Wednesday, March 17, 2004

Si Adik a.k.a asadik botak yg demam.

Semalam adik a.k.a asadik botak telah demam..dan ini telah membuatkan saya tidur tak kenyang.... mandi tak lena.... makan tak basah....:( serasa dunia ini terhenti sahaja...ditambah lagi dengan persoalan² yg melanda diri ini seperti...kenapa dunia ini sfera dan bukan bulat?!...
Sebagai seorang umi yg berdedikasi...saya pun telah berjaga untuk mengawal suhu badannya dengan professional sekali...iaitu dengan menggunakan towel kecil @ sapu tangan...

Cara²nya tuan² dan puan²..

1.Sediakan sehelai towel kecil yg sedang² besarnya sesuai mengikut citarasa kepala..boleh juga menggunakan towel mandi sekiranya ingin membalut seluruh kepala...

2.Selepas itu perapkan towel tersebut ke dalam air yg sejuk..'sesejuk air mata ibu'...itu adalah filem yg dilakonkan oleh marlia musa ketika dia masih kecil....

3.Kemudian setelah beberapa minit ambil towel kecil tersebut dan gulung seperti anda menggulung carpet..atau pun boleh juga dilipat seperti popiah...tuan² dan puan² bebas memilih caranya..boleh juga melipatnya seperti lipatan origami...dan kemudian menjadikannya perhiasan..

4.Setelah beberapa minit...towel akan menjadi sejuk...dan ini adalah saat yg sesuai untuk anda meletakkannya di atas kuali..em..maksud saya di atas kepala..langkah ini harus dilakukan berhati² kerana kita tidak mau pesakit terkejut dek kedinginan tahap -0.000 darjah selsius...

beberapa jam berlalu..panas adik masih belum kebah...selepas itu saya pun meng'sms' suami saya agar berdoa supaya adik cepat sembuh...dan ini telah membuat suami saya berduka nestapa, ini kerana adik sangat manja terhadap bapanya..dan saat ini di awan² atas kepala saya ada----> adik sedang meng'smack down bapanya' dengan dasyatnya...hmm...
suami saya pun menyuruh saya membawa adik ke klinik dan mengatakan ini----->'peluk cium buat anakandaku yg sedang demam' dan juga buat Acap gendut... dan selepas itu saya pun menjalankan amanah yg diberikan iaitu memberikan ciuman dari ayahanda mereka....sambil berjaga saya pun mengambil kesempatan menonton filem spy kids..kebetulan ini adalah filem kegemaran adik....dan lebih kurang setengah jam selepas itu adik tiba² bangun minta air...kemudian adik pun bersuara...

[Adik-yg-demam]:"Umi...kita ada tu kan vcd dia..."

[Umi-yg-mengantuk]:"iyaa asadik...adik masih demam?"

[Adik-yg-demam]:"adik mau tengok tv"

[Umi-yg-mengantuk]:"mari sini...tengok sama umi.."

Selepas beberapa minit..ZZZzzz Zzzz
Adik pun ZZZZzzzzZZZzz

Pagi ini ketika hendak bersiap² ke tempat kerja adik telah bangun..dan dia kelihatan sungguh ceria...

[Adik-yg-telah-sembuh]:"Selagi ada cinta di hatiku...Selagi ada...etc...

[Me]:Syukur Alhamdullilah...adik sudah sembuh ;)

No comments: