Friday, October 22, 2004

SELAMAT BERPUASA!

Selamat berpuasa semua! Cerita pasal puasa ni, tiada apa yang lebih best selain dari cerita pasal juadah berbuka. Walaupun cerita² seperti ini boleh menimbulkan unsur-unsur perut berkeroncong..namun itulah dugaan di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini. Sesiapa yg tidak tahan puasa, adalah dinasihatkan agar tidak meneruskan pembacaan anda. Dikhuatiri anda akan mendengar Azan Maghrib lebih awal dari sepatutnya...Sekian dan terima kasih.

Puasa kali ni sama saja macam puasa yang lepas-lepas. Kuih muih di bazaar Ramadhan juga nampak sama saja macam bulan puasa yang lepas-lepas. Ada warna hijau tua, oren, fuschia pink, lavender, lilac, beige, bronze...entah berapa sudu kandungan pewarna yang dicampur. Saya pun kadang ragu, itu makanan kah atau perhiasan? Warna tu bukan main striking lagi. Sepanjang beberapa hari puasa ni, adalah sedikit sebanyak saya perhatikan gerai-gerai yang menjual juadah yang menyelerakan. Berikut adalah gerai yang menjadi pilihan saya.


GERAI SUAMI ISTERI YANG LESU MENJUAL TEPUNG PELITA SEDAP.
Ada satu gerai ni sungguh low-profile. Saya menggelar gerai mereka 'GERAI SUAMI ISTERI YG LESU.....YANG MENJUAL TEPUNG PELITA SEDAP. Senang saja kalau ingin mencari gerai ini, perhatikan saja riak wajah penjual di gerai tersebut..mereka sanggat lesu dan kurang bermaya. Kemarin saya dan Miza buat kesekian kalinya membeli kuih tepung pelita mereka yang sangat 'marvelesss' ini. Kali ini mereka dibantu oleh dua orang anak mereka. Ketika mereka memasukkan kuih ke dalam bakul plastik, saya perasan yang Miza ketawa-ketawa sinis terhadap mereka. Jadi saya pun bertanya alasannya berbuat demikian. Miza pun mejelaskan dia ketawa melihat mereka berniaga, kelihatan sangat 'tidak bermaya sekali' ketika memasukkan kuih muih tersebut..dan saya pun mengakuinya.

Kuih yang dijual di gerai itu, ada dalam 4-5 jenis sahaja. Dengan keluasan satu meja sederhana luas, mereka pun meletakkan kuih muih yang bertutup kemas dan bersih di atasnya... Saya paling suka kuih tepung pelita. Rasanya memang sedap..tidak manis sangat, tidak pula kedekut untuk meleletakkan jagung banyak-banyak. Warna tepung pelita tersebut adalah warna cream gitu. Jadi saya tahu bahwa adunan kuih ini diaduk dengan sebati sekali. Lipatan 4 segi pandan itu pun kemas dan sungguh sekata isipadunya. Rasanya sebelum proses melipat mereka telah membuat kiraan dan ukuran yang tepat agar setiap isipadu kuih sama rata dalam proses pembahagian. Ini sangat adil dan saksama buat para pelanggan. Dan juga tiada satu pun kuih yang dijual menggunakan warna yang ganjil-ganjil. Orang yang menjual pun sangat baik (iyala bah, ndak kan mau memukul pula).

Iya, itulah gerai pilihan pada minggu ini. Selamat mencari!

No comments: