Tuesday, April 13, 2004

Cerita dari seberang - part II

Hmm...disebabkan saya sangat free hari ini, maka saya mengambil keputusan untuk bercerita² sesuka hati tanpa ada yg menggangu..Tadi sedang saya asyik melayari web saya saya pun terlihat site yg mempamerkan salah satu tempat yg pernah menjadi tempat persinggahan saya sekeluarga sewaktu bercuti ke Indonesia.

Sebenarnya sedari dulu saya sangat kagum dengan negera tanah tumpah darahnya suami saya. Setiap kali ke sana saya tidak pernah melepaskan peluang untuk berjalan² di luar kota. Sewaktu kali terakhir saya ke sana saya teringin sekali untuk ke kota Bandung atau 'Paris Van Java' ini namun suami saya menegaskan agar kami ke yogyakarta @ Jogja sahaja. Saya pun akur.

Suami saya dan saya mempunyai minat yg sama iaitu melancong...dia orgnya sangat teliti sekiranya ingin ke mana²...dari hal² perbelanjaan, penginapan shopping...semuanya harus dicatat, untuk memastikan kami dapat melancong dengan hati yg tenang tanpa was².

Pada hari yg ditetapkan kami pun bersedia untuk berangkat ke Stasiun Gambir, kami menaiki keretapi sahaja..dan suami saya memilih untuk membeli tiket kelas 1 walaupun keadaannya sama seperti di kelas 2 tapi bezanya di kelas 1 mereka menyediakan TV...saya tidak melihat kelebihan di kelas 1 kerana sepanjang perjalanan kami ber-4 tidur dengan lenanya..dan hanya bangun sewaktu makan dan ingin ke toilet sahaja..8 jam perjalanan tidak terasa begitu lama di waktu malam kerana kebanyakkan penumpang lena diulit mimpi...

Kami tiba pagi...dengan muka mengantuk suami saya pun bergegas mencari beca...1 beca untuk kami ber-4 dan satu beca lagi untuk beg² kami...walaupun saya tahu kami memerlukan 1 lagi beca lagi untuk suami saya sahaja...namun permintaan saya ditolak. saya pun redha.

Kami memilih tempat penginapan yg menyediakan chalet - Hotel palung. Perfect buat kami ber-4..dengan bayaran Rp70.000 kami rasa memadailah untuk tidur, kerana kami mempunyai banyak plan sepanjang kami berada di kota ini. Sepanjang 2 malam di sana saya merasa tidak selesa di sana..bukannya disebabkan keadaannya yg scary tetapi disebabkan bunyi² yg selalu mengganggu tidur saya di malam hari..Maka suami saya pun berusaha mencari tempat penginapan yg lebih selesa buat seisi keluarga...dan akhirnya kami pun tinggal di sebuah hotel yg sederhana iaitu Harmony Inn..yg lengkap dengan swimming pool..mempunyai bilik yg lebih besar dan selesa..dan tanpa membuang masa kami pun berpindah ke sana dengan segera.

Sepanjang kami di sana kami telah melawat candi Borobodur di mana saya, Acap & Adik telah naik ke puncak yg paling tinggi sekali di atas...We were on the top of Borobodur...:-)

No comments: