Thursday, May 13, 2004

FROM SENAI WITH LUGGAGE- The planet is not alone part II

Kelihatan ribuan pekerja asing yg berpusu² untuk meng'scan' pasport, terasa seperti sedang mengharungi lautan yg dalam sekali. Ditambah dengan aroma² asli yg bertebaran di udara..sungguh menyegat sekali baunya...Dengan sedikit perasaan bimbang akan keselamatan si pengembara² kecil, maka kami bertiga pun berpegang erat seperti aksi power rangers yg akan berubah.

Ketika ingin menuju ke kaunter pasport, beberapa orang pekerja asing telah menutup jalan kami. Nasib baik pekerja imigresen di kaunter itu memberi isyarat 'memberi-jalan' sambil berkata "tak apa, cuma nak scan aja...". Saya pun bergegas keluar mencari bas yg kami naiki tadi.

Melihatkan keadaan yg agak sesak dan tidak selesa ini membuatkan saya terfikir bagaimana keadaan di Woodlands nanti. Selang berapa minit kami pun sampai di Woodlands..keadaannya agak jauh berbeza dari check point di Johor..lebih bersih,..semestinya.
Turun dari bus kami dikehendaki membawa luggage untuk pemeriksaan. Nasib baik suami saya telah berpesan:
Dipetik dari sms yg di hantar:

Engga usah bawa banyak baju..OK

begitulah sms yg saya terima dari suami saya..hmm..sungguh ringkas dan padat. Pilihan bijak! :-)

Barisan yg agak panjang ketika mencop pasport dan pemeriksaan barang telah membuatkan saya sedikit risau...takut nanti ketinggalan bas pula. Tapi Acap telah menenangkan saya dengan berkata:

"Itu bas tunggu kita tu...Kita sudah bayar tiket kan..(hmm..sungguh bernas)

Sewaktu hendak meng'scan' luggage dan beg galas, anak² saya dikehendaki untuk membuka topi bagi tujuan pemeriksaan suhu badan. Ketika itu pengembara ke-2 iaitu Acap awal² lagi telah menunjuk sign gambar topi yg bergaris silang..

Acap: Umi, itu gambar "No topi"..kenapa mau buka topi?

Umi: Oo..mau scan badan dulu..Acap buka topi ok..Adik juga ya..

Adik: OK!

Setelah melepasi kamera pemerikasaan suhu badan, kami pun meletakkan beg dan luggage ke tempat scan barang. Tanpa saya sedari adik telah memasukkan topinya ke dalam tempat tersebut..dan saya hanya menyedari topi adik tertinggal sewaktu di dalam bas...sayang sekali.

Tidak lama kemudian bas kami pun berhenti exactly di Copthorne hotel, seperti yg sepatutnya...Dari jauh..samar² kelihatan seseorang berbaju biru dan bertudung biru sambil memegang plastik sedang menunggu dari kejauhan..dan dia adalah..

Acap: Umi, itu uncu..

Me: yea..yeaaaa!! Ijah datang..yeaa..yeaa

Adik:....di singapore kah ni?

Turun dari bas kami pun terus menuju ke rumah makcik saya...saya pun memerhatikan keadaan sekeliling..saya masih ingat kata teman saya:

'bersih bah di singapore..susah mau nampak sampah di jalan'

Untuk memastikan kebenaran kata² itu dan pendapat org selama ini..maka saya pun membuat pemerhatian yg jitu...dalam perjalanan ke bedok saya memang tidak melihat mana² sampah di buang di jalanan..tapi selepas itu saya sempat juga men'detect' beberapa sampah yg hanya boleh dikira dengan gigi.

Kami pun akhirnya sampai ke kediaman makcik saya yg mempunyai banyak TV..he he...Saya berterima kasih atas layanan baik semua keluarga di singapore..terima kasih juga kerana telah memberikan mainan dory yg mengeluarkan bunyi seperti bunyi ikan paus...he he

Setelah berehat/makan/mandi/bermain/bertelefon/ di rumah makcik saya..dan setelah makcik saya ber'sms' ria dengan suami-saya, daaaan juga setelah menelefon keluarga suami saya di singapore akan ketibaan keluarga suami-saya dan sebagainya, maka dengan itu wujudlah satu keputusan: kami pengembara 3A diiringi makcik saya dan suaminya pun berangkat ke airport changi singapura.

Saya melihat changi airport sama hebatnya seperti KLIA, memang canggih sekali changi airport..Semasa menunggu kedatangan mertua saya dan adik ipar saya, makcik saya dan suaminya telah mengajak kami makan di Burger King. Waktu itu kesemua mata kami sudah menjadi mata garfield, kecuali mata suami makcik saya..kerana matanya memang layu seperti mata garfield..he he..jangan mare!

Selepas mengalas perut, kami pun menunggu ketibaan keluarga suami saya di arrival hall berdekatan dengan gambar poster² besar mengenai singapore. Salah satu daripada gambar itu adalah gambar burung nuri yg sangat besar. Ketika saya menyuruh adik duduk di kerusi sebelah tiba² sahaja adik kelihatan seperti ketakutan..hmm..maka saya pun bertanya..:

Me:Kenapa adik takut?

Adik: Adik takut itu..(sambil menunjuk ke arah poster burung nuri yg besar itu)

Tidak lama selepas itu keluarga suami saya pun tiba..walaupun telah kami telah berkali² di tipu oleh Acap:

Acap: Umi, itu Opa sama Oma sudah datang

Me & Makcik-saya: Mana??! mana??

Acap: Haa haa..haa..Kena tipu..

Me & Makcik-saya: Acaaaaaaaaaaap!

bersama menyambut kedatangan mereka adalah keluarga suami saya di singapore...dan itu adalah kali pertama saya berjumpa dengan mereka...Makcik saya yg pada mulanya risau akan tempat tinggal kami pun sudah lega..kerana akhirnya kami mengambil keputusan untuk tinggal di flat makcik suami saya yg terletak di Tampines.

Flat tersebut sengaja dibiarkan kosong untuk kediaman keluarga yg datang ke Singapore..Di bawah flat tersebut adalah klinik kepunyaan keluarga suami saya..di samping itu terdapat banyak kedai² makan dan buah²an di bawah flat tersebut..

malam itu sebelum tidur kami sempat membersihkan kediaman tersebut..maklumlah sudah lama tidak berpenghuni..namun tempatnya tidak menakutkan kerana di sana sini dekelilingi oleh kediaman, kedai dan restoran..

Melelapkan mata di tempat baru bukanlah satu masalah bagi saya, kerana sudah berpengalaman dari dulu lagi...Tapi entah kenapa malam itu saya langsung tidak dapat menutup mata...sehingga subuh menjelma...ada sesuatu yg tidak kena...

To be Continued...

No comments: