Wednesday, March 24, 2004

Cerita di hari Sabtu hingga Rabu.

Beberapa hari ni saya tidak berkesempatan untuk membuat sebarang posting. Jadi di sini saya ingin menaip kegiatan saya di hari sabtu sehinggalah hari ini, hari rabu bersamaan dengan 3 muharram. Maka dengan itu, akan terjadilah satu posting yg amat panjang sekali.

Di Hari Sabtu:
pagi:
Hari ini saya bekerja setengah hari sahaja, jadi saya pun menggunakan waktu yg ada untuk membuat filing.

tengah hari:
Saya pun pulang ke rumah dan bermain bersama anak².

petang:
Saya menonton vcd bersama keluarga.

malam:
Saya menonton tv bersama anak².

larut malam:
ZZZZzz

Di Hari Minggu:
Pagi:
Menebus tidur yg kurang bersama anak².

Tengah hari:
Menonton TV bersama keluarga.

Petang:
Kegiatan sama seperti yg disebutkan di atas.

Malam:
Menonton keputusan pilihan raya bersama keluarga sekaligus menunggu jika hari isnin cuti..:P

Di Hari Isnin:
Pagi:
Ragu² ingin ke tempat kerja.Tapi setelah melihat semua jiran tetangga sibuk ke tempat kerja, maka saya pun dengan berat hati melangkah longlai ke tempat kerja.

Tengah hari:
Mendapat khabar gembira yakni, hari selasa cuti untuk rakyat Sabah..Yahuu

Petang:
Menyiapkan kerja yg tidak sebanyak mana. seperti...em..em...sebenarnya tiada..

Malam:
Tidur bersama anak² tersayang..

Di Hari Selasa:
Pagi:
Menonton vcd bersama keluarga

tengah hari:
Pergi pasar..:( bersama anak² dan ibu bapa.Saya dan anak² di dalam van hijau bapak saya..dengan kepanasan mencecah 37 darjah selsius..

petang:
Membeli keropok udang untuk di goreng..dan menggoreng sehingga habis 2 kotak.satu kotak berharga RM1.80 yg dibeli di Khidmat Supermarket.Mengisi keropok² terbabit ke dalam 3 buah container.

malam:
Men'seterika baju sekolah acap dan baju opis.menidurkan anak²..dan selepas itu menidurkan diri sendiri.

Di Hari Rabu:
Pagi:
Breakfast di pappermint vietnamese restaurant.As usual 'bip nodel soup'...mengoder small size..all this time kami tidak tahu bahwa 'bip nodel sup' mempunyai pelbagai size.:P

Tengah hari:
Makan lagi...bersama ibu di...the very well-known islamic restaurant...nasi briyani + teh 'c' tarik ping.

Petang:
First floor staff di'spend' kuih muih oleh Hj. Tom.Makan lagi.....:O~~ *blurp*
Makan kuih pau sambil menaip posting ini...

Malam:
Bakal menonton fav. tv show saya, Acap & Adik. Explorace!!

Itulah kegiatan saya selama 4 hari yg lalu.Memang kegiatan saya sangat memboringkan bagi sesetengah pihak, tapi setidaknya saya melalui hari² yg lalu dan mendatang bersama insan² yg saya cintai.

No comments: