Thursday, October 07, 2004

BILA KK MENANGIS.

Sejak beberapa hari ni cuaca di KK sangat sensetif sekali. Awal pagi menangis, petang pun menangis. Rasanya adalah dekat 2 minggu kami menjemur baju di bawah kipas angin. Mandi pun malas...(sebenarnya kalau tidak hujan pun saya malas mandi)

Saya masih ingat lagi, sewaktu saya masih kecil(belum tadika) mamabapa saya akan menghantar saya dan kakak saya di rumah arwah makcik saya untuk dijaga. Rumah arwah makcik saya adalah jenis rumah berdiri di atas tiang. Tiang rumahnya tidaklah terlalu tinggi, cukup untuk budak kecil seumur kami masuk di bawahnya(kami panggil bawah kolong) untuk bermain.

Waktu itu, kawan kami bermain adalah the only cousins kami di sebelah bapa. Umur kami pun tidak lah jauh beza. Bila musim hujan, itulah saat yang paling kami tunggu². Selepas hujan reda kami pasti akan turun di bawah 'kolong', nah, di situlah kami akan lihat cacing tanah keluar dari habitat mereka, besar² dan gemuk² belaka. ..dan akan terbentuk bermacam² corak di atas tanah, iya..itu adalah jejak yg mereka tinggalkan..

Selain dari itu, kami juga akan menjalankan aktiviti menangkap anak katak alias 'berudu'. Ini adalah aktiviti favourite kami. Kami menangkap anak berudu ini di longkang depan rumah arwah makcik saya...(wah, pengotor sekali kami...) Tapi, longkang rumah waktu itu bukan macam longkang rumah sekarang. Saya masih ingat lagi keadaan longkang tersebut. Airnya sangat jernih, sehinggakan kami boleh melihat berudu tersebut dengan jelas dan aktif sekali. Malah airnya pun boleh dibuat mineral water..hehe(ini sudah melebih..) Kalau sekarang jangan kan berudu, bakteria pun tidak sanggup hidup di longkang.

Kalau di kampung saya lain pula cerita dia, dulu kalau musim hujan nenek saya mesti suruh kami kasi off TV. Kalau terdengar bunyi kilat @ petir@ halilintar@ guntur @ temparik nah...ready² lah..adalah rambut yg kena gunting..lepas tu kena tunu'(bakar)..reason?

saya: nek, napa mau bakar tu rambut yg kena gunting?

nenek: supaya inda kana guntur.. (translation:supaya tidak kena petir)

saya: Ooo...(sambil menutup hidung kerana tercium bau hangus rambut saya dibakar)

sebenarnya saya pun tidak ingat jika saya pernah bertanya begitu, tapi saya yakin conversation seumpama itu pernah terjadi.

Tapi hal yang WAJIB bagi setiap kanak² adalah mandi air hujan! bukan air shower yang macam air hujan..tetapi air hujan sebenar...yeah! dan itu adalah satu pengalaman yang paling menyeronokkan. Sesiapa antara anda yg belum pernah mencoba, memang zaman childhood anda tidak lengkap. Lagipun untuk bermain hujan di zaman millenium ini tidak sama seperti zaman saya kecil² dahulu. Dulu..kalau main hujan..paling² pun demam sebab sejuk masuk angin..sekarang ini kalau main hujan...selain dari demam, ada banyak lagi penyakit yang available..Hihi

Di luar office sekarang, hujan masih lebat...awan masih mendung...cuaca yang sama suatu ketika dahulu... saat saya melihat cacing tanah di bawah 'kolong', main 'berudu', 'tunu' rambut, dan mandi air hujan.

I had so much FUN!

No comments: