Tuesday, March 09, 2004

Hobi membeli vcd hantu..

Ntah apa itu satu hobby atau ada tarikan graviti yg slalu membuatkan saya tunduk atas kemahuan anak²untuk membeli vcd hantu yg melampau ini.
Mungkin setahun dari sekarang saya sudah dapat membuka kedai menyewakan vcd khususnya vcd hantu.Tapi sayang seribu kali sayang, ditelan pahit dibuang sayang.... kebanyakkan vcd 'hantu' yg saya beli semuanya gagal memenuhi citarasa saya sebagai penggemar filem hantu yg x-strim...apalagi hantu filem melayu.

Baru kelmarin saya dan ibu saya telah menunaikan perintah dari 'adik' a.k.a 'asadek' untuk membeli sebuah vcd yg kononnya sangat menyeramkan sehingga mampu menaikkan bulu hidung sesiapa yg menontonnya...dan tele-filem itu berjudul 'seriau' yg saya pun ndak pasti apa maksudnya.Mungkin diambil sempena nama keris 'se'mpena'riau'...hmm..begitu kah ejaannya?..hmm..saya pun ndak pasti...itu nama keris si 'Rumpin' tu dalam drama 'Sri Mersing'...alah drama dulu² tu yg ada si Damak, Pakcik Malau and Makcik Kiambang tu...ndak ingat? Hashim embi ingat? Kalau ndak ingat ertinya anda lupa...

Berbalik kepada tele-filem tersebut,well,Intro bukan main lagi..jalan cerita..em...saya pun ndak faham..buat² faham saja..iyalah kalau ndak faham nanti murka pula tuan yg terutama kita.Siapa lagi kalau bukan si Adik & Acap.
Yang membuatkan saya konfius adalah ketika pengarah filem terbabit merangkap penulis skripnya iaitu pelakon Ellie Suriati..ketika sesi temubual di rancangan 'Melodi', dia pun ditanyalah... 'Menurut anda,apakah beza filem ini dgn filem² dan tele-filem hantu merapu yg lain' 'yelah..penonton selalu merasa tertipu dengan kesudahan cerita hantu yg berakhir sebagai suatu mimpi'.. dia pun menjawab....well,bezanya filem ni ialah 'moral of the story, macam filem ni moral of the story dia 'jgn ambil barang yg bukan kepunyaan kita..maksudnya barang yg bukan hak milik kita'.........hmm...ketika ini di atas kepala saya ada ini---->" ?! ".....sungguh bermoral jawapan itu...seperti sedang menjawab soalan di buku moral tingkatan 5 merah.Tapi ketika di tingkatan 5 saya tidak mengambil moral, saya mengambil pelajaran agama islam..

Setelah menonton tele-filem itu...saya seperti ingin memasukkan kepala saya ke dalam mikrowave dan memutar suhu sehingga mencapai tahap maksimum.Saya rasa anda tentu maklum betapa keciwanya saya...dan anak saya juga buat ke sekian kalinya meluahkan kekeciwaannya dengan mengatakan alangkah baiknya jika saya membeli cokelat instead of buying this crap!!!....em..last itu saya yg cakap bukan Acap....
Filem yg menakutkan tidak semestinya ada hantu bermuka jelek, berambut panjang,ketawa mengilai² etc...contohnya filem Blair Witch Project...mana nampak hantu....Mungkin suatu hari nanti saya ada peluang buat filem hantu....barulah best!..baru kamu tau siapa hantu...em..maksud saya aku......wuhuehuehue.

Saya teringat cerita suami saya, 'jika teringat tentang dikaw, jauh di mata dekat di..ehem'..<----bukan yang ini
....tapi... ini----->katanya di Indonesia ada satu rancangan TV namanya 'Uji Nyali' (Uji Keberanian)..rancangan seperti survivor tapi tempatnya adalah di kawasan/tempat² angker(keras) di seluruh pelusuk Indonesia...Caranya seorang peserta ditempatkan di tempat yg terpilih dan dibiar semalaman dengan ditemani video kamera...biasanya ndak ramai yg boleh bertahan...dan ada satu episod di mana hantu tersebut muncul benar² di sebelah peserta itu...apalagi...larilah......sempat kedengaran lagi suara hantu tu......

hmm..rasanya kalau di Malaysia ndak mungkin la ada rancangan macam tu...awal² lagi sudah kena ban barangkali...Kalau ada boleh buat di Highland Towers...dulu rancangan 'remaja' pernah buat, tapi ini group remaja lah..melawat di Highland Towers di tengah malam..siap naik blok apartment lagi...tapi tiba² dengar suara orang menyanyi...apalagi patah balik...tempat dia memang scary berabis...best! best!

hmmm...mau pi toilet la pulak...toilet kami ni pun scary marry juga...*gulp*
Menyesal cerita..:(
ndak apa..nasib baik malam ni bukan malam jumaat...;)

No comments: