Thursday, December 16, 2004

ADA APA DALAM BEG TANGAN SAYA?

Kejadian ragut semakin menjadi² sejak kebelakangan ini, oleh itu saya mengambil inisiatif untuk meminimumkan barang² yang terkandung di dalam beg tangan saya. Duit pun saya bawa ala kadar sahaja. Kalau boleh saya ingin beg tangan saya kelihatan se'nipis' yang mungkin, walaupun ia tidak menjamin beg tangan saya akan bebas dari ancaman peragut.

Saya pun bercadang untuk mengemaskinikan isi kandungan beg tangan saya. Mari kita lihat apa yang terkandung dalam beg tangan saya sekarang:

1. Dompet
Dompet yg berwarna hitam ini adalah hadiah pemberian ibu saya dan merupakan dompet rasmi saya. Di dompet ini terdapat:
1.MyCard.
2.Kad ATM Bank Niaga.
3.Kad ATM Bumiputra Commerce.
4.Kad ATM Standard Chartered.
5.Kad PRUassist.
6.Kad Lesen Belajar Memandu.
Saya mengambil keputusan untuk tidak membawa dompet ini lagi. Hanya MyCard saja yg akan saya bawa jika ke mana².

2. Sunglasses.
Kaca mata ini sangat penting bagi saya. Terutama sekali mata saya sangat sensitif terhadap kilauan cahaya matahari. Jadi Kaca mata ini akan terus berada di dalam beg tangan saya.

3. Small pouch.
Pouch kecil ini sangat senang di bawa ke mana saja. Di pouch inilah tempat saya menyimpan coins dan duit RM50 ke bawah. Biasanya saya hanya akan membawa pouch ini ketika keluar lunch ataupun ke kedai runcit. Small pouch ini juga akan tetap berada di dalam beg tangan saya.

4. Calculator.
Barang ini juga akan terus stay dalam beg tangan.Don't ask why. Setelah sekian lama hidup bergantung dengan mesin kira², 1+1 pun tidak lagi semudah 1,2,3.

5. Handphone.
Aset penting! A must have item.

6. Cosmetic pouch.
Kelihatan terlalu besar untuk di bawa ke sana kemari. Sometimes saya hanya mengenakan lipstik sekali sahaja. Jumlah lipstik dan lipgloss yg terdapat di dalam pouch ini adalah:
a) 2 batang lipstik maybelline jelly plumpy.
b) 3 batang lipstik Loreal' Invinceble.
c) 2 batang Revlon lipglide
d) 1 Maybelline watershine liquid diamond gloss
e) 1 Revlon super lustrous gloss
f) 1 batang Nivea lip care
g) 1 batang Revlon lipliner
h) Revlon One step compact makeup
i) Perfume Escada sentiment

Iya, begitulah jumlah alat makeup yg tidak saya perlukan tapi selalu berada dalam beg tangan saya. Saya akan meminumumkan jumlah yang akan di bawa. iaitu sebatang lipstik sahaja.

7. Resit² pembelian yg lama.
resit yg paling lama adalah pada bulan mei 2004. Need to say more? Out..Out!

8. Ubat.
Prednisolone & Chloramine akan terus berada dalam beg tangan saya.

9. Tisu.
Saya tidak pasti jika saya pernah menggunakan tisu yang sudah renyuk ini. Disebabkan saya agak ragu² akan tahap kebersihannya maka tisu ini harus dibuang.

10. Pocket Dictionary.
Sejak ada pocket dictionary ini saya tidak perlu lagi bersusah payah membawa dictionary yang tebal dan berat. Walaupun tidak terlalu complete tapi sometimes membantu saya juga especially jika saya berada di tempat yg tiada PC yg membolehkan saya meng'access dictionary.com. This item will stay.

11. Kunci office.
stay.

12. Habuk & semut.
Setelah menyemak kembali barang² yg berada di dalam beg tangan saya, saya mendapati tidak ada lagi yg berada di dalam beg melainkan habuk² dan cebisan kertas dan juga..emm..beberapa ekor semut. Don't get me wrong..tidak, saya tidak memelihara semut di dalam beg, tapi gula² yang sudah lama saya tinggalkan di dalam drawer telah diharungi semut. Ini menyebabkan semut² tersebut tersesat ke dalam beg saya.

Setelah mengemaskini kan barang² yg penting dan tidak penting. Saya pun merasa lega kerana selain bahu saya merasa kurang sakit, saya juga telah menjadikan beg saya kelihatan kosong.
Tapi yg penting sekali selalu prihatin dengan persekitaran anda dan banyak berdoa agar dijauhi dari mara bahaya. Amin.

Thursday, December 09, 2004

I'M 27 TODAY.

Alhamdullilah saya telah berumur 27 tahun di hari yang bahagia ini. Sebenarnya saya tidak terfikirpun untuk merayakan ulangtahun saya, kalau zaman kecil² dulu jangan cakaplah. Sehari sebelum birthday saya pasti sudah me'remind'kan mama dan bapak saya untuk membeli kek harijadi. Sekarang bagi saya, apa yang penting saya akan coba untuk selalu bersyukur dengan nikmat yang Allah s.w.t. berikan kepada saya.

Saya baru sahaja sembuh dari jangkitan tonsil. Sejak hari sabtu lalu saya hanya terbaring lesu lemah tak bermaya. Jangkitan yg saya alami agak serius sehinggakan saya tidak bisa berkomunikasi dengan baik. Bahkan membuka mulut sekalipun sangat sukar sekali, dan sejak hari sabtu sehinggalah ke hari selasa saya menghadapi kesukaran untuk minum mahupun makan, biar seketul drumstik ayam pun amat sukar untuk dihabiskan. Walaupun sekarang keadaan saya semakin beransur pulih namun saya masih menghadapi kesukaran untuk mengunyah makanan. Saya rasa jika saya diberikan seketul drumstik ayam, kelambatannya adalah dalam nisbah -->satu kunyahan:5M jauhnya siput ber'insut' atau kata suami saya 'mengensot'. Jadi bayangkanlah betapa lamanya saya makan.

Sekarang telah pun masuk waktu lunch, jadi...saya harap sahabat saya akan sabar dengan ke 'slow'an saya kerana hari ini adalah birthday saya.

For those yang telah mengirim card, e-card, sms dan yg wish secara face to face..terima kasih saya ucapkan.