Monday, April 26, 2004

MUSIM PANAS MELANDA SEMULA.

lain macam panasnya sejak beberapa hari ini...seperti sedang berada di dalam ketuhar gelombong mikro...atau mungkin sebenarnya kisah hidup saya sedang dijadikan satu tv siri yg sangat popular di luar sana..seperti filem 'the truman show' dan ketika ini mereka sedang men'set' cuaca yg panas sedang melanda bandar ini...hmm..i wonder..

Kepanasan yg luar biasa ini semakin terserlah di majlis kenduri kawin perkahwinan abang kepada best friend saya iaitu miza. Terasa sungguh tidak selesa rasanya..dengan kehadiran tetamu yg tak henti² datang..[sila rujuk gambar di fotolog saya-cuba perhatikan ekspresi muka saya] saya teringat salah satu ayat yg sering saya dan miza sering gunakan untuk membayangkan situasi ketidak selesaan saya adalah

Me: Panas betul juga ni..

Miza: iya bah..tapi aku boleh tahan lagi panas ni...belum lagi kalau di kampung...

Me: iya bah, rimas lagi tu..ndak selesa macam seolah² "kau sedang berjalan di padang pasir yg panassss betul lepas tu tiba² ada kuah sate tertumpah di muka kau..lepas tu kacang kuah sate tu termasuk di lubang hidung"...macam tu bah rasa dia...yeeeeekhhhh!!!

Miza: iya..aku pun rasa begitu.!! ada lagi satu..kau imagine kau tengah selesma yg running nose gila ni..tiba² kuah kari yg berminyak tertumpah di muka kau..termasuk lagi tuh kari² di hidung kau....Yaaaarkkk!!!

Me: Yaaaaaarkkk!!

begitulah hebatnya imaginasi kami untuk mengambarkan betapa tidak selesanya kami ketika itu...dan di luar opis sekarang kelihatan matahari bersinar²...kelihatan wap² panas di atas kereta sedang bergelora....

Waaa...it's getting hot in here!

No comments: