those who cry, those who hurt,
those who have searched, and those who have tried,
for only they can appreciate the importance of people
who have touched their lives.

Love begins with a smile, grows with a kiss and ends
with a tear. The brightest future will always be based
on a forgotten past, you can't go on well in life
until you let go of your past failures and heartaches.

When you were born, you were crying and everyone
around you was smiling. Live your life so that when
you die, you are the one who is smiling and everyone
around you is crying.





Monday, June 14, 2004

NOKIA 7200 KEBANGGAN SAYA

iya saudara dan saudari sekalian...NOKIA 7200 ini adalah gadget terbaru yg saya miliki...wahahaha..wahahaha..saya sangat bangga..bangga....banggaaaa <--[kelihatan sedikit riak & sombong]....Saya harus berterima kasih kepada suami saya kerana telah membelikan handphone ini secara tidak langsung...dan tidak lupa kepada Allah swt yg telah memberikan suami saya rezeki untuk membeli handphone yg menjadi pujaan hatiku selama ini.amin ya rabal alamin. [seharusnya beginilah yg dituntut oleh agama]

Namun disebalik rasa bangga dan ala² riak dan takabur ini...terselit sedikit rasa gundah..dan gulama ikan bakar...maksud saya..gulana..as in 'gundah dan gulana...iya..begitulah perasaan saya sekarang ini...ini disebabkan saya tidak dapat ber MMS......dan...semua yg bersangkut paut dengan GPRS..sungguh memalukan handphone ini belum disupport untuk GPRS....maka hasrat saya untuk menghantar MMS kepada suami saya pun 'siaran tergendala sebentar'..

Namun, dengan semangat yg tidak pernah kenal erti kecewa..dan tak kenal erti putus asa...[sungguh bodoh semangat ini..tidak mengenali apa²] saya pun mencoba..dan terus mencoba...untuk men'register'kan handphone saya via internet..dan hasilnya.....

BELUM LAGI...kerana saya terpaksa meminta bantuan kakak saya untuk melakukan apa yg harus dilakukan..[apa kah itu- no idea, sungguh buta teknologi diri saya ini] yang penting saya tidak tertipu lagi dengan download ringtones yg biasanya diadvertise di majalah mangga/ urtv/ media hiburan dengan kadar RM5 untuk pholy ring dan RM2.40 untuk ringtone bodoh!...iya....jelas sekali kemarahan saya akan ringtone ini...kerana saya sudah terpedaya...IYA...TERPEDAYAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA....!

Coba anda menutup mata anda seketika...tutup...ndak boleh kasi lubang² tu jari.......iya kau pidah...belum tutup betul² tu jari kau.......aha....begitulah..ok steady.....tarik napasssssssss.....and.......NOW! Bayangkan anda sedang bermain piano...tiba² anak anda menolak anda dari kerusi piano..dan kemudian bermain piano tersebut lagak seorang pemain piano yg unggul...

"tong..tong.....tong......tong..........100x"

[note: pastikan anak yg anda bayangkan itu berumur 5 tahun ke bawah]

Jika selepas anda berimiginasi itu anda tiba² merasa migrane ataupun pengsan..bererti anda telah berjaya membaca fikirin saya..
TAHNIAH..anda telah berjaya menjadi seorang pakar psikik...!

Sijil² akan desediakan bila anda menyertai kem motivasi untuk melayakan diri ke sekolah orang² psikik...ala² Hogward la gitu...tapi bukan sekolah magic/magis² tau!

Selamat mencoba

p/s: Hmm...apa topic sebenar posting ini...i'm lost.

Monday, June 07, 2004

Saya di CC center point

sungguh lama sekali saya HIATUS...siapa yg tidak tau HIATUS silalah buka buku yg paling tebal ada dalam kabinet anda..buku yg bertulis KAMUS...

Setelah sekian lama tidak membuat posting..maka hari ini saya membuat posting saya di sebuah CC yg gelap gulita yg mempunyai PC berunsur gambling dan porno ini...ini adalah posting pertama yg dibuat di luar dari office...ini berarti saya telah melangkah ke hadapan dalam dunia weblog ini...

Kenapa saya berada di CC yg ala² nista dan keji ini..(mendapati banyak laman web porno dibuka di sini)...jawapannya adalah kerana saya menemani kakak saya untuk ke CC...iya itulah jawapan saya..yg simple dan padat..disukai ramai? :D

Ada beberapa persoalan yg menghantui diri saya ketika ini..maklumlah saya direct ke CC ini selepas pulang dari office..jadi ini pasti menimbulkan 1001 pertanyaan pada anak² saya yg tidak sedar akan plan saya untuk ke CC centre point ini...

persoalan² yg akan wujud dalam diri mereka adalah seperti di bawah:-

1) umi pigi mana?
2) kenapa umi lambat?
3) kenapa umi ndak bawa adik & acap?
4) soalan sama seperti di atas..sehingga ke soalan 1001..sebab saya tidak dapat menjawab semua pertanyaan dalam satu masa..maka mereka akan terus bertanya..dan lagi..dan lagi..dan lagi....

selain dari masalah di atas..di CC ini juga terdapat budak² sekolah yg bau..seperti bau stokin..contohnya budak yg di sebelah saya..ingin saja saya menyimbah air ke badannya sambil memberikan sabun breeze dan berus dawai...

sampai sini sajalah posting saya kali ini..kebauan CC ini membuatkan otak saya tidak dapat berfikir...see u..for more postings in the future..

regards,
dari CC di centre point..over N out
Ana

Saturday, May 29, 2004

KAKAKKU PULANG DARI KOTA

kakakku beli kan cokelat..cokelat kecil warna..erm..coklat..boleh ku makan depan kawan..nyum 8x... cokelat kecil ku di perut..marilah adik mari makan..boleh ku makan depan nenek...(menyayi seperti lagu PON PON PON)..sekiranya anda tidak tahu lagu tersebut, bolehlah menyayi mengikut rentak lagu dangdut rhoma irama/ Inul Darastita..jgn lupa bergelek..)

Iya..akhirnya kakak saya sudah pulang..dan ini telah menyebabkan saya menjadi kurang tidur...(kerana banyak bercerita)..kurang mandi ....(kerana banyak bercerita)...kurang makan..(kerana makanan saya diambil kakak saya..waaa...)

Demikian lah al-kisahnya..seperti yg anda maklum bahwasanya saya sudah jarang membuat posting untuk weblog ini...ini disebabkan:
1) tragedi oktober..hmm..bukan..salah tragedi...itu tragedi awie..tragedi saya adalah tragedi May..

2) PC laknat aka PC agogo..yg sering menimbulkan kontroversi..

3) Boss saya yg rajin ke opis..hmm..amazing..

dan seperti biasa..kehadiran kakak saya telah membuatkan bilik saya dibanjiri dengan vcd² yg tak tertanggung nilai dan jumlahnya..sehinggakan kami terpaksa tidur berselimutkan vdc..dan makan di atas vcd..mandi dengan vcd...semuanya vcd..ini semua disebabkan kakak saya! hmm...but thanx anyway to her....sebab saya suka menonton vcd...:-)

OK..gotta go..gonna catch some good movies with my big sista n my two lil' rascals...(hmm...ini akan mengambil masa bertahun lamanya untuk menonton kesemua vcd terbabit...see u in 10 years..hahaha)

anyway..HAPPY HOLIDAY! HAPPY HARVEST FESTIVAL..see ya on wednesday!

KOTOBIAN TADAU TAGAZAO DO KAAMATAN.(betul ka?)

Thursday, May 27, 2004

ADIK PERGI LABUAN

Kegeraman saya ini bermula apabila mendapat berita yg adik saya di Wilayan persekutuan Labuan (wah..detail) telah jatuh sakit..sebenarnya telah jatuh pengsan...(sikit² sakit!..hmm...)Ini telah menyebabkan kedua ibu bapa saya dilanda resah..gelisah...pening..Migrane..PMS(<---hmm..ini saya)..

Disebabkan saya tidak dapat bercuti pada hari ibu dan bapa saya akan berangkat ke sana (mau juga dijemput..) maka si adik @ asadik terpaksalah diajak ke sana..nasib baiklah tambang pesawatnya murah iaitu sebanyak RM73 untuk return tiket..aduh kiut sungguh harga tambang itu...hmm..

Pagi² lagi Adik telah bangun dengan semangat yg berkobar²...dan memakai baju barunya yg sangat bergaya sekali...dengan beg Nike kecil di belakang..dan topi berwarna 'beige'..Adik pun bersedia untuk ke Labuan...

Adik: Labuan, here i come..the little rascal is on his way..! (seharusnya berkata ini..supaya lebih menarik)

Sebelum berangkat saya telah menyediakan susu coklat di dalam botol susu..tetapi..

Adik: Umi, adik ndak mau minum susu..adik mau pi airport ni..adik ndak sempat minum...dalam kapal ada makan..

Me: adik...di kapal minum oren saja..mana ada makan...sekejap saja tu..

Adik: ada bah..macam hari tu..

Me:hmm..jadi siapa mau minum susu ni..

Acap: hishh..mari..kasi Acap... Acap saja minum...

Me: eee..ndak malu...

Setelah itu, mama, bapa dan adik@asadik pun berangkat ke Labuan...dan sekembalinya adik dari Labuan, adik telah membawa balik banyakkkkk cerita...seolah² dia telah berada di labuan selama 10 tahun lamanya...

TO BE CONTINUED

Monday, May 24, 2004

KURANG SELERA MAKAN

iya..itulah hakikatnya...saya sudah kehilangan selera makan disebabkan insiden ngeri yg berlaku minggu lalu...

Kehilangan selera makan ini rasanya telah mencapai tahap maksimum rasanya...kenapa saya berkata seperti ini?..begini ceritanya wahai adik²..

wan sepone taim:
Di waktu tengah hari..semasa ingin menikmati lunch..

Pelayan: Macam biasa ka?

Me: hmm..ndak lapar..:-(

Pelayan: WhaTTT!!!! You Unbeleivable!! cheng..cheng...You Unbeleivable!..cheng..cheng..

Begitulah hebatnya effect sakit yg melanda diri ini sehingga pelayan restoran vietnam ini tidak mempercayai akan ketidak seleraan diri ini.

di situasi yg lain, ketika di supermarket..mama saya seperti biasa..

mama-saya: nah aiskrim..3 ni..kasi masuk bakul

Me: satu untuk saya ka?

mama-saya: kau ndak mau ka?

Me: Ndakkk

teng..teng..teng..

mama-saya: adakah ini realiti?

Me: mum..trust me...It's real man! (kuang hajar punya style juga ni...hmm..tidak mungkin berkata² sedemikian rupa)

Begitulah efek negetif yg melanda diri ini...sehingga saya sempat sms suami saya yg di Mekah untuk mendoakan kesihatan saya...Mudah²an saya akan kembali sihat dan ceria seperti dahulu kala (di zaman purba ka?)...badan yg sihat melahirkan otak yg kuat...otak yg kuat memberikan idea yg bernas dalam posting yg akan datang..Majulah sukan untuk semua!

Thursday, May 20, 2004

KESAN DARI SAYA YG TIDAK SIHAT

Seperti mana yg anda sedia maklum akan kejadian yg berlaku pada diri saya boleh dikatakan hampir² meragut rumput di tepian pantai...maksud saya meragut nyawa..iya...itulah hakikatnya..

Kesihatan saya dalam minggu ini tidak memuaskan...bolehlah diberikan gred C..nasib baik tidak D..apalagi F..kalau F itu...em..jawabnya..*tuuuuuuuut*..

Rupa²nya sahabat handai di opis ini juga menyedari akan ketidaksuburan...i mean ketidakceriaan diri ini...mereka mengatakan...seolah² ada sesuatu yg hilang dalam hidup mereka...bagaikan malam tanpa bintang...bagaikan pagi tanpa matahari...bagaikan nasi panas tanpa ikan masin..atau telur masin...+ bambangan..ikan bakar..Oh tidak....terasa sangat laparr!....hmmm..nyum...nyum...
Ehem!
Berbalik kepada topic sebenar, ternyata begitu kuat sekali side-effect yg saya alami sehingga melibatkan rakan se-opis saya...engineer yg alpa yg selalu dibuli oleh sayalah yg paling terasa..kerana dialah tempat saya melepaskan batuk di tangga...dalam erti kata lain melepaskan geram..

Hari ini juga adalah 'Hari ini dalam sejarah', (seperti rancangan RTM zaman agogo dulu) Buat pertama kalinya vietnam-beef-noodle-soup-kegemaran-saya yg saya order tidak habis...ini sangat ganjil...(sayup² kedengaran soundtrack 'Twilight Zone'..ninu ninunu..bukan lagu TECHNO 'twilight zone' by 2 unlimited tu..)

Tiba² saya teringat satu peristiwa yg tidak ada kena mengena dengan topic, ketika itu karnival sure heboh diadakan di KK:

Situasi: Panas membara..berapi²...ketika turun dari van saya mencapai sebatang payung warna warni seindah pelangi..keadaan sangat panas....maka saya langsung sahaja membuka payung tersebut...tiba² mama saya memandang dengan pandangan yg aneh... seolah² ada taik hidung tekeluar dari hidung saya..

Me: Kenapa mak?

Mama-saya: Kenapa kau pakai payung tu?

Me: (Adakah saya berdosa memakai payung??..) Kenapa pula?

Mama-saya: cuba kau tengok di atas payung..

Me: (dengan adengan slow motion saya pun memandang ke atas payung...ibarat seorang puteri yg kesilauan dek silau matahari...) aaaaaaAAA...tidakkkkkkkk...siapa punya angkara ni???

Mama-saya: Haah haaa...itulah main ambil jak

Adik ketika itu di sebelah saya pun berkata dengan selamba..

Adik: Umi, adik tu yg gunting payung umi.....la la la

Me: Why bebeh! why???? Meri beta sapna inspektor shahab kaho naho...WHYYYYY!!!!

saya pun serta merta menutup payung tersebut..walaupun terpaksa bertarung dengan kehebatan cahay ultra voilet yg boleh dikategorikan dalam tahap boleh memasak 'scramble egg' dikepanasan seperti itu...(waduh, itu panas sekali) <--menjawap (iya pak karto..itu memang panas..mau coba ya?) hmm...i wonder...siapa pak karto??
[Ana, wake up! cut the crap!]

Maaf saudara saudari sekelian, inilah akibatnya memakan ubat sebanyak 4 jenis...aduh..badan ku dipenuhi TOKSIN...i need a break.....*gedebuk*


Note: Buat suami saya yg akan berangkat ke Tanah suchi untuk mengerjakan umrah 21 hb ini, semoga selamat sampai dan pulang, saya doakan ibadahnya diterima Allah s.w.t..maaf, ndak dapat ikut sekali..Insya'Allah panjang umur dan murah rezeki di waktu yg lain. C yA Bebeh!

Wednesday, May 19, 2004

HIKMAH BESAR

Saudara saudari sekalian, ini adalah kisah benar. Aksi² yg bakal saya ceritakan ini adalah dilarang keras untuk anda lakukan, kecuali atas nasihat doktor. Bersedia untuk membaca pengakuan diri saya sendiri..

Pagi kelmarin kepala saya terasa sakit sekali...mungkin disebabkan faktor cuaca..dari dingin ke panas..panas ke dingin..dingin ke salji..winter sonata ke autumn in my heart...hmm..tidak ada kepastian sekali...

Maka saya pun bertanyakan sahabat saya jika dia mempunya 'panadol'..baca dengan teliti..'panadol'ya adik²...dia mengatakan, kemarin dia juga sakit kepala..lantas dia pun membeli 2 biji panadol..dan tidak lama selepas itu..'voila!..dia pun kembali ceria dan girang..(wow, sungguh effektif)

Selepas sarapan pagi saya pun mengambil keputusan untuk menelan sebiji panadol tersebut..namun saya sedikit hairan kerana panadol tersebut berbentuk bujur & panjang...ada tulisan di ubat itu.."Milidon 650" mungkin ini panadol dari syarikat lain...dalam fikiran saya..saya rasa ia bukan sesuatu yg ganjil kerana sebelum ini saya pernah juga memakan panadol berwarna biru..hmm..

Tidak sampai 5 minit, tiba² jari² saya terasa gatal dan sakit..dan kepala saya..dan seterusnya ke kaki..

"Oh no..ini mesti gara² ubat tadi" ( <--saya benar² mengatakan ini)

saya pun tanpa berlengah lagi langsung mengambil medical form dan mendapatkan tandatangan dari accountant kami di atas yg telah di authorised kan untuk menandatangani surat kebenaran ke panel doktor.

Accountant: Aiya..u sakit apa OOO..

Me: adalah..cepat sign..saya sakit ni

Accountant: Saya pun ada ubat juga ooo

tanpa memedulikan dia, saya pun terus berlalu meninggalkan accountant yg membosankan itu. Nasib baiklah klinik panel hanya di depan opis. Sesampai di bawah saya sempat lagi melaporkan keadaan saya kepada Miza & Alvin ( <--engineer yg alpa ) pada waktu itu tangan saya sudah bengkak dan membelon..mereka pun menyuruh saya menyegerakan diri ke klinik yg hanya beberapa langkah dari tempat mereka berdiri. Sesampai saja saya di klinik, serta merta saya terasa muka saya panas sekali..rupa²nya allergic saya sudah menjalar ke seluruh badan..Untunglah patient yg ada cuma saya...apabila saya masuk ke dalam bilik doktor..doktor tersebut langsung mengambil tindakan yg cepat dengan memberikan injection dan beberapa ubat..katanya ubat yg saya ambil tidak dapat diterima oleh badan saya...suhu badan saya juga naik mendadak..Maka saya dinasihati pulang dengan segera dan sekaligus saya diberi MC 1 hari..sebelum itu doktor sempat memeriksa tekanan darah saya...alhamdullilah tekanan darah normal..

Selepas injection, kondisi muka saya pun semakin surut..saya pun langsung menelefon bapak saya dan memberitahu perkara yg sebenar..selepas itu saya pun menunggu kedatangan bapak saya...secara kebetulan kami terserempak dengan mama saya yg baru balik dari pejabat MAS, mama saya pun tumpang sekaki menghantar saya balik... Di dalam van,..tiba² saya merasa degupan jantung saya semakin kencang..dan tangan menjadi sejuk..saya pun menyuruh bapak saya cepat² menghantar saya pulang..

Sesampai sahaja di depan rumah..pandangan saya mula kabur, jantung saya berdegup kencang sekali..dan kemudian...*gedebuk*..iya tuan² dan puan²..saya telah pengsan..

Yang saya ingat...saya sudah terbaring di ruang tamu..Sebenarnya sebelum saya rebah orang terakhir di mata saya adalah anak saya...saat itu..saya benar² menyangka jantung saya akan terhenti (ini serius ni..) sehingga saya sempat mengucap di dalam hati..

Alhamdullilah syukur ke hadrat Illahi keadaan saya semakin baik..walaupun degupan jantung saya agak slow..Saya yakin ada hikmah disebalik perkara ini...Saya mau sholat dulu..

Keluarga dan sahabat handai..doakan saya OK.

Saturday, May 15, 2004

FROM KK WITH LOVE

Semalam, selepas pulang dari kerja saya sempat pulang ke rumah mengambil beberapa helai pakaian buat pengembara 3A...hmm..adalah dalam 2 beg pakaian banyaknya...Walaupun destinasinya kali ini hanyalah kampung halaman saya, tapi kepulangan kali ini sangat penting buat seluruh keluarga : Malam ke-7 Arwah datuk saya.

Hujan yg turun dari pagi tidaklah selebat mana jika dibandingkan dengan hari sebelumnya. Dari rumah kami bertolak ke Center Point untuk menjemput sepupu saya yg baru sampai dari tempat kerja. Bila tiba di center point perut kami ber-3 terasa lapar..Kami pun sempat menyinggahkan diri ke Nasi ayam RM2.80( ini untuk bapak saya) dan ke Bakery Multi Bake. Kemudian kami pun makan dengan lahapnya..em..sebenarnya saya sahaja yg makan dengan lahapnya..

Dalam perjalanan sepupu saya pidah mengatakan:

"jangan lupa kasi remind saya beli ais 2 plastik di Fatimah Trading"

saya pun mengatakan:

"OK" [Jawapan ringkas dan padat..pilihan bijak!:Motto bulan ini]

Selepas itu kami pun:

"Zzzz..krooh..krohhh" <--ini si pidah yg berdengkur
Eem..ndak bah..sebenarnya tiada yg berdengkur..ini hanya aksi tambahan..

Tidak lama kami pun sampai di Fatimah Trading..

Pidah: Kasi Ais 2 plastik (bertanya kepada peniaga)

Me: berapa satu harga dia?

Pidah:RM2

Me:OOo

Peniaga: Wei Mapla..kasi ais 2!

Me & Pidah: (dalam hati) Mapla???

Selepas itu kami pun on the way ke rumah nenek saya. Setibanya kami di rumah nenek saya, saya melihat kereta yg ada hanya beberapa buah sahaja..di ruang tamu juga hanya terdapat segelintir keluarga..hati menjadi sebak..
Mengikut kata keluarga saya di hari pertama keluarga/sahabat handai yg datang sangat banyak sehingga tak terlayan oleh mereka..hmm..ndak apalah..Mungkin kerana faktor cuaca.

Namun, bila berkumpul begini sedikit sebanyak kesedihan kami berkurangan juga...apalagi bila mendengar cerita² makcik saya mengenai peristiwa yg berlaku di kampung sewaktu kami di tempat kerja.

peristiwa 1:
Saya hanya sempat membawa sepasang baju Acap, dan kemarin semua baju Acap telah dipakai..maka di waktu petang setelah mandi, Acap telah di'kemban'kan oleh mama saya sementara menunggu baju yg dibawa oleh saya dari rumah..Mungkin kerana terlalu lama menunggu Acap pun tertidur sambil berkemban di atas katil.

peristiwa 2:
Adik secara tidak sengaja telah melihat sepupu saya Imah, yg berumur sama seperti Acap sedang memakai baju..Adik telah melihat 'sesuatu' yg meng'confused'kan dirinya..maka dia bertanya kepada makcik saya:

Adik: Kenapa Ima tiada *tut*..kenapa Ima punya *tut* macam bontot..

Makcik-saya:(tidak dapat menahan ketawa)..hahahahahah [seharusnya memberi penjelasan]

Adik: Kenapa??

Makcik-saya: em..em..memang macam tu sebab imah perempuan.

Ketika malam menjelma setelah kami sampai di papar dari membeli ais, makcik saya telah menceritakan hal tersebut...saya hanya tersenyum..kerana saya tahu Adik pasti akan mencari jawapan yg tepat dan padat sehingga dapat...tidak lama selepas itu..ketika menonton perlawanan badminton (Indonesia-Denmark..btw, Indonesia kalah..suami saya frust!! he he)Adik telah melaporkan kepada saya hal tersebut:

Adik: Umi, umi tau..Imah punya macam *tut*...kenapa macam tu?

Me: OOOo..adik tengok org pakai baju aa??.

Adik: Icham pun tengok..Icham mandi sama Imah lagi..tapi kenapa Ima punya macam tu?.. Sebab dia pergi Dr. Bahrin kena sunat kah?

Me: Ndak boleh tengok org mandi ok?..em..iya sudah sunat..tapi..em..(harus mencari jawapan dengan cepat..!!) em..em..em..em..

Akhirnya dek keboringan, Adik pun berlalu kerana lambat menerima jawapan yg sepatutnya..dan dia menceritakan lagi hal yg sama kepada makcik² yg lain..sambil² itu saya cuba mencari jawapan yg bernas..(dalam fikiran waktu itu: sebabnya adalah..em....em.... em..em.....sebab..em..em...)

Friday, May 14, 2004

MALAM KE-7

Bila subuh mejelma barulah mata ini menjadi layu...entah apa yg membuatkan saya gundah gulana seperti itu..perasaan ini tidak enak sekali..seperti memakan 'kerabu sayur peria'..Saya suka memakan kerabu pucuk paku..

Jam 7.00 pagi saya pun bangun walaupun hanya sempat tidur dalam 2 jam. Hari pertama kami ke Jurong Park. Bagi saya tempatnya biasa sahaja kerana saya pernah ke tempat yg lebih bagus lagi iaitu di Taman Safari Indonesia. Lagi pula ada di antara burung² yg di pelihara di sana banyak terdapat di rumah suami saya. Acap & Adik cukup excited melihat 'pingu' di depan mata mereka.

Selepas ke taman burung kami melanjutkan lagi perjalan ke Taman reptilia. Saya dapati setiap kali masuk ke taman² ini kami harus membayar harga tiket yg tidak berbaloi jika di convertkan ke ringgit malaysia, namun setelah memikirkan percutian kali ini telah disponsor oleh mertua saya, maka saya pun menerima semuanya dengan ridho...

Di reptilia park juga tidak banyak yg menarik...ditambah lagi dengan keadaan persekitaran yg agak kotor membuatkan kami merasa agak hampa. selain buaya, ular dan biawak yg biasa kami lihat, kura² species yg pernah kami pelihara juga terdapat di situ. Teringat saya kura² kami yg bernama LOBO & LOLA...di manakah mereka..

Petang menjelang, kami pun ke station MRT untuk pulang..dan tidak lama bapak mertua saya telah menunjukkan SMS yg baru dikirim oleh suami saya di Jakarta:

Pak, apa si ana udah tau kalo kakeknya di kampung udah meninggal. Tolong kabari ana, karena auntinenya engga bisa hubungin dia.

Membaca berita sedih ini telah membuatkan semangat saya jatuh sama sekali...tanpa membuang masa saya pun bergegas ke public phone..dengan coins yg ala kadar banyaknya saya pun mencoba menelefon handphone makcik saya/ telefon rumahnya/ telefon bapak saya/ telefon makcik saya..saya seribu kali sayang ditelan pahit dibuang sayang...tidak satu pun line yg berjaya menghubungkan saya dan keluarga saya...saya sangat kecewa. Akhirnya saya nekad menelefon suami saya di Jakarta:

Me: yank, apa itu benar beritanya? siapa yg kasi tau? kenapa aku engga di kabari?

suami-saya: Iya benar, dr. Adidah yg telepon aku dari singapur karena kalian di sana engga bisa dihubungin. Ijah juga coba telepon kamu tapi gak bisa masuk.

Me: :-( aku udah coba telepon ijah, tapi linenya enggage mulu.

suami-saya: jangan sedih ya.

Me: :-(

No wonder i couldn't sleep last night... Malam ini adalah malam ke-7 kenduri arwah. Al-Fatihah buat arwah datuk saya.

Thursday, May 13, 2004

FROM SENAI WITH LUGGAGE- The planet is not alone part II

Kelihatan ribuan pekerja asing yg berpusu² untuk meng'scan' pasport, terasa seperti sedang mengharungi lautan yg dalam sekali. Ditambah dengan aroma² asli yg bertebaran di udara..sungguh menyegat sekali baunya...Dengan sedikit perasaan bimbang akan keselamatan si pengembara² kecil, maka kami bertiga pun berpegang erat seperti aksi power rangers yg akan berubah.

Ketika ingin menuju ke kaunter pasport, beberapa orang pekerja asing telah menutup jalan kami. Nasib baik pekerja imigresen di kaunter itu memberi isyarat 'memberi-jalan' sambil berkata "tak apa, cuma nak scan aja...". Saya pun bergegas keluar mencari bas yg kami naiki tadi.

Melihatkan keadaan yg agak sesak dan tidak selesa ini membuatkan saya terfikir bagaimana keadaan di Woodlands nanti. Selang berapa minit kami pun sampai di Woodlands..keadaannya agak jauh berbeza dari check point di Johor..lebih bersih,..semestinya.
Turun dari bus kami dikehendaki membawa luggage untuk pemeriksaan. Nasib baik suami saya telah berpesan:
Dipetik dari sms yg di hantar:

Engga usah bawa banyak baju..OK

begitulah sms yg saya terima dari suami saya..hmm..sungguh ringkas dan padat. Pilihan bijak! :-)

Barisan yg agak panjang ketika mencop pasport dan pemeriksaan barang telah membuatkan saya sedikit risau...takut nanti ketinggalan bas pula. Tapi Acap telah menenangkan saya dengan berkata:

"Itu bas tunggu kita tu...Kita sudah bayar tiket kan..(hmm..sungguh bernas)

Sewaktu hendak meng'scan' luggage dan beg galas, anak² saya dikehendaki untuk membuka topi bagi tujuan pemeriksaan suhu badan. Ketika itu pengembara ke-2 iaitu Acap awal² lagi telah menunjuk sign gambar topi yg bergaris silang..

Acap: Umi, itu gambar "No topi"..kenapa mau buka topi?

Umi: Oo..mau scan badan dulu..Acap buka topi ok..Adik juga ya..

Adik: OK!

Setelah melepasi kamera pemerikasaan suhu badan, kami pun meletakkan beg dan luggage ke tempat scan barang. Tanpa saya sedari adik telah memasukkan topinya ke dalam tempat tersebut..dan saya hanya menyedari topi adik tertinggal sewaktu di dalam bas...sayang sekali.

Tidak lama kemudian bas kami pun berhenti exactly di Copthorne hotel, seperti yg sepatutnya...Dari jauh..samar² kelihatan seseorang berbaju biru dan bertudung biru sambil memegang plastik sedang menunggu dari kejauhan..dan dia adalah..

Acap: Umi, itu uncu..

Me: yea..yeaaaa!! Ijah datang..yeaa..yeaa

Adik:....di singapore kah ni?

Turun dari bas kami pun terus menuju ke rumah makcik saya...saya pun memerhatikan keadaan sekeliling..saya masih ingat kata teman saya:

'bersih bah di singapore..susah mau nampak sampah di jalan'

Untuk memastikan kebenaran kata² itu dan pendapat org selama ini..maka saya pun membuat pemerhatian yg jitu...dalam perjalanan ke bedok saya memang tidak melihat mana² sampah di buang di jalanan..tapi selepas itu saya sempat juga men'detect' beberapa sampah yg hanya boleh dikira dengan gigi.

Kami pun akhirnya sampai ke kediaman makcik saya yg mempunyai banyak TV..he he...Saya berterima kasih atas layanan baik semua keluarga di singapore..terima kasih juga kerana telah memberikan mainan dory yg mengeluarkan bunyi seperti bunyi ikan paus...he he

Setelah berehat/makan/mandi/bermain/bertelefon/ di rumah makcik saya..dan setelah makcik saya ber'sms' ria dengan suami-saya, daaaan juga setelah menelefon keluarga suami saya di singapore akan ketibaan keluarga suami-saya dan sebagainya, maka dengan itu wujudlah satu keputusan: kami pengembara 3A diiringi makcik saya dan suaminya pun berangkat ke airport changi singapura.

Saya melihat changi airport sama hebatnya seperti KLIA, memang canggih sekali changi airport..Semasa menunggu kedatangan mertua saya dan adik ipar saya, makcik saya dan suaminya telah mengajak kami makan di Burger King. Waktu itu kesemua mata kami sudah menjadi mata garfield, kecuali mata suami makcik saya..kerana matanya memang layu seperti mata garfield..he he..jangan mare!

Selepas mengalas perut, kami pun menunggu ketibaan keluarga suami saya di arrival hall berdekatan dengan gambar poster² besar mengenai singapore. Salah satu daripada gambar itu adalah gambar burung nuri yg sangat besar. Ketika saya menyuruh adik duduk di kerusi sebelah tiba² sahaja adik kelihatan seperti ketakutan..hmm..maka saya pun bertanya..:

Me:Kenapa adik takut?

Adik: Adik takut itu..(sambil menunjuk ke arah poster burung nuri yg besar itu)

Tidak lama selepas itu keluarga suami saya pun tiba..walaupun telah kami telah berkali² di tipu oleh Acap:

Acap: Umi, itu Opa sama Oma sudah datang

Me & Makcik-saya: Mana??! mana??

Acap: Haa haa..haa..Kena tipu..

Me & Makcik-saya: Acaaaaaaaaaaap!

bersama menyambut kedatangan mereka adalah keluarga suami saya di singapore...dan itu adalah kali pertama saya berjumpa dengan mereka...Makcik saya yg pada mulanya risau akan tempat tinggal kami pun sudah lega..kerana akhirnya kami mengambil keputusan untuk tinggal di flat makcik suami saya yg terletak di Tampines.

Flat tersebut sengaja dibiarkan kosong untuk kediaman keluarga yg datang ke Singapore..Di bawah flat tersebut adalah klinik kepunyaan keluarga suami saya..di samping itu terdapat banyak kedai² makan dan buah²an di bawah flat tersebut..

malam itu sebelum tidur kami sempat membersihkan kediaman tersebut..maklumlah sudah lama tidak berpenghuni..namun tempatnya tidak menakutkan kerana di sana sini dekelilingi oleh kediaman, kedai dan restoran..

Melelapkan mata di tempat baru bukanlah satu masalah bagi saya, kerana sudah berpengalaman dari dulu lagi...Tapi entah kenapa malam itu saya langsung tidak dapat menutup mata...sehingga subuh menjelma...ada sesuatu yg tidak kena...

To be Continued...

Wednesday, May 12, 2004

FROM KK WITH LOVE - The planet is not alone part-1

sebagaimana yg kalian semua maklum pengembara² 3A sudah biasa travel ke mana². 3A ini ialah Acap + Adik + Ana = 3A.

Iya, inilah kisah 3 pengembara unggul yg telah mengembara sejak Acap berumur 1 minggu. [wah, ini sungguh hebat, mengalahkan traveller di lonely planet]. Kali ini destinasinya adalah Singapore.

Penerbangan dari KK-Senai dalam lebih kurang 2 jam lebih..2 orang pengembara kecil kelihatan sangat excited. Sewaktu di atas pesawat..si adik @ pengembara ke-3 telah memulakan perbualan..

Adik: Umi...kenapa Adik ndak kena kasi mainan?

Me:Oh, di sini ndak dapat mainan, kalau pi Jakarta baru dapat.

Adik: Kenapa dorang belum kasi makanan?

Me: Belum lagi..kejap lagi.

Adik: Kenapa belum kasi selimut?

Me: why?? oh why??[dalam hati]....em..kalau malam baru dorang kasi..kalau mau tidur..

Adik: Adik mau tidur lah...

Me:......

pengembara yang ke-2 hanya berdiam diri..ini sungguh amazing..mungkin pengembara ke-2 ini sedang berimaginasi bagaimana keadaan di singapura nanti. maklumlah, pengembara ke-2 ini telah dilatih sejak berumur seminggu lagi untuk menjadi pengembara ulung..

tidak lama kemudian pengembara 3A ini pun sampai ke destinasi pertama iaitu senai airport. Berpandukan arahan dan taklimat dari ketua pengembara yg beroperasi di bedok singapura kami telah mengorak langkah ke kaunter tiket shuttle bas MAS Airlines. Setelah membayar tiket untuk 3 org dewasa-padahal-2-pengembara-lagi-masih-kecil maka kami pun bertolak ke Singapura. Perjalanan agak jauh maka saya mengambil kesempatan mengisi borang perjalanan ke singapura, dalam keadaan yg tidak stabil saya pun menulis seperti org yg mempunyai penyakit parkinson...nasib baik tiada org...memalukan.

sewaktu di Johor kami harus berhenti untuk meng'scan' pasport, maka saya pun turun bersama 2 pengembara kecil. Namun kehadiran pekerja² asing telah membuatkan 3A ini hampir sesat dek arus orang ramai...dan bermula lah pengembaraan 3A yg sebenar...

to be continued...






PERCUTIAN DRASTIK KE SINGAPURA.

Percutian ke Singapore kali ini bukanlah percutian yg dirancang, ia berlaku sangat drastik..wan sepone taim...

situasi: di bilik tidur sambil berbaring ria di atas katil.
tut turut tut tut tut tut..(bunyi msg SMS masuk)

Me: Wah ada sms yg masuk (ini di tokok tambah supaya lebih menarik)

SMS yg di terima dari suami saya: Ana, besok bisa engga minta cuti untuk ke singapore ketemu bapak sama mama. Mereka mau ketemu kamu dan anak² sekalian jalan². Kasi info harga tiket( <--wah,ini sungguh drastik)

Dengan sms yg sangat mengejutkan dan menggemparkan itu, hati saya pun mengatakan..-->YAHOO...sambil bernyayi ria "mari² kita bercuti ria.."

Saya pun tanpa membuang masa menghubungi makcik saya di singapore..dan setelah beberapa kali bere-mail dan telefon akhirnya saya memilih ke senai sahaja sebelum ke singapore. lebih murah dan jimat..pilihan bijak..(harus membaca seperti iklan sabun kain) dengan perasaan yg konfiden kami bertiga pun nekad ke singapore. ACAP...ADIK..ANA....Singapore here we come!

To be continued..



I'M BACK...

Waduh²..sudah lama sekali saya tidak membuat posting..tanpa disedari blogger sudah berwajah baru...ini telah membuatkan saya bersemangat sekali! yeaaaa bebeh...
Terasa lama sekali percutian kali ini..semua sudah berubah..blogger layout baru...restoran vietnam kegemaran saya berganti pelayan baru...menu berganti baru...baju berganti baru...padahal saya pergi bukannya lama cuma "satu tah..ta.taaaaaak sampai seminggu"... banyak yg ingin saya ceritakan especially tentang percutian ke Singapura. Terima kasih daun keladi buat makcik saya yg sudah bersusah payah menjemput kami di Singapore sambil memegang plastik berisi minuman kotak soya bean. Sungguh mulia sekali makcikku ini. Sampai ketemu lagi kota singa...ngaaaaaaauumm!


AL-FATIHAH

Buat datuk kesayangan kami di atas kembalinya Allahyarham ke Rahmatullah. Semoga rohnya di tempatkan di kalangan orang² yang beriman. Amin ya rabal alamin.



Wednesday, April 28, 2004

HARI KEMARAHAN SAYA...

Dari pagi sehinggalah ke saat ini saya agak bad mood sedikit..dan sebanyak..actually sejak petang kemarin mood saya sudah mulai menunjukkan unsur² air api & angin..aisey..sebenarnya unsur² kemarahan..dan hari ini adalah hari kemuncaknya...mari kita flashback apa yg berlaku kemarin petang...

lokasi: opis saya, tingkat 2
Org yg terlibat: 2 org (saya dan inspektor shahab....ndak bah..si engineer alpa)

Engineer-alpa: ana, buli tulung ka (heee...hee)

Me: Apaaaa!

Engineer-alpa:Heee.......Hee...tulung saya taip ini request untuk inspection bah...senang saja ni...

Me: Hmm..Hmm..Bah OK laaaa...!!

Engineer-alpa:thanx...

setelah bertungkus lumus menaip...akhirnya

Me: yeaa..siap! Woi Alvin..siap sudah...

Engineer-alpa: OK..(dengan slow motion dtg ke meja saya),Buli adjust sikit ka table ni..(sambil menunjuk paper dgn tegas)

Me: (Ewah² banyak bida' muka kau) Apalagi?!

Engineer-alpa:Heee...ini bah...heeee..heee..

Me: sengih²...kuterajang karang!!...[<---ingin berkata begini tapi tidak jadi...] bah iyalah...

tengah asyik menaip..tiba² instinct saya merasakan 'basic instinct'..saya menoleh ke arahnya...saya melihat dia tengah menaip sesuatu sambil tersengih²...saya pun ragu² adakah benar dia membuat kerja atau dia sebenarnya ada penyakit mental...[hmmm..i smell somethin' fishy here]...saya pun tanpa membuang masa berjalan dengan gerakan laju ke arahnya...dan alangkah terkejutnya saya.....

Me: OOOOoooOOOOOOOO!!!!! MIRC PULA!!!!

Engineer-alpa: erk..he heeee....(ketika ini kelihatan peluh yg lebat sedang mengalir dari kepalanya)

Me: SAYA MARAH!!!

Engineer-alpa: ee..jangan marah bah..heeeeee..heeeee...

Me: SAYA MARAH!!! INI BENAR² KEJADIAN YG SAYA MARAH!!! SAYA SERIUS INI!!

Engineer-alpa: Aik..macam saya pernah dengar tu..heeeee...heeeeeee...

Me: Kau ingat saya begurau??!! Saya marah....marahhhhhhhhhhhhhhhh!!

Begitulah bermulanya detik² saya menjadi 'bad mood'...dan ketika lunch tadi pula..anak² saya telah memaksa saya membeli piza buat mereka

ACAP & ADIK: MAU PIZAAA..MAU PIZAAAAA...MAU PIZAAAAAAA..MAU PIZAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!!!!!!!!!!!!!!!

Me: Stop it!!...O.K..O.K......!!.. BOTH OF U WIN!!

dan saya pun membeli piza regular buat mereka berdua..ketika ini kemarahan saya baru mencapai tahap ala kadar....yg membuatkan kemarahan saya membara adalah..

Cashier-laknat:(dengan muka yg masam) Piza will be ready 15 minutes from now, thank you. come again.

Me:(ketara mengahafal) o yea? make sure i'll get my piza right on time..or else!!

Cashier-laknat:?

Me: What??!!

15 minutes later...

Me: Kurang asam..mana la konon piza ni!!!

Acap: Umi...mana Piza...Acap lapar..

Me: Tu la kamu..mau piza lagi.!!..*#$^&#&&# punya piza!!

Ketika menunggu di tepi kaunter saya melihat ada 2 orang mat salleh sedang membuat bayaran...

Cashier-laknat:(senyum² sapi) Thank you for coming..please come again.

Me:A@@*%E!!.... sama orang putih be gete² pula..

merasa diri ini ditindas..maka saya pun bertanya kepada pelayan yg lalau lalang..seperti belalang.

Me: Buli kamu check ka berapa lama lagi saya mau tunggu?

Pelayan-tongok: AAAAA??..piza ka?

Me: Ndak..roti canai!!

Pelayan-tongok:AAAA??....

Me: Of course piza.! where's my piza..?? pigi ko check dulu..mau karau sudah saya ni..

25 minutes later...

Me:%^$%^&#&&()_)()_()@##$%&

30 minutes later

Me: This is too much!!! (terus pergi ke kaunter) Excuse me miss! I've waited for almost half an hour now! Now where is my piza!!

Cashier-yg-takut:(meluru ke bahagian penghantaran piza) Woi..mana gia piza take away tu...lama juga...(balik ke kaunter) sorry miss...nanti skejap lagi

Me: Whatta!!

1 minute later

Pelayan-kasar:(menghantar dgn kasar-without saying sorry-menghulur piza)

Me: aik..(bersemuka dgn pelayan) kamu tau ka berapa lama saya tunggu untuk dapat piza ni??..and this is how u treat your customer???

Cashier-laknat: sorry miss..sorry...sorry miss...

Me: (hmm..macam lagu hello miss..hello miss..yena poringge')

pelayan-insaf-yg takut: sorry..sorry...

Me: Yeahhh right....eat your short!!! <---seperti mau berkata ini..tapi sebaliknya--> it's ok..remember..customers always right..(sambil tersenyum lebar) <----sebenarnya bukan ini juga yg di katakan...SEBENARNYA TERUS BERLALU...sebab telah lambat untuk ke tempat kerja...dan sesampai di opis

Me: hm...fwiuh! what a day! lebih baik saya membuat posting..ketika men'check' blog saya telah membaca luahan rasa si fiedah...

Me: Whatta hell??!! INI BOLEH MEMBUATKAN SAYA MARAH!!

Semua hal yg bersangkut paut dengan rumah 108 pasti akan membuatkan saya marah!!! dan inilah kemuncak kepada kemarahan saya yg boleh menyebabkan seekor semut mati dipicit dan seekor lipas menjadi kudung!! GRRRRRR.....

Ketika ini penulis sedang memakan donut sambil menjilat jari...(marah tu....)

Monday, April 26, 2004

MUSIM PANAS MELANDA SEMULA.

lain macam panasnya sejak beberapa hari ini...seperti sedang berada di dalam ketuhar gelombong mikro...atau mungkin sebenarnya kisah hidup saya sedang dijadikan satu tv siri yg sangat popular di luar sana..seperti filem 'the truman show' dan ketika ini mereka sedang men'set' cuaca yg panas sedang melanda bandar ini...hmm..i wonder..

Kepanasan yg luar biasa ini semakin terserlah di majlis kenduri kawin perkahwinan abang kepada best friend saya iaitu miza. Terasa sungguh tidak selesa rasanya..dengan kehadiran tetamu yg tak henti² datang..[sila rujuk gambar di fotolog saya-cuba perhatikan ekspresi muka saya] saya teringat salah satu ayat yg sering saya dan miza sering gunakan untuk membayangkan situasi ketidak selesaan saya adalah

Me: Panas betul juga ni..

Miza: iya bah..tapi aku boleh tahan lagi panas ni...belum lagi kalau di kampung...

Me: iya bah, rimas lagi tu..ndak selesa macam seolah² "kau sedang berjalan di padang pasir yg panassss betul lepas tu tiba² ada kuah sate tertumpah di muka kau..lepas tu kacang kuah sate tu termasuk di lubang hidung"...macam tu bah rasa dia...yeeeeekhhhh!!!

Miza: iya..aku pun rasa begitu.!! ada lagi satu..kau imagine kau tengah selesma yg running nose gila ni..tiba² kuah kari yg berminyak tertumpah di muka kau..termasuk lagi tuh kari² di hidung kau....Yaaaarkkk!!!

Me: Yaaaaaarkkk!!

begitulah hebatnya imaginasi kami untuk mengambarkan betapa tidak selesanya kami ketika itu...dan di luar opis sekarang kelihatan matahari bersinar²...kelihatan wap² panas di atas kereta sedang bergelora....

Waaa...it's getting hot in here!

in loving memory-ikan-jomblo saya

masih terbayang² di benak fikiran akan kelincahan si ikan-jomblo berenang² manja di dalam akuarium. Kilauan sisiknya yang kelihatan seperti emas habib jewels yg berharga RM1000 ke atas..(Mahal tu..). Kini si ikan-jomblo sudah tiada..seminggu telah berlalu...tapi kesedihan masih menyelubungi diri. Melihatkan akuarium sepi tanpa bebola oksigen...yg ada hanyalah kekosongan...

Masih segar diingatan saya bagaimana saya menyedari si ikan-jomblo sudah tidak bernyawa...dengan mulut ternganga dan sirip lemah longlai...si ikan-jomblo sudah tidak bergerak lagi...saya pun menangis hiba..apatah lagi mendengar adik berkata

adik: kalau ikan mati bolehlah makan.

Me: erk..mana boleh makan.

adik: kenapa?..kita selalu makan ikan..adakah ndak boleh makan??

Me: itu ikan laut..ini ikan akuarium..

adik: sebab ini anak ikan kan?..nanti kesian mama dia..? nanti mama dia marah?

Me: dik..let me explain,ikan jenis ini adalah jenis ikan eksotik..ndak boleh makan..ianya adalah untuk di pelihara sebagai hobi...bla..bla..

adik: ?? adik mau tengok vcd dulu..

Me: wait..i'm not finish yet...:-(

Masih terbayang saat² indah saya bersama si ikan-jomblo. Ketika saya memandikannya..ketika saya memberinya makan...Ketika menidurkannya..hm....salah kenangan..itu kenangan bersama kucing saya yg telah pergi meninggalkan saya sewaktu tingkatan 4...namanya ringgo...ringgo adalah kucing kesyangan kami sekeluarga......emm berbalik kepada ikan kesayangan saya si ikan-jomblo.......waduh..saya tidak biasa ini semua..bapak saya baru sahaja membeli makanan ikan RM10 untuk 2 botol...(dibeli ketika sale-murah saja)..jadi siapakah yg akan menghabiskannya....???!! katakan!!..sorry..kerana sangat emotional..

I miss u..ikan-jomblo...(soundtrack lagu kanak² bertajuk mari menangkap ikan sayup² kedengaran )

Thursday, April 22, 2004

SIAPA YG BIRTHDAY?

Kemarin adalah birthday mama saya. Sebenarnya saya ingin berpura² tidak tahu akan hari istimewa ini. Walaupun mulut ini sudah tidak tahan lagi untuk mengucapkan "Happy Birthday Makkkkk!!!!!!" sambil melompat² keriangan, seolah² saya yg birthday..padahal birthday saya masih lama iaitu 9 DISEMBER..ingat ya saudara saudari 9 DISEMBER..ehem...masih lama..masih sempat untuk mengumpul duit membeli hadiah saya..Ndak payah lah susah² kasi handphone pun saya terima..saya ndak pilih brand..NOKIA pun saya terima juga..ok!

Sedang saya memendam rasa untuk mengucapkan heppi besday tiba² ibu saya pun menelefon saya:

kring! kring!

Me:Hello, *tuuuuut* Development..Good afternoon..

mama-saya: Na, sudah kau lunch?

Me: Belum, napa?

mama-saya: mama sudah lunch tadi sama adik & bapa. kau pigi lah lunch sama kawan kau..

Me: Bah ok lah..

mama-saya: Tadi bah, kawan mama buat suprise di office..

Me: OOo (alamak..macam mana mau 'pretend²' ni ) emm..

mama-saya: Dorang kasi beli kek

Me: erk (Bersalahnya diri ini....) Maa..em..Heppi besday!

mama-saya:hehehehe..tadi mama nampak kek..macam sedap

Me:OO..bah buli bah..nanti beli (hmm..ndak suprisenya daku)

mama-saya:hehehehe...

Me: Bah, lepas kerja la aaa...

Selepas kerja kami pun berpakat untuk makan di luar demi menyambut birthday mama saya..sebenarnya saya ingin membawa mereka makan sate..tapi adik dan acap mengatakan:

Adik & Acap: KFC!!! KFC!!!

Me: Macam jak kamu yg besday...

Adik: Adik yg punya besday!!!

Me: er..OK! [malas mau gaduh..:( ]

Dan kami pun bercadang untuk ke Wawasan Plaza.

mama-saya: ala..mau beli kek yg di Multi bake..sedap tu..

bapak-saya: ih..buat apa lah kek tu..bikin gemuk

Me: ala..ndak ada lah kek (macam saja saya yg besday)

HAPPY BIRTHDAY MA!

Wednesday, April 21, 2004

StresS + TensioN= posting gila²

PC saya semakin lama semakin uzur...setiap kali saya menaip posting PC saya akan 'restart' tanpa dipinta..dan ini menyebabkan semua posting yg telah saya taip dengan semangat yg jitu dan waja telah hilang...musnah..hancur...berkecai...!!! WAAA...Semangat saya punah dengan sekelip mata...*ting*

Tadi ketika saya sedang meyahoo msnger kan diri bersama kakak saya tiba² kami mendapati ada sesuatu yg tidak kena dengan yahoo..ini disebabkan kakak saya telah bermain 'now-u-see-me-now-u-don't' ketika chat...sebentar log in..sebentar log out..sebentar log in...sebentar log out.....dan tiba² pula tulisan di screen saya menjadi GIANT...dengan font 24...waaa...sungguh memalukan....dan ini telah menyebabkan saya 'stress & tension'?! hmmm...

Tadi saya telah bercerita dengan anak boss saya tentang opis yg baru...waduh² besar sekali bilik boss saya nanti...di biliknya nanti akan terwujudlah attached bathroom, living room & conference room...fuh! dan dengan rasa gumbira anak boss telah mengconfirm kan akan kelayakan saya untuk menjawat kerusi PAAAaaarrr...P. A. boss...yeah bebeh! dan saya akan memiliki bilik sendiri...yahuuu..alabamba...mari berdangdut...!!


SMS from suami_saya today: ILU IMU INU

SMS²an:

Me: ?? Apaan tuh pa..

Suami_saya: ihh kampungan banget sih...itu kan bahasa smsnya untuk I Love U I Miss U I Need U..:P

Me: ih...kagak pernah denger aku...kalo gitu aku juga deh mau bilang gitu..ILU IMU INUL

Conversation for today:

Suami_saya: INUL???????? Wahahahahahaha..

Me: (duh, salah pencet) ya iyalah INUL...itu artinya I LOVE U LHO

Suami_saya: idih, kentara banget nutupin malu..

Me: Iya deh malu...:-(

Suami_saya: ahhh enggalah...kok sensi gitu sih..iya deh..aku yg malu

Me: lha ??? kok gitu....

Motto for today:
Kalau org lain boleh berjaya..kenapa tidak kita (Ijah harus berbangga dengan motto ini :-P)

Tuesday, April 20, 2004

Busy tahap maksimum

siapa tau lagu ni?

Indung² kepala lindung
hujan di ufuk di sini mendung
anak siapa pakai kerudung
mata melirik kaki tersadung

Inilah lagu Endang Estaurina, dulu sewaktu zaman agogo kami mempunyai kaset penyayi dari seberang ini. Saya pun tidak pasti siapa yg membelinya..mungkin mama saya..tapi dengan jujur tanpa ada rasa malu saya menyukai lagu tersebut...huehue :P dan jika saya terdengar lagu itu sekarang sudah pasti saya akan teringat nostalgia masa lalu...teringat masa kecik² dulu...aisey..

Beberapa hari ini saya sangat busy sekali..jangankan membuat posting..mencheck e-mail skalipun saya tidak sempat...ditambah lagi dengan masalah² pribadi yg tidak kurang hebatnya...dugaan oh dugaan...hebat skali....:-(

Thursday, April 15, 2004

Hari yg lesu.

Hari ini saya merasa sangat lesu..semalam pun selepas pulang kerja saya terbaring lesu...bangun pagi lesu...berus gigi lesu...mandi lesu...pakai make-up lesu....breakfast lesu....pergi opis lesu...kawan di opis pun semuanya kelihatan lesu....semuanya serba lesu....Adakah hari ini.....HARI LESU SEDUNIA...?!

Tapi sebelum itu, saya harus membuat kajian dulu...adakah anda yg sedang membaca posting ini mengalami gajala² seperti di bawah:

1) Mata anda kelihatan seperti mata garfield iaitu kelopak mata menutup separuh dari biji mata anda.
a) di saat anda diserang b-o-r-i-n-g-i-s-m
b) hanya terjadi ketika mengantuk
c) sudah seperti itu sejak azali lagi

2) Anda merasa susah untuk berjalan, sehingga terpaksa mengheret kaki untuk ke destinasi berikutnya..
a) iya, sehingga tapak kasut saya menjadi nipis
b) jarang, sebab saya seorang yg kaki jalan
c) sudah seperti itu sejak azali lagi

3) Ketika kawan²/boss anda bercakap, anda selalu tidak faham dengan apa yg dikatakan oleh mereka..
a) iya, sebab saya merasakan mereka sangat membosankan
b) iya, sebab mereka menggunakan bahasa urdu
c) iya, sebab saya memang seorang yg badigol

4) Ketika anda berjalan, anda selalu terlanggar barang/orang berdekatan anda..
a) Selalu, dan kadang² kereta pun saya langgar sehingga kereta itu cedera parah.
b) jarang, sebab saya selalu berjalan dengan penuh tatasusila
c) selalu seperti itu sejak azali lagi

5) Anda menerima panggilan dari sahabat/boss/keluarga..anda selalu bermula dengan
a) Ello
b) Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh
c) aaa..siapa nih!
d) .......No yg anda panggil sudah tidak ada dalam perkhidmatan kami.....

6) Sewaktu ingin mengoder makanan di waktu lunch, anda lebih suka memilih
a) Nasi ayam RM2.90
b) biskut marie
c) No, thanx i'm on diet
d) KFC/ McD
e) Nasi beriani + teh tarik kaw kaw

Baiklah dengan berpandukan beberapa soalan tadi, silalah perhatikan jawapan anda..adakah jawapan anda lebih banyak memilih A...atau B...atau C...atau D..atau E ataupun F?!

Jawapan yg banyak A-
anda seorang yg sangat boring, selalu lesu dan anda lebih suka duduk dirumah dan menonton telenovela. Hobbi anda adalah tidur dan anda juga seorang yg membosankan.
get a life!

Jawapan yg banyak B-
Anda seorang yg ala² nerd gitu..jarang mengalami kelesuan,tapi anda baik hati dan disukai ramai, anda juga seorang yg low profile dan berbakat menjadi artis dangdut suatu hari nanti.

Jawapan yg banyak C-
Anda telah ditakdirkan menjadi makhluk yg paling lesu di dunia, sehinggakan anda tidak mampu melakukan apa² kerana dikhuatirkan anda pengsan ketika melakukan kerja..anda juga tidak berbakat untuk menjadi polis.

Jawapan yg banyak D
Anda seorang bukan seorang yg lesu..itu adalah perasaan anda sahaja. Anda juga seorang rakyat yg berjasa tanah air. Anda sesuai jadi askar wataniah.

Jawapan yg banyak E
Anda seperti saya..seorang yg lesu yg ala kadar dan selalu terpaksa memakan nasi beriani + teh tarik kaw². Anda memang marveles, berwawasa tinggi..comel..cantik..aisey...

Jawapan yg banyak F
Anda tidak termasuk dalam ketegori orang yg lesu. Anda orang yg buta huruf kerana soalan saya tidak menyediakan jawapan untuk hurup F

Setelah mengenal pasti gejala² lesu yg anda alami, anda bolehlah mengirim biodata anda berserta gambar ukuran pasport ke majalah URTV untuk mencari kenalan baru, objektif utamanya -->menghilangkan kelesuan yg anda alami.Semoga berjaya! Jangan lupa sertakan motto anda: Jika org lain boleh berjaya kenapa kita tidak (Motto siapa ni aa..? Ha ha ha)

Tuesday, April 13, 2004

Misteri kehilangan cincin perkahwinan saya...

Kemarin pagi sewaktu hendak pergi ke opis seperti biasa proses akhir untuk saya melengkapkan diri ke opis diakhiri dengan memakai jam + cincin..Ketika hendak mengambil cincin perkahwinan itu saya dapati cincin tersebut tidak ada di dalam kotak cincin yg biasa saya gunakan untuk menyimpan cincin berkenaan...dan ini telah membuatkan saya panik...Saya pun menarik napas yg panjang dan dalam...seolah² ingin melakukan yoga...dan menutup mata kemudian cuba 'flash back' untuk memastikan di mana sebenarnya tempat terakhir saya menimpan cincin terbabit. Namun ingatan saya masih sama...iaitu saya menyimpan di kotak cincin itu...saya pun mencoba untuk mencari di dalam beg...tidak ada....di dalam laci...tidak ada....di dalam beg adik....tidak ada....di dalam kotak mainan Acap & Adik...tidak ada...:-( kehilangan ini penuh misteri sekali...

Saat itu saya seakan merasa ada kekosongan di jari jemari saya ini..perasaan takut mula melanda diri...saya mula memikirkan kemungkinan yg ada...dan mula memikirkan kedai emas mana harus saya pergi untuk menempah cincin perkahwinan saya yg hilang exactly seperti yg asal...termasuk kos² nya sekali..kesedihan itu berpanjangan selama di opis apalagi memikirkan cincin itu bukanlah cincin biasa...:-(

Sekembalinya saya dari opis, saya tanpa membuang masa meneruskan pencarian saya....dan setelah beberapa jam saya pun berputus-asa..

Tiba²...dalam saya kehampaan yg teramat sangat...Asadik datang menghampiri saya sambil memegang patung barneynya...dia pun bertanya

Adik: Napa umi macam penat?

Me: (sambil memandang adik tanpa mengharap) Dik, umi cari cincin umi...Adik nampak..?

Adik: Ada...Semalam adik main...tapi Adik sudah simpan...

Me: Whatta??!! Asadik...(tidak mau kelihatan menggertak..harus bermanis²)..adik..:-)...adik simpan mana? Adik ingat kah?

Adik: Mari sini..sini..ikut Adik..(Kemudian menunjukkan tempatnya-di sebuah kotak kecil yg penuh dgn nota² kecil)

Me: Sini ? (mencari dengan harapan yg tinggi....akhirnya) AAAA...Yahuuuu...jumpaaaaaaaaaa....labamba...ewah...(sambil berjimnastik ria)

Adik:-)..Adik bukan kasi hilang...Adik main saja sekejap..Adik sudah kasi balik...Umi marah ka?

Me: Ndak marah...lain kali jangan main cincin umi ok...kalau hilang nanti bapa marah...

Adik: OK..:-)

Saya pun langsung merebahkan diri ke atas katil...dek kepenatan mencari cincin perkahwinan saya..

Misteri kehilangan cincin perkahwinan saya pun terjawab.