Thank God it's Saturday, kerana rasanya cuma every saturday saja saya dapat menaip posting. Maklumlah pada weekdays saya memang super duper busy untuk melayari internet, sedangkan mencheck e-mail saja sama sekali tidak mempunyai waktu, apalagi membuat posting..
Saya telahpun mendownload Ares dan sekaligus mendownload lagu² favourite saya, kerana saya sudah tidak tahan mendengar lagu² dangdut dan lagu² irama 70'an yang sering dimainkan di luar bilik office saya. Tapi yang pasti saya sering juga mendengar alunan ayat suci AL-Qura'n. Maklumlah..
Buat kaum keluarga yang tahu saya sedang sakit, makasih banyak² atas doa dan support. Hanya Allah saja yang dapat membalasnya. Mudah²an saya cepat sembuh dan kembali ceria seperti dulu.
Insya'Allah.
Btw, kemarin hari kemerdekaan Republik Indonesia..Merdeka! to my hubby.
Saturday, August 18, 2007
Thank God it's Saturday..again
Saturday, August 04, 2007
SATURDAY BLUES
Akhirnya saya dapat juga mencuri sedikit masa untuk membuat posting. Maklumlah hari sabtu tidak ada boss, jadi boleh menagguhkan kerja di minggu depan.
Dulu saya boleh menaip dengan hati yang girang dengan idea yang mencurah-curah tapi sekarang saya seperti tidak tahu sama sekali ingin menaip topik apa. Mungkin setelah sekian lama tidak membuat posting saya tidak tahun ingin menceritakan tentang apa, atau mungkin tidak banyak hal-hal yang menarik boleh dikongsi, atau mungkin kerana saya terlalu penat untuk berfikir dan menaip. Tapi disebabkan hari ini saya cuma bersendirian di office, maka saya pun mengambil keputusan untuk menaip apa yang ada di benak fikiran ini.
Jadi, apa yang saya taip ini adalah apa yang berada dalam fikiran saya saat ini. Saat ini saya berfikir untuk cepat pulang dan berehat.kerana sejak saya kembali bekerja kondisi kesihatan saya semakin merosot. Keadaan ini membuatkan saya tidak begitu bersemangat untuk berkerja mahupun untuk berjalan kemana-mana. Saya teringin sekali berada di samping anak-anak saya. Apalagi si kecil yang sentiasa menyambut saya dengan senyuman. Walaupun sudah lama bekerja namun saya masih merasa berat hati untuk bergerak ke tempat kerja. Saya mahu selalu lebih lama tidur di samping anak-anak saya..Tapi apakan daya, demi anak-anaklah saya harus bekerja..
Tapi kenapa saya begitu tidak bersemangat..
saya mahu pulang..
Thursday, July 19, 2007
POT PET 2007
Akhirnya saya berpeluang juga untuk blogging...setelah bertahun menyepikan diri dari masyarakat..hehe..sebenarnya baru saja dapat mengingati password. I'm back, kali ni bukan sekadar cerita tentang saya, Acap dan Adik..plus Dienul juga. Wah, Dienul jadi orang baru yg bakal saya ceritakan di blog ini. Mulai besok saya harus pandai mencuri waktu untuk blogging.
Let's blogging ria
Wednesday, February 23, 2005
AKU KEMBALI LAGI
Sudah lama sekali saya tidak membuat sebarang posting di blog ini, iaitu sejak umur anak saya 7 dan 6 tahun sehinggalah mereka berusia 8 dan 7 tahun. Kali terakhir adalah dalam bulan Disember..sungguh lama bukan?Selepas itu blog saya pun menjadi sepi tanpa sebarang berita. Jujur saya katakan, tidak adalah alasan lain yg lebih kukuh selain dari mengaku bahawa diri saya ini sangat malas. Iya, saya pasrah atas kelemahan diri ini..
Bukannya tidak banyak masa lapang untuk membuat posting, tapi sejak PC saya di up-grade saya lebih suka bermain game. Tapi setelah saya mencuba semua game yg ada saya pun menjadi bosan..dan sekarang saya telah kembali ke jalan yg pangkal jalan...[Oh blogku..maafkan daku atas kealpaan ini]
Mulai dari hari ini saya akan menguatkan semangat saya untuk membuat posting.....sekaligus menuju ke arah masa depan yg lebih cemerlang <--apa kaitannya?
Thursday, December 16, 2004
ADA APA DALAM BEG TANGAN SAYA?
Kejadian ragut semakin menjadi² sejak kebelakangan ini, oleh itu saya mengambil inisiatif untuk meminimumkan barang² yang terkandung di dalam beg tangan saya. Duit pun saya bawa ala kadar sahaja. Kalau boleh saya ingin beg tangan saya kelihatan se'nipis' yang mungkin, walaupun ia tidak menjamin beg tangan saya akan bebas dari ancaman peragut.
Saya pun bercadang untuk mengemaskinikan isi kandungan beg tangan saya. Mari kita lihat apa yang terkandung dalam beg tangan saya sekarang:
1. Dompet
Dompet yg berwarna hitam ini adalah hadiah pemberian ibu saya dan merupakan dompet rasmi saya. Di dompet ini terdapat:
1.MyCard.
2.Kad ATM Bank Niaga.
3.Kad ATM Bumiputra Commerce.
4.Kad ATM Standard Chartered.
5.Kad PRUassist.
6.Kad Lesen Belajar Memandu.
Saya mengambil keputusan untuk tidak membawa dompet ini lagi. Hanya MyCard saja yg akan saya bawa jika ke mana².
2. Sunglasses.
Kaca mata ini sangat penting bagi saya. Terutama sekali mata saya sangat sensitif terhadap kilauan cahaya matahari. Jadi Kaca mata ini akan terus berada di dalam beg tangan saya.
3. Small pouch.
Pouch kecil ini sangat senang di bawa ke mana saja. Di pouch inilah tempat saya menyimpan coins dan duit RM50 ke bawah. Biasanya saya hanya akan membawa pouch ini ketika keluar lunch ataupun ke kedai runcit. Small pouch ini juga akan tetap berada di dalam beg tangan saya.
4. Calculator.
Barang ini juga akan terus stay dalam beg tangan.Don't ask why. Setelah sekian lama hidup bergantung dengan mesin kira², 1+1 pun tidak lagi semudah 1,2,3.
5. Handphone.
Aset penting! A must have item.
6. Cosmetic pouch.
Kelihatan terlalu besar untuk di bawa ke sana kemari. Sometimes saya hanya mengenakan lipstik sekali sahaja. Jumlah lipstik dan lipgloss yg terdapat di dalam pouch ini adalah:
a) 2 batang lipstik maybelline jelly plumpy.
b) 3 batang lipstik Loreal' Invinceble.
c) 2 batang Revlon lipglide
d) 1 Maybelline watershine liquid diamond gloss
e) 1 Revlon super lustrous gloss
f) 1 batang Nivea lip care
g) 1 batang Revlon lipliner
h) Revlon One step compact makeup
i) Perfume Escada sentiment
Iya, begitulah jumlah alat makeup yg tidak saya perlukan tapi selalu berada dalam beg tangan saya. Saya akan meminumumkan jumlah yang akan di bawa. iaitu sebatang lipstik sahaja.
7. Resit² pembelian yg lama.
resit yg paling lama adalah pada bulan mei 2004. Need to say more? Out..Out!
8. Ubat.
Prednisolone & Chloramine akan terus berada dalam beg tangan saya.
9. Tisu.
Saya tidak pasti jika saya pernah menggunakan tisu yang sudah renyuk ini. Disebabkan saya agak ragu² akan tahap kebersihannya maka tisu ini harus dibuang.
10. Pocket Dictionary.
Sejak ada pocket dictionary ini saya tidak perlu lagi bersusah payah membawa dictionary yang tebal dan berat. Walaupun tidak terlalu complete tapi sometimes membantu saya juga especially jika saya berada di tempat yg tiada PC yg membolehkan saya meng'access dictionary.com. This item will stay.
11. Kunci office.
stay.
12. Habuk & semut.
Setelah menyemak kembali barang² yg berada di dalam beg tangan saya, saya mendapati tidak ada lagi yg berada di dalam beg melainkan habuk² dan cebisan kertas dan juga..emm..beberapa ekor semut. Don't get me wrong..tidak, saya tidak memelihara semut di dalam beg, tapi gula² yang sudah lama saya tinggalkan di dalam drawer telah diharungi semut. Ini menyebabkan semut² tersebut tersesat ke dalam beg saya.
Setelah mengemaskini kan barang² yg penting dan tidak penting. Saya pun merasa lega kerana selain bahu saya merasa kurang sakit, saya juga telah menjadikan beg saya kelihatan kosong.
Tapi yg penting sekali selalu prihatin dengan persekitaran anda dan banyak berdoa agar dijauhi dari mara bahaya. Amin.
Thursday, December 09, 2004
I'M 27 TODAY.
Alhamdullilah saya telah berumur 27 tahun di hari yang bahagia ini. Sebenarnya saya tidak terfikirpun untuk merayakan ulangtahun saya, kalau zaman kecil² dulu jangan cakaplah. Sehari sebelum birthday saya pasti sudah me'remind'kan mama dan bapak saya untuk membeli kek harijadi. Sekarang bagi saya, apa yang penting saya akan coba untuk selalu bersyukur dengan nikmat yang Allah s.w.t. berikan kepada saya.
Saya baru sahaja sembuh dari jangkitan tonsil. Sejak hari sabtu lalu saya hanya terbaring lesu lemah tak bermaya. Jangkitan yg saya alami agak serius sehinggakan saya tidak bisa berkomunikasi dengan baik. Bahkan membuka mulut sekalipun sangat sukar sekali, dan sejak hari sabtu sehinggalah ke hari selasa saya menghadapi kesukaran untuk minum mahupun makan, biar seketul drumstik ayam pun amat sukar untuk dihabiskan. Walaupun sekarang keadaan saya semakin beransur pulih namun saya masih menghadapi kesukaran untuk mengunyah makanan. Saya rasa jika saya diberikan seketul drumstik ayam, kelambatannya adalah dalam nisbah -->satu kunyahan:5M jauhnya siput ber'insut' atau kata suami saya 'mengensot'. Jadi bayangkanlah betapa lamanya saya makan.
Sekarang telah pun masuk waktu lunch, jadi...saya harap sahabat saya akan sabar dengan ke 'slow'an saya kerana hari ini adalah birthday saya.
For those yang telah mengirim card, e-card, sms dan yg wish secara face to face..terima kasih saya ucapkan.
Tuesday, November 23, 2004
SYAWAL PUN TIBA
Hari ini genap lah syawal yang ke 10. Aidilfitri kali ini sambutan kami sekeluarga sederhana saja. Maklum sajalah, ini adalah Aidilfitri pertama kami sambut tanpa kehadiran Datuk tercinta..aisey..ni yg bikin menangis ni...control..control...
Hari raya pertama seperti biasa kami balik Kampung Papar. Iyalah, dari dulu pun memang balik sana saja. Datuk dan nenek sebelah bapak sudah lama tiada sejak bapak saya kecil lagi. Sejak dulu lagi kami cuma merasa kasih sayang datuk dan nenek sebelah mama saja. Jadi soal balik kampung siapa di hari raya tidak pernah wujud dalam kamus hidup keluarga saya..begitulah adanya.
Hari raya pertama memang saya terasa sunyi, sebab cousin² seangkatan dan se'geng' tidak balik ke kampung. Selepas makan saya cuma menonton tv sahaja sambil makan kuih. Selepas itu saya pun tidur. Nasib baiklah ramai sepupu² saya menemani anak saya bermain, jadi tidur saya pun tidaklah terganggu. Selepas saya sedar dari tidur mama saya dan makcik² saya telah pun kembali dari berhari raya di rumah adik nenek saya yang terletak di sebelah rumah sahaja.
Sebenarnya saya bercadang untuk tidur semalam sahaja di kampung, tapi disebabkan pakcik saya yang tinggal di KL menangguhkan penerbangannya ke hari yg berikutnya, maka saya pun nekad untuk tinggal sehari lagi demi untuk nenek tercinta. Hari ke-2 raya mama dan bapak saya telah pulang ke KK kerana rumah kami telah kecurian (again??) dan tinggal lah saya dan anak² saya di kampung halaman..dan juga adik saya yang bertindak sebagai 'babysitter' di kala saya ingin tidur...hahahaha..
Malam raya ke-3 nenek saya memberikan saya tanggungjawab untuk memasak untuk seisi rumah. Makcik saya dan nenek saya cuma makan lauk² raya yg telah dipanaskan. Tapi setelah beberapa hari makan makanan yg berlemak dan penuh ke'santan'nan, ke'rempah'an dan ke'minyak'an, maka saya pun bercadang memasak makanan yg bebas dari sebarang lemak tepu..iya..menu itu tidak lain dan tidak bukan adalah telur goreng dan corned beef...dan saya pun memanggil semua sepupu² kecil saya termasuk anak saya, untuk beratur mengambil nasi sambil saya berlagak seperti ketua chef yg membahagi²kan lauk.
Bila terkenang semasa dulu, sambutan Hari Raya ketika saya masih kecil sangat meriah sekali. Bukan sebab waktu kecil dapat duit raya. Seingat saya zaman kanak² saya tidak ada sama sekali istilah 'duit raya'. Kalau ndak percaya tanyalah makcik saya. Tapi yg paling best tu bab main bunga api...dulu hari raya kalau tiada bunga api dan mercun ibarat roti canai tanpa kuah..ataupun mee laksa tanpa kuah laksa...begitulah betapa bermakna sekali sambutan raya di zaman kanak² dengan kehadiran api berwarna warni...sekarang ni dapat beli mercun pop² tu pun kira bernasib baik...
Selain dari itu, disebabkan saya adalah generasi cucu nenek saya yg terawal dilahirkan selain dari kakak saya (iya la bah..nama pun kakak) maka kami bertanggungjawab untuk membantu kerja² dapur..termasuk lah makcik saya yg bongsu sebab umur makcik saya tidak jauh dari umur kami..3 kilometer saja jauhnya..heheh...kerja² dapur yg saya katakan di sini adalah : mengelap piring dan mengisi campuran(kuih² tradisional). Dulu malam takbir berduyun² tetamu datang ke rumah( padahal besok baru raya)..Kalau orang² kampung biasanya kami berikan kuih 'campuran' saja, kalau orang bandar barulah kami hidangkan biskut raya..itu pun biskut buatan sendiri..dulu² mana ada biskut yg main order, rasa pun sama saja, bentuk saja lain....Kalau ndak percaya tanyalah nenek saya...
Saya: betul kan nek..
Nenek saya: auk, banar atu. (iya, betul tu)
Lihatlah, betapa bersemangatnya sambutan raya dulu². Dulu dapur nenek saya masih lagi di tingkat atas, jadi satu rumah tu terang berderang menyambut kehadiran lebaran. Tapi sekarang hanya tingkat bawah saja yg terang, lampu 'lip lap' pun tidak mampu untuk menceriakan sambutan raya kali ini. Sedih sungguh rasa di hati. Dulu di pagi syawal satu family (mama saya mempunyai adik beradik seramai 9 orang) akan bersalam-salaman di pagi raya..siap nangis-nangis..lepas tu gelak ketawa sesama kami saja sudah cukup membuatkan hari raya lebih dari sekadar sambutan raya..seperti kenduri pun ada...
Walaupun dulu rumah nenek kondisinya tidak lah sebaik sekarang, di mana dahulu bahagian bawah rumah nenek masih lagi berlantaikan tanah...setiap kali semua keluarga berkumpul, penuh sesaklah di setiap penjuru rumah bila tiba sahaja waktu tidur, dan setiap tempat mewakili keluarga masing²...tilam pun dibentangkan..masing² mencari bantal dan selimut..kadang² ada yg membawa bantal dan selimut sendiri kerana bantal yang ada di rumah nenek biasanya "out of stock"..hehe...dan kini, keadaan sudah berubah, bilik tidur sudah bertambah di tingkat atas...di bahagian bawah rumah nenek pun telah di renovasi untuk di jadikan ruang tamu, maklumlah nenek pun sudah tua, tidak larat lagi untuk naik turun tangga..ruang dapur juga berpindah ke tingkat bawah..semakin luaslah rumah nenek saya, tidak seperti zaman kami kanak² dulu...tapi.. semakin kosong pula terasa.
Saya pun tidak tau jika anak-anak saya merasa seronok menyambut lebaran seperti yang saya rasakan ketika saya sebaya mereka dulu. Bila saya bertanyakan Acap & Adik kenapa hari raya 'best' bagi mereka? Inilah jawapan mereka:
Acap: Sebab Acap pakai baju hari raya sama dapat duit raya.
Adik: Adik suka hari raya sebab umi beli pop², dapat duit raya juga sama macam Acap. Umi minta duit raya!! Umi belum kasi lagi..
Saya: Adik..ndak buli tuh begitu..hari raya bukan setakat main pop² dan duit raya saja...ia sebenarnya melambangkan...
Adik: Adik mau duit raya!!!...beli tabung juga!
Saya: Materialistik sungguh!...ish..nah, duit raya...ok continue..Aidilfitri adalah hari yang..
Adik & Acap: Bye umi...Acap sama Adik mau pi hari raya...
Saya: waaaaaaaa...waaa.......kejam..
Hari sabtu lepas kami mengambil gambar beramai-ramai di kampung, maklumlah pakcik saya yang di KL mempunya anak yang ramai, jadi kira meriah jugalah bila mereka berkumpul bersama kami di kampung. Masih banyak sebenarnya ruang kosong yg seharusnya diisi oleh kaum keluarga yang tidak dapat pulang berhari raya. Saya melihat nenek menangis sambil berpelukan dengan makcik saya, iyalah..bila ramai-ramai berkumpul teringat pula keluarga yang jauh di mata.
Tiba² saya teringat akan satu foto keluarga yang diambil sekitar tahun 80'an di hari lebaran. Seingat saya itu adalah foto adik beradik mama saya yang sangat lengkap pernah diambil. Kalau ada yang masih ingat, sudilah kiranya kita mencari beramai-ramai di mana hilangnya foto itu. Maklumlah baru² ini makcik saya menjumpai sijil nikah nenek saya yang sudah lama hilang. Mana tau nanti terjumpa peta harta karun..hehehe
Saya berharap suatu hari nanti kami sekeluarga akan berpeluang untuk berkumpul memenuhi ruang yang kosong di dalam album keluarga kami. Namun begitu, ada juga ruang kosong yang tidak mungkin terisi lagi. Arwah datuk dan pakcik saya tidak mungkin dapat mengisi ruang kosong di mana-mana foto album kami, tapi di hati kami selalu ada ruang yang istimewa buat setiap sanak saudara yang kami cintai.
Salam Lebaran,
Ana.
Friday, October 22, 2004
SELAMAT BERPUASA!
Selamat berpuasa semua! Cerita pasal puasa ni, tiada apa yang lebih best selain dari cerita pasal juadah berbuka. Walaupun cerita² seperti ini boleh menimbulkan unsur-unsur perut berkeroncong..namun itulah dugaan di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini. Sesiapa yg tidak tahan puasa, adalah dinasihatkan agar tidak meneruskan pembacaan anda. Dikhuatiri anda akan mendengar Azan Maghrib lebih awal dari sepatutnya...Sekian dan terima kasih.
Puasa kali ni sama saja macam puasa yang lepas-lepas. Kuih muih di bazaar Ramadhan juga nampak sama saja macam bulan puasa yang lepas-lepas. Ada warna hijau tua, oren, fuschia pink, lavender, lilac, beige, bronze...entah berapa sudu kandungan pewarna yang dicampur. Saya pun kadang ragu, itu makanan kah atau perhiasan? Warna tu bukan main striking lagi. Sepanjang beberapa hari puasa ni, adalah sedikit sebanyak saya perhatikan gerai-gerai yang menjual juadah yang menyelerakan. Berikut adalah gerai yang menjadi pilihan saya.
GERAI SUAMI ISTERI YANG LESU MENJUAL TEPUNG PELITA SEDAP.
Ada satu gerai ni sungguh low-profile. Saya menggelar gerai mereka 'GERAI SUAMI ISTERI YG LESU.....YANG MENJUAL TEPUNG PELITA SEDAP. Senang saja kalau ingin mencari gerai ini, perhatikan saja riak wajah penjual di gerai tersebut..mereka sanggat lesu dan kurang bermaya. Kemarin saya dan Miza buat kesekian kalinya membeli kuih tepung pelita mereka yang sangat 'marvelesss' ini. Kali ini mereka dibantu oleh dua orang anak mereka. Ketika mereka memasukkan kuih ke dalam bakul plastik, saya perasan yang Miza ketawa-ketawa sinis terhadap mereka. Jadi saya pun bertanya alasannya berbuat demikian. Miza pun mejelaskan dia ketawa melihat mereka berniaga, kelihatan sangat 'tidak bermaya sekali' ketika memasukkan kuih muih tersebut..dan saya pun mengakuinya.
Iya, itulah gerai pilihan pada minggu ini. Selamat mencari!
Monday, October 11, 2004
ASYRAF'S 6TH BIRTHDAY.
My dear beloved Asyraf,
Happy 6th birthday Acap,..Umi doakan yang terbaik buat anak² umi. Semoga menjadi insan berguna di masa hadapan. Amin.
Acap, semalam tepat jam 12.00 umi cium Acap dan ucap selamat ulang tahun. Waktu itu Acap sudah tidur, lena betul..siap berdengkur lagi. Umi, check handphone KALAU ada sesiapa yang mau wish 'happy birthday'... Ndak apa lah, mungkin dia lupa. Mungkin dia busy dengan kerja dan study, Mungkin hari ini dia akan call, cakap dengan Acap. Mungkin Acap pun tidak kisah, tapi umi kisah...
Acap, Umi minta maaf sebab birthday kali ini kita celebrate kecil²lan saja. Padahal dari awal lagi Acap sudah bilang, Acap mau celebrate di sekolah, macam last year. Umi rasa bersalah sekali dengan anak umi. Semalam umi janji dengan Acap, umi akan buat juga party buat Acap di sekolah walaupun lambat sedikit. .dan semalam sebelum tidur kita sempat bicara:
'Acap, sekejap lagi birthday Acap'
'sekarang kah? ini siang?' (sambil tersenyum manis)
'pukul 12 ni Acap 6 tahun, Acap sudah besarlahh..' (sambil peluk Acap)
'Acap..umi ndak buat birthday party di sekolah..ndak apa kah? Acap marah? Umi janji umi buat juga nanti. '
'(sambil Acap merenung saya, sambil tersenyum) Ndak apa, Acap ndak marah umi'
'Acap kestau umi, Acap mau apa, nanti umi beli'
'(sambil berfikir) Hmm..hmm...Umi, Acap ndak mau mainan lagi..Umi ndak suka Acap beli mainan kan?...hmm..Acap mau komputer yg keluar suara tu, yang macam ima punya'
'erm..ermm..komputer?..ooo..yang itu tu...Acap...nanti umi kasi beli ok..lambat sikit ndak apa kan?'
'yeaa..em..em..ndak jadilah...kesian umi..umi tiada duit sudah'
'Nanti Acap kasi tau bapa kirim duit ok..atau Acap suruh opa beli lah..ok'
'Ndak payah...Umi ada duit. Cuma lambat sikit saja..' (sebak rasanya..)
'Umi...umi jangan sedih...Acap ndak mau itu lah..Acap mau kek yang kecil saja, yang ada patung doremon kecil'
'Umi ndak sedih..umi beli juga nanti..tapi sekarang Acap mesti tidur, besok kita beli kek.
'umi...Acap mau tidur peluk umi'
'Iya..sini sama umi. Umi mau peluk anak umi yang gemuk ini..'(sambil menggelitik Acap)
'eeeee..eeee...hahahaa'
'Umi, good night...I love you'
'Goodnight..I love you too'
dan semalam ada sesuatu yang Acap katakan yang membuatkan saya kagum sekali dengan cara Acap berfikir...and i wish the same thing too.
'HAPPY 6TH BIRTHDAY SWEETHEART'
Thursday, October 07, 2004
BILA KK MENANGIS.
Sejak beberapa hari ni cuaca di KK sangat sensetif sekali. Awal pagi menangis, petang pun menangis. Rasanya adalah dekat 2 minggu kami menjemur baju di bawah kipas angin. Mandi pun malas...(sebenarnya kalau tidak hujan pun saya malas mandi)
Saya masih ingat lagi, sewaktu saya masih kecil(belum tadika) mamabapa saya akan menghantar saya dan kakak saya di rumah arwah makcik saya untuk dijaga. Rumah arwah makcik saya adalah jenis rumah berdiri di atas tiang. Tiang rumahnya tidaklah terlalu tinggi, cukup untuk budak kecil seumur kami masuk di bawahnya(kami panggil bawah kolong) untuk bermain.
Waktu itu, kawan kami bermain adalah the only cousins kami di sebelah bapa. Umur kami pun tidak lah jauh beza. Bila musim hujan, itulah saat yang paling kami tunggu². Selepas hujan reda kami pasti akan turun di bawah 'kolong', nah, di situlah kami akan lihat cacing tanah keluar dari habitat mereka, besar² dan gemuk² belaka. ..dan akan terbentuk bermacam² corak di atas tanah, iya..itu adalah jejak yg mereka tinggalkan..
Selain dari itu, kami juga akan menjalankan aktiviti menangkap anak katak alias 'berudu'. Ini adalah aktiviti favourite kami. Kami menangkap anak berudu ini di longkang depan rumah arwah makcik saya...(wah, pengotor sekali kami...) Tapi, longkang rumah waktu itu bukan macam longkang rumah sekarang. Saya masih ingat lagi keadaan longkang tersebut. Airnya sangat jernih, sehinggakan kami boleh melihat berudu tersebut dengan jelas dan aktif sekali. Malah airnya pun boleh dibuat mineral water..hehe(ini sudah melebih..) Kalau sekarang jangan kan berudu, bakteria pun tidak sanggup hidup di longkang.
Kalau di kampung saya lain pula cerita dia, dulu kalau musim hujan nenek saya mesti suruh kami kasi off TV. Kalau terdengar bunyi kilat @ petir@ halilintar@ guntur @ temparik nah...ready² lah..adalah rambut yg kena gunting..lepas tu kena tunu'(bakar)..reason?
saya: nek, napa mau bakar tu rambut yg kena gunting?
nenek: supaya inda kana guntur.. (translation:supaya tidak kena petir)
saya: Ooo...(sambil menutup hidung kerana tercium bau hangus rambut saya dibakar)
sebenarnya saya pun tidak ingat jika saya pernah bertanya begitu, tapi saya yakin conversation seumpama itu pernah terjadi.
Tapi hal yang WAJIB bagi setiap kanak² adalah mandi air hujan! bukan air shower yang macam air hujan..tetapi air hujan sebenar...yeah! dan itu adalah satu pengalaman yang paling menyeronokkan. Sesiapa antara anda yg belum pernah mencoba, memang zaman childhood anda tidak lengkap. Lagipun untuk bermain hujan di zaman millenium ini tidak sama seperti zaman saya kecil² dahulu. Dulu..kalau main hujan..paling² pun demam sebab sejuk masuk angin..sekarang ini kalau main hujan...selain dari demam, ada banyak lagi penyakit yang available..Hihi
Di luar office sekarang, hujan masih lebat...awan masih mendung...cuaca yang sama suatu ketika dahulu... saat saya melihat cacing tanah di bawah 'kolong', main 'berudu', 'tunu' rambut, dan mandi air hujan.
I had so much FUN!
Wednesday, October 06, 2004
MY TWO HEARTS THAT BEAT OUTSIDE ME.
Kalau ada yang bertanya apa yang bisa membuatkan hari saya yang paling 'buruk'menjadi hari yg meriangkan, hati yang saya yang keras menjadi lembut, senyum yang tawar menjadi manis...jawapannya adalah senyuman Acap & Adik. Tiada senyuman yang paling manis seperti senyuman dua insan kecil yang saya ibaratkan 'jantung yg berdenyut di luar diri saya'.
'Ana,..laughter is the best medicine, you know that..'
'well, not for me...you may see me laughing..but inside, my heart is crying like hell. You know what is the remedy? to see my boys smiling'
Ada hal yang dalam hidup saya yang tidak dapat saya gambarkan dengan kata². .iaitu melihat Acap & Adik membesar.
Semalam Acap menunjukkan saya yang dia telah bisa membuat 'air ais'.
Menurut Acap:
Mula² campur air mangga sama air putih. lepas itu kasi masuk dalam peti sejuk. Biar lama-lama. Nah..jadilah macam ini (sambil menunjukkan hasilnya)
Adik semakin pintar melukis, dan ada satu lukisan adik yang saya simpan di office ini. Adik telah melukis ikan NEMO. Saya telah berjanji akan membelikan fail untuk menyimpan lukisan Adik. Even Da Vincci's Mysterious Monalisa has failed to impress me.
suatu hari, Acap terlihat saya menangis,
'Umi nangis?'
'ndaklah, umi sakit mata'
'Jangan nangis..Acap ada..hati umi ndak sedih kan'
I TOLD YOU, NO POET COULD HAVE PUT IT BETTER
Last night, when sleep finally overcome them..i whispered something like any mothers would say to their little angle(s)...
'GOOD NIGHT ACAP, UMI LOVES YOU'
'GOOD NIGHT ADIK, UMI LOVES YOU'
-Ana
SIAPA TIDUR DI SEBELAH UMI?
Bila malam menjelma sahaja pasti akan ada persengketaan di antara Adik & Acap. Persengketaan yang selalunya mengambil masa yang agak panjang untuk mencapai kata sepakat. Persengketaan ini sebenarnya disebabkan Acap & Adik ingin berebut tempat dan posisi...' SIAPA YANG AKAN TIDUR DI SEBELAH UMI'
Sebenarnya jalan penyelesaiannya sangat lah mudah jika dilihat dari segi teknikal iaitu:
- Acap tidur di sebelah kanan katil.
- Adik tidur di sebelah kiri katil.
- Umi tidur di tengah katil.
Kelihatan adil bukan? Namun ia tidak semudah yang digambarkan kerana mereka berdua berdegil untuk berada di posisi tengah.
Jadi bagaimanakah caranya untuk saya berada di samping mereka jika mereka berdua ingin tidur di tengah?
Caranya adalah...
- Acap tidur di tengah.
- Adik tidur di tengah.
- Umi tidur di kiri dan kanan.
Tapi, bagaimanakah caranya? Adakah saya harus men'duplicate' kan diri seperti bakteria 'paramesium' atau pun saya harus menyelidiki apakah saya sebenarnya mempunyai kembar seiras yang mana kami telah terpisah sejak lahir, dan kemudian menyuruh dia tidur di sebelah kiri dan saya di sebelah kanan?
Tidak, semuanya tidak relevan sama sekali. Cara²nya adalah...
- Disebabkan waktu tidur Acap dan Adik selalu tidak sama, maka saya akan membiarkan Acap tidur di tengah dan saya tidur di posisi kiri katil, dan adik ketika itu pasti masih dengan pensel warna dan drawing booknya. Nah, biarkan saja si Adik melukis..
- Bagaimana adik bisa berkompromi untuk merelakan posisi tengah diambil? Caranya sangat mudah, saya akan mengatakan kepada Adik :setelah Acap tidur saya akan memindahkan Acap ke posisi kiri, dan Adik akan mendapat tempat di posisi tengah. Jika adik masih tidak bersetuju, maka saya akan mengatakan yang saya tidak akan memberikan komen yg bernas lagi setiap kali adik melukis. Saya yakin cara ini sangat efektif dan munasabah.
- Selepas Acap tidur saya pun memindahkan Acap dengan sekuat tenaga fizikal dan mental ke posisi kiri, dan adik pun berpindah ke bahagian tengah dan saya pula ke bahagian kiri.
- (Dibaca dalam slang indonesia ya) Nah, ibu-ibu..berarti bisa dibuktikan yang cara² tersebut sangat praktis sekali, Acap dan Adek bisa berada di posisi tengah walaupun selepas itu tempat Acap diganti sama Adeknya., dan Uminya juga telah berada di posisi kiri dan kanan sesuwei mengikut tips² yang diberikan.
Selamat mencoba!
Tuesday, September 21, 2004
Marriage is like a durian.
Durian stinks. It has thorns. And it could mess you up good and proper.
But to those who are passionate about durians, its devastating smell is a delicious invitation to a wonderful world.
The durian lover will travel far and wide to find the perfect one-the right colour, right weight, strong and sweet aroma, right size thorns, right shape and spacing.
The durian lover is a discerning one, and many lesser durians will discarded along the way.
The pleasure attained in the actual eating is a pure bliss. A bit like living happily ever after.
The durian hater however, will hate durians all his life. No force on earth and certainly no advertisement can change him.
BUT if you are someone who can on occasion be persuaded to try durians, please heed this warning : Don't let peer pressure or insistent relatives push you into it.
IF you do not cherish the RITUAL, you will not devote enough time to choosing the right one. After all, a durian is just a durian to you.
Then because you've picked just any old durian, you find it doesn't taste all that wonderful anyway. It's okay, but it doesn't exactly move heaven and earth for you.
You'll eat it, but you'll find the side effects quite intolerable; the heatiness will have you tossing and turning all night. And with every burp, you'll regret having eaten it more and more.
The durian lover however, takes it in his stride as part and parcel of the entire experience.
There is no resentment as they expect some bad to come with the good.
Whereas you, who weren't that keen on durians in the first place, will just want out. And that's why people get divorced.
Look, marriage is thorny, difficult and messy. It even stinks, sometimes.
And it is not for everyone.
Only for those who are passionately believe in it. Those who are prepared to love even the thorns. And those who will do whatever it takes to be true to this commitment.
They are the ones who will find peace and contentment.
The other can always resort to divorce.
But the bad taste will linger on. And even when it's over and done, the memory will continue to haunt you for long, long, time. As anyone who has ever carried durians in the car boot can tell you.
MARRIAGE.
IF YOU'RE NOT PASSIONATE ABOUT IT, FORGET IT.
Ana.
Friday, September 10, 2004
ANA, AKU DIBOM!
Kemarin kira² jam 11.00 pagi saya telah ditelefon oleh suami saya. Tapi pada waktu itu saya sedang print gambar projek di bawah (ndak tanya pun) , jadi saya hanya melihat missed call saja tertera di skrin telefon bimbit saya. Maka, saya pun berfikir dengan serius..'tumben ni urang telponnya jam segini' (iya, saya berfikiri di dalam hati menggunakan bahasa indonesia) dan kerana 'penasaran', saya pun menelefon suami saya kembali.
Me: Hallo
Suami-saya: He..ll...o..
Me: Kok suaranya gitu sih
Suami-saya: Anaa..aku...aku..aku..di bom..
Me: ceh!...ingatkan apa..tipu la
Suami-saya: bener..srius..suer (swear)..kok baru sekarang nelpon
Me: boong loe..tadi aku di lantai bawah..yee.kalo beneran masa masih bisa nelpon..
Suami-saya: bener...aku lagi berdarah ni...tapi..tapi darahnya di..di...Hahahahah..kena tipu..
Me: aik, sepa keno percaya..
Suami-saya: Tapi beneren lho Jakarta lagi di bom..liat aja ntar di CNN..pasti ada aku di TV..
Me: yah, gimana bisa kenal..pasti muka kamu udah hangus kebakar..
Suami-saya: yeee..ya udah deh liat aja ntar di TV..pasti ada..
Me: iyalah..babai
Suami-saya: bye, gtg, END (macam chatting pula-ditambah² saja..hehe)
Duh, Djakarta koe..tumpah darah lagi..
hmm....on the lighter note,
Buat pengantin baru..Rafiedah & Azwaddy...Semoga bahagia hingga ke akhir hayat..amin ya rabal alamin. Gonna miss you...isk..isk...waaa...
Wednesday, September 08, 2004
WANTED!! LEON @ ILUK @ GILUK
Waduh, setelah sekian lama pikiran ini sering sahaja teringat² handphone saya yg sudah lesap dek dicopet oleh manusia yg tidak layak dipanggil manusia..panggil saja dia banjingan!
Walaupun telah dapat merebut kembali nombor peribadi DiGi saya, hati saya masih lagi penuh kegeraman dan ke'gerigitan' ...Di tambah² lagi dengan panggilan telefon dari orang/kawan org tersebut, yg telah menggunakan nombor itu selama ianya digunakan oleh pihak yg tidak bertanggungjawab. Saya yakin 100% dijamin oleh liver brothers bahwa org yg memakai nombor ini adalah org yg telah mencuri handphone communicator suami saya. Kurang asam jawa!
Walaupun saya sudah ridho akan apa yg terjadi, tapi kegeraman itu tetap ada lebih² lagi polis sendiri kurang memberi kerjasama..
1.orang yg disyaki-ada
2.cap jari di serata jendela-ada
3.list contact number yg dipanggil selama pencuri itu memakai number saya-ada
tapi saya tidak melihat satu pun usaha polis untuk membantu..dan ini bukan kali pertama hal ini terjadi di kawasan perumahan kami.
buat penyamun bernama Leon @ iluk @ Giluk...kau tunggu saja geng! your turn will come. (bagus konon si giluk tu tau english, maka mengaku keno dia tu security, silaka!)
Thanx jugalah kestau ada informer/kambing hitam yg protect kamu...patutlah jenayah makin menjadi²...
Sekarang saya telah phobia melihat handphone yg canggih, mahal dan bergaya..dan..oh 7200ku..tidak..nehi..nehi...mau saja saya pakai atur yg lama, yg besar dia macam ganggang telefon public phone...nah, siapa mau curi..curilah berabis...
Sejak kecurian tidur saya pun selalu tidak lena...selalu harap tu pencuri datang balik...ni kali siap la kau...saya akan spray muka kau pakai ridsect, hambat kau pakai sapu lidi sama 'hanger'..(wah, kejamnya...)
sekian dan terima kasih.
Tuesday, August 17, 2004
Funny things at McDonald..I'm lovin it!
Kejadian ini berlaku kelmarin...di McDonald center point ketika lunch hours.
Waktu itu kami baru sahaja ingin memilih meal yg sesuai di makan di saat perut yg masih lagi terasa sedikit kenyang..
Miza: Jer, kau mau order apa?
Me: erm..erm..macam sedap tu nugget ikan..
Miza: iya, tapi macam mau makan McChiken..
Me: Bah, order la..
Ketika ingin mengoder makanan tiba² miza menunjuk meal yg terdapat di depan counter yg terletak di depan cash machine...saya pun berkata..
Me: kau ndak jadi order McChiken ka..
Miza: erm..jadi...(tiba² jari miza menuju ke arah atas di bahagian monitor kecil tempat kena tunjuk harga tu bah...)
dan saya pun terbaca sesuatu di sana..
I'M KOPON
iya...di screen kecil itu tertulis nama cahsier yg sedang melayan kami....oh tidak..saya tidak menghina dia dengan kata² nista..saya cuma mentertawakan saja...hehehe...maka dengan itu, timbullah idea di benak fikiran saya dan miza tentang asal usul si KOPON mendapat nama yg sungguh gah itu...
Me: Dulu time dia baru lahir mama dia belum kasi nama bah tu...jadi mama dia tanya lah bapa dia, "apa kunun kitaurang mau kasi nama ini anak?" , laki dia pun cakap lah..."apa gia kau sakap ni tidak sia dangar...pakai mikropon bah!" pasal bini dia tu di bilik, laki dia di ruang tamu...jadi bini dia cuma dengar last word saja.."apaitu lagi?..kropon ka kopon..?" laki dia ndak dengar so laki dia jawablah.."apa bah ko ini kopon..kopon saja..." lepas tu bini dia pun bilang " Ooo..kopon...ingatkan kropon...bah, lawa juga tu nama..." jadi, itulah asal nama si KOPON.
Miza: Bukan, dulu waktu mama dia baru kasi lahir dia bapa dia tengah gunting kupon voucher Rm5 guardian..lepas tu mama dia tanyalah bapa dia apa mau kasi nama tu baby, "apa kitaurang mau kasi nama ni baby daling?" kebetulan bapa dia tu di ruang tamu, mama dia di bilik tengah berpantang..."nanti bah kita sari, siurang tengah putung kopon" terus bini dia pun bilang "kopon? what the f***!...bah ok lah...kopon pun kopon la (dibaca seperti filem bujang lapok 'cangkul pun cangkullah..)"
Tiba², sedang kami ketawa..saya terdengar seperti ada orang sedang menyanyi..
Me: wah, siapa nyanyi tu? kau dengar ka ada orang menyanyi miza?
(saya dan miza pun saling berpandangan, tiba²....)
miza: jer, cuba dulu kau tinguk tu orang duduk sana...
Me: napa?..mana?
miza: sebelah tu bah..kau tinguk dulu
saya pun melihat seorang perempuan cina menyanyi dengan penuh semangat, sambil tangannya bergerak mengikut alunan lagu nyanyiannya..lagu yg didendangkan kedengaran seperti lagu opera cina..riak wajahnya dia sungguh serius sekali..dengan gaya remaja cina yg nerd...dia pun menyanyi dengan penuh emosi...seolah² sedang mengikuti pertandingan menyampaikan puisi cina...
Miza: dia ndak ambil order ka tu?
Me: macam ndak ada, dia mau praktis saja bah tu...
Me&Miza: hahahahahahahha
dan hari ini, di waktu lunch...kami ke McDonald sekali lagi...and guess what...the singing lady masih di sana....tapi kali ini dia tidak menyanyi, tapi berceramah dalam bahasa cina...persis seperti pembaca berita cina di TV2 dan host rancangan talkshow 'late night show with Ms. Betty Chan'..bagi yg ingin menyaksikannya secara live, silahlah ke McD center point KK...iya Pidah, you may go now...hehehe...
Btw, kali ini cashier yg bertugas bernama JUPINING....he he he...terfikir macam mana dia dapat nama tersebut...
Tuesday, August 10, 2004
BLESSING IN DISGUISE
Saudara dan sahabat handai sekalian, satu peristiwa telah berlaku pada malam 9hb ogos 2004.
Berlaku kecurian yg tidak pernah diduga....di kamar tidur saya sendiri. Pencuri tersebut telah naik ke atas bumbung rumah jiran saya telah melompat masuk ke balkoni rumah saya lalu membuka kaca jendela naco di bilik kami...Saya dan suami saya telah kehilangan handphone...jam tangan...kerosang (palui! ini pun mau ambil, padahal ada yg betagar sudah) dan.....cincin perkahwinan saya...isk isk
Saya adalah org pertama yg menyedari kehilangan barang² berharga tersebut...namun saya ridho atas apa yg berlaku...:
Jam: 6.30 pagi
Lokasi: Di dalam bilik tidur
Me: waaaaaarghhhhhhhhh (menguap- sambil mencari baju yg ingin di strika)
ketika sampai di meja strika yg berhampiran dengan jendela tiba² saya dapati satu keping jendela naco telah ditanggalkan....dan...ooooooh nooooooooo
Me: Yayang bangun...handphone aku udah hilang...handphone papa mana?
Suami-saya: aaaa (masih blur) apaan nih?
Me: ini kaca naconya udah dibuka?..handphone aku udah hilang. *&$@#@#@
Suami-saya : wah, jangan² handphone aku juga hilang ni..semalam kayaknya...duh..di mana ya...
Me: ya ampun....brooch butterfly aku juga diambil pa....Wah...Pa...cincin nikah pa...waaawaaaaaaa
Kami pun dengan tidak berlengah lagi memberitahu ibu bapa saya akan kejadian tersebut...
dan ibu saya pun bercadang untuk berjumpa seseorang yg boleh mengesan barang yg hilang/dicuri...(sungguh misterius.) tengah hari itu kami membuat laporan ke balai polis...dan sempat memberitahu pakcik kepada suami saya akan hal ini, pakcik suami saya adalah seorang polis bahagian jenayah....(tak tanya pun-seperti dalam filem mr.os)
Yah, begitulah...namun suami saya telah cuba menenangkan saya dengan mengatakan mungkin Allah hendak menguji kami..(maklumlah sejak balik umrah ni...aisey) dan saya pun ridho...mungkin selama ini saya telah riak dan takbur (sila baca previous posting bertajuk 'Nokia 7200 kebanggaan saya ' yg ada unsur² riak tersebut)
Dengan itu, buat sementara waktu saya tidak bisa dihubungi melalui no. maxis mahupun no. DiGi saya. Harap maklum...
Petikan perbualan sehari selepas kecurian:
Suami-saya: Yank, aku sih gak kisah kalo aku gak bisa dapetin barang kita, asal aku tau siapa pelakunya aku udah puas hati...jangan harap dia bisa lepas...
Me: aku tuh udah gak pikir tentang Hp...aku cuma mau cincin nikah itu aja....selama ini aku cuma tunjuk cincin di jari ini aja kalo ada yg tanya status aku..liat ni, tanda cincinnya masih ada...udah sebati banget ama aku pa...isk..isk...
Suami-saya: Yank, yang penting kita sekeluarga selamat kan...dan aku gak hilang dari kamu kan...?
Me: (waduh...romantis juga suamiku ini....) iya...harusnya lebih bersyukur ya...
Doakan kami ya..
Friday, July 23, 2004
Hello..Hello..
Sungguh lama sekali saya tidak membuat posting...waduh..sungguh rindu rasa di hati...sehingga terdapat sarang laba² dan habuk² tebal di sana sini...uhuk..uhuk..[Minumlah ubat batuk cap kepala laut Afrika :D]
Terlalu banyak kejadian menarik dan sedih berlaku selama saya tidak mempostingkan diri...dan antara yg menarik dan tidak menarik itu...sila perhatikan 'Rajah' di bawah..ehem...pidahhh...tinguk di bawah...bukan tinguk Rajagopal....[Pidah pun berkata di dalam hati :- 'lagi² saya...Ndak tau ka muka sia sudah licin dan berseri]
- 1. Perkahwinan kakak saya si Ani
- 2. Belajar Driving
- 3. Kepulangan suami tercinta
Perkahwinan Kakak Saya
Perkahwinan kaka saya telah berlangsung dengan jayanya pada 11 july lalu..kepada yg ingin info. menarik dan gambar² terkini (ada gambar saya juga...cantik tau..) silalah menghubungi kakak saya di no. hp...012-812444444 tekan tekan tidak dapat...
Belajar Driving
Saya telah belajar driving sejak beberapa hari lalu..dan kemarin saya dengan eksennya ingin mencuba mendrive kereta sendiri...tetapi disebabkan tidak dapat memberikan kosentrasi yg penuh (ini adalah kerana bapa saya yg bising di sebelah saya..) saya pun terbabas di atas pavement...HaHa..nasib baiklah kereta saya, saya dan bapa saya selamat...tapi saya tidak berputus asa...walaupun mereka semua telah menyembunyikan kunci kereta..akan ku duplicate juga..wahahahaha...
Kepulangan Suami Tercinta
iya hadirin dan hadiran sekalian...yahuuu...suami saya akan pulang tidak lama lagi iaitu pada 3 hb Ogos...Dalam hati berbunga riang....'seiring dan sejalan..seindah bunga di taman...' [<--di dalam hati]..iya..akhirnya setelah berbulan lamanya menanti..saya akan melihat wajah suami saya...nantikanlah aksi² kami nanti [picture included]
Buat adik sesusuan saya fiedah...
It's your turn now....saya akan kembali lagi sibuk (menyibuk) urus perkahwinanmu...
Till then...Chow Cin Caw
Friday, June 25, 2004
TEMPORARY HIATUS
sahabat handai dan sanak keluarga yg dikasihi dan dicintai sekalian...dengan ini saya ingin mengumumkan persaraan sementara waktu berkuatkuasa dari saat saya membuat posting ini sehinggalah ke tarikh yg akan diumumkan nanti...ini adalah disebabkan kesibukkan saya meng'handle'kan majlis perkahwinan saya...eh...lupa..saya sudah berkahwin...maksud saya...majlis perkahwinan kakak saya pada 11 july ini...dan juga perkahwinan sepupu saya merangkat adik sesusuan atau dalam bahasa english se'breast'an..pada 28 ogos tahun ini juga...selamat maju jaya!

