Monday, April 05, 2004

Ini posting yg tidak lengkap..disebabkan engineer yg alpa

Sejak minggu lalu dan minggu ini saya perasan setiap kali cuti Adik selalu membangunkan saya..selalunya Adik akan mengatakan ayat yg sama..dan saya curiga sama ada adik telah merekod di perakam kaset.. ini adalah kerana suaranya sama sahaja setiap kali membangunkan saya ini termasuklah intonasi suaranya...

"Umi, siang sudah ni" itulah ayat pertama yg akan saya selalu dengar tiap weekend menjelma..

dan seperti biasa juga saya akan menyuruh anak² saya turun ke bawah supaya saya boleh menyambung tidur saya. Namun seperti biasa juga mereka tidak akan memedulikan kata² saya...:-(

hmm...sudah time pulang..posting saya terhenti setakat ini dulu...ini semua disebabkan engineer kami yg menyuruh saya menaip surat last minute...dan saya telah berkata

"besok!!!"

dan dia berlari ketakutan..he he he..dia bertanggungjawab ke atas posting yg tidak lengkap ini!!!!
masa sudah tamat..saya ingin pulang..

No comments: