Wednesday, May 12, 2004

FROM KK WITH LOVE - The planet is not alone part-1

sebagaimana yg kalian semua maklum pengembara² 3A sudah biasa travel ke mana². 3A ini ialah Acap + Adik + Ana = 3A.

Iya, inilah kisah 3 pengembara unggul yg telah mengembara sejak Acap berumur 1 minggu. [wah, ini sungguh hebat, mengalahkan traveller di lonely planet]. Kali ini destinasinya adalah Singapore.

Penerbangan dari KK-Senai dalam lebih kurang 2 jam lebih..2 orang pengembara kecil kelihatan sangat excited. Sewaktu di atas pesawat..si adik @ pengembara ke-3 telah memulakan perbualan..

Adik: Umi...kenapa Adik ndak kena kasi mainan?

Me:Oh, di sini ndak dapat mainan, kalau pi Jakarta baru dapat.

Adik: Kenapa dorang belum kasi makanan?

Me: Belum lagi..kejap lagi.

Adik: Kenapa belum kasi selimut?

Me: why?? oh why??[dalam hati]....em..kalau malam baru dorang kasi..kalau mau tidur..

Adik: Adik mau tidur lah...

Me:......

pengembara yang ke-2 hanya berdiam diri..ini sungguh amazing..mungkin pengembara ke-2 ini sedang berimaginasi bagaimana keadaan di singapura nanti. maklumlah, pengembara ke-2 ini telah dilatih sejak berumur seminggu lagi untuk menjadi pengembara ulung..

tidak lama kemudian pengembara 3A ini pun sampai ke destinasi pertama iaitu senai airport. Berpandukan arahan dan taklimat dari ketua pengembara yg beroperasi di bedok singapura kami telah mengorak langkah ke kaunter tiket shuttle bas MAS Airlines. Setelah membayar tiket untuk 3 org dewasa-padahal-2-pengembara-lagi-masih-kecil maka kami pun bertolak ke Singapura. Perjalanan agak jauh maka saya mengambil kesempatan mengisi borang perjalanan ke singapura, dalam keadaan yg tidak stabil saya pun menulis seperti org yg mempunyai penyakit parkinson...nasib baik tiada org...memalukan.

sewaktu di Johor kami harus berhenti untuk meng'scan' pasport, maka saya pun turun bersama 2 pengembara kecil. Namun kehadiran pekerja² asing telah membuatkan 3A ini hampir sesat dek arus orang ramai...dan bermula lah pengembaraan 3A yg sebenar...

to be continued...






No comments: