Thursday, April 15, 2004

Hari yg lesu.

Hari ini saya merasa sangat lesu..semalam pun selepas pulang kerja saya terbaring lesu...bangun pagi lesu...berus gigi lesu...mandi lesu...pakai make-up lesu....breakfast lesu....pergi opis lesu...kawan di opis pun semuanya kelihatan lesu....semuanya serba lesu....Adakah hari ini.....HARI LESU SEDUNIA...?!

Tapi sebelum itu, saya harus membuat kajian dulu...adakah anda yg sedang membaca posting ini mengalami gajala² seperti di bawah:

1) Mata anda kelihatan seperti mata garfield iaitu kelopak mata menutup separuh dari biji mata anda.
a) di saat anda diserang b-o-r-i-n-g-i-s-m
b) hanya terjadi ketika mengantuk
c) sudah seperti itu sejak azali lagi

2) Anda merasa susah untuk berjalan, sehingga terpaksa mengheret kaki untuk ke destinasi berikutnya..
a) iya, sehingga tapak kasut saya menjadi nipis
b) jarang, sebab saya seorang yg kaki jalan
c) sudah seperti itu sejak azali lagi

3) Ketika kawan²/boss anda bercakap, anda selalu tidak faham dengan apa yg dikatakan oleh mereka..
a) iya, sebab saya merasakan mereka sangat membosankan
b) iya, sebab mereka menggunakan bahasa urdu
c) iya, sebab saya memang seorang yg badigol

4) Ketika anda berjalan, anda selalu terlanggar barang/orang berdekatan anda..
a) Selalu, dan kadang² kereta pun saya langgar sehingga kereta itu cedera parah.
b) jarang, sebab saya selalu berjalan dengan penuh tatasusila
c) selalu seperti itu sejak azali lagi

5) Anda menerima panggilan dari sahabat/boss/keluarga..anda selalu bermula dengan
a) Ello
b) Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh
c) aaa..siapa nih!
d) .......No yg anda panggil sudah tidak ada dalam perkhidmatan kami.....

6) Sewaktu ingin mengoder makanan di waktu lunch, anda lebih suka memilih
a) Nasi ayam RM2.90
b) biskut marie
c) No, thanx i'm on diet
d) KFC/ McD
e) Nasi beriani + teh tarik kaw kaw

Baiklah dengan berpandukan beberapa soalan tadi, silalah perhatikan jawapan anda..adakah jawapan anda lebih banyak memilih A...atau B...atau C...atau D..atau E ataupun F?!

Jawapan yg banyak A-
anda seorang yg sangat boring, selalu lesu dan anda lebih suka duduk dirumah dan menonton telenovela. Hobbi anda adalah tidur dan anda juga seorang yg membosankan.
get a life!

Jawapan yg banyak B-
Anda seorang yg ala² nerd gitu..jarang mengalami kelesuan,tapi anda baik hati dan disukai ramai, anda juga seorang yg low profile dan berbakat menjadi artis dangdut suatu hari nanti.

Jawapan yg banyak C-
Anda telah ditakdirkan menjadi makhluk yg paling lesu di dunia, sehinggakan anda tidak mampu melakukan apa² kerana dikhuatirkan anda pengsan ketika melakukan kerja..anda juga tidak berbakat untuk menjadi polis.

Jawapan yg banyak D
Anda seorang bukan seorang yg lesu..itu adalah perasaan anda sahaja. Anda juga seorang rakyat yg berjasa tanah air. Anda sesuai jadi askar wataniah.

Jawapan yg banyak E
Anda seperti saya..seorang yg lesu yg ala kadar dan selalu terpaksa memakan nasi beriani + teh tarik kaw². Anda memang marveles, berwawasa tinggi..comel..cantik..aisey...

Jawapan yg banyak F
Anda tidak termasuk dalam ketegori orang yg lesu. Anda orang yg buta huruf kerana soalan saya tidak menyediakan jawapan untuk hurup F

Setelah mengenal pasti gejala² lesu yg anda alami, anda bolehlah mengirim biodata anda berserta gambar ukuran pasport ke majalah URTV untuk mencari kenalan baru, objektif utamanya -->menghilangkan kelesuan yg anda alami.Semoga berjaya! Jangan lupa sertakan motto anda: Jika org lain boleh berjaya kenapa kita tidak (Motto siapa ni aa..? Ha ha ha)

No comments: