Saturday, August 04, 2007

SATURDAY BLUES

Akhirnya saya dapat juga mencuri sedikit masa untuk membuat posting. Maklumlah hari sabtu tidak ada boss, jadi boleh menagguhkan kerja di minggu depan.

Dulu saya boleh menaip dengan hati yang girang dengan idea yang mencurah-curah tapi sekarang saya seperti tidak tahu sama sekali ingin menaip topik apa. Mungkin setelah sekian lama tidak membuat posting saya tidak tahun ingin menceritakan tentang apa, atau mungkin tidak banyak hal-hal yang menarik boleh dikongsi, atau mungkin kerana saya terlalu penat untuk berfikir dan menaip. Tapi disebabkan hari ini saya cuma bersendirian di office, maka saya pun mengambil keputusan untuk menaip apa yang ada di benak fikiran ini.

Jadi, apa yang saya taip ini adalah apa yang berada dalam fikiran saya saat ini. Saat ini saya berfikir untuk cepat pulang dan berehat.kerana sejak saya kembali bekerja kondisi kesihatan saya semakin merosot. Keadaan ini membuatkan saya tidak begitu bersemangat untuk berkerja mahupun untuk berjalan kemana-mana. Saya teringin sekali berada di samping anak-anak saya. Apalagi si kecil yang sentiasa menyambut saya dengan senyuman. Walaupun sudah lama bekerja namun saya masih merasa berat hati untuk bergerak ke tempat kerja. Saya mahu selalu lebih lama tidur di samping anak-anak saya..Tapi apakan daya, demi anak-anaklah saya harus bekerja..

Tapi kenapa saya begitu tidak bersemangat..

saya mahu pulang..

No comments: