Saturday, March 13, 2004

Cerita dari seberang-Part I

Saya teringat sewaktu saya tinggal di Jakarta dulu.Walaupun tinggal betul² di pusat bandar tapi kehidupan saya betul² berciri² kan kehidupan orang Indonesia.Keadaan yg sama seperti yg selalu saya lihat di filem² Indonesia yg sangat popular zaman saya kecik² dulu..Filem² hantu Suzzana...indro, dono, kasino..hmm..sayang dono & kasino sudah tiada...

Biasanya subuh² lg saya sudah bangun, maklum sembahyang subuh..ehem...waktu itu pembantu rumah dan keluarga suami saya yang lain ramai yg sudah bangun.Sebenarnya di bahagian belakang rumah ada 2 tingkat lagi bilik² kecil untuk disewakan kepada pelajar atau orang yg bekerja khas untuk perempuan sahaja.Mereka tu dipanggil "anak kost" kalau di sana. Jadi di waktu pagi ramailah 'anak kost' yg bangun untuk mandi dan bersarapan.

Biasanya pagi² lagi mereka akan greet saya
"Pagi bu Ana"

"Pagi.."

"Hari ini mau ke mana aja?"

"tau nih..:)"

begitulah setiap pagi...saya akan dipanggil ibu Ana...atau kalau yg sudah bekerja dan lebih tua dari saya hanya akan memanggil saya ana sahaja...

dan pagi² lagi saya akan menyediakan makanan anak + susu, makanannya iaitu sosej goreng + roti.Di sana sometimes mereka akan memakan roti + mentega blueband yg dicampur jem atau cokelat rice.Tapi suami saya biasa nya akan makan mie pangsit ayam...yg dijual sebelah pagar rumah...dan sekiranya saya malas untuk masak atau tiba² merasa lapar kami hanya meng'oder' mie pangsit/ baso' diluar atau makan gado²/ketoprak yg di jual di sebuah kedai runcit di depan rumah.

Di depan rumah ada sebuah kedai yg wujud sejak suami saya kecil lagi...selain dari menjual barang keperluan harian mereka juga membuat gado² dan ketoprak.hmm...ini bisa bikin saya mengalir air liur ni...ok..back to the main story.

Biasanya selepas sarapan saya akan memandikan anak² saya.Bezanya setiap tandas yg saya masuk di Indonesia mempunyai 'bak'..saya pun tidak tau di sini di panggil apa..tapi baru sebentar tadi saya bertanya kepada seorang staff dia mengatakan 'bak' itu namanya kolah atau pun 'water tub'.

Biasanya pada waktu tengah hari kami akan ke Shopping Complex yang ada di sana seperti..Taman Anggerek Mall, Plaza Senayan yg selalu di panggil PS (Peh Es), Block M Plaza etc...Tapi kalau untuk membeli baju saya lebih suka shopping di Tanah Abang sebab harganya lebih murah dan lebih banyak pilihan.Biasanya yg menjadi perhatian saya di kala berjalan² adalah makanan.Selain dari fast food yg biasa terdapat di Malaysia KFC, McD di sana juga ada Fast Food Resto. untuk makanan Jepun iaitu Hoka² bento..Nah, this one is my favourite. Yang best about fast food di Indonesia hampir semua tempat menjual air minuman yg sangat popular di sana iaitu 'Teh Botol' sosro yg dijual dalam botol & kotak tetra pack...Well, Teh Botol sosro ini adalah minuman yg boleh di dapat di mana² pun di seluruh Indonesia..Rasa Teh + jasmine yg benar² menyegarkan...slurp...dan walaupun di sini tidak ada
teh botol tersebut tapi saya masih boleh merasa minuman yg hampir sama sedikit rasanya.Rasa yg lebih kurang sama ini ialah minuman kotak 'teh hijau= jasmine' keluaran 'yeos'...so bagi mengubat rindu terhadap teh botol saya akan membeli teh hijau yeos..
Selain itu, fast food di sana rata² menyediakan nasi di dalam set menunya.Contohnya KFC..Nasi itu dibungkus dalam kertas yg sama untuk membalut burger.

tiba² rasa lapar pula...mau makan dulu..have a nice weekend!

No comments: