Sungguh lama sekali saya tidak membuat posting...waduh..sungguh rindu rasa di hati...sehingga terdapat sarang laba² dan habuk² tebal di sana sini...uhuk..uhuk..[Minumlah ubat batuk cap kepala laut Afrika :D]
Terlalu banyak kejadian menarik dan sedih berlaku selama saya tidak mempostingkan diri...dan antara yg menarik dan tidak menarik itu...sila perhatikan 'Rajah' di bawah..ehem...pidahhh...tinguk di bawah...bukan tinguk Rajagopal....[Pidah pun berkata di dalam hati :- 'lagi² saya...Ndak tau ka muka sia sudah licin dan berseri]
- 1. Perkahwinan kakak saya si Ani
- 2. Belajar Driving
- 3. Kepulangan suami tercinta
Perkahwinan Kakak Saya
Perkahwinan kaka saya telah berlangsung dengan jayanya pada 11 july lalu..kepada yg ingin info. menarik dan gambar² terkini (ada gambar saya juga...cantik tau..) silalah menghubungi kakak saya di no. hp...012-812444444 tekan tekan tidak dapat...
Belajar Driving
Saya telah belajar driving sejak beberapa hari lalu..dan kemarin saya dengan eksennya ingin mencuba mendrive kereta sendiri...tetapi disebabkan tidak dapat memberikan kosentrasi yg penuh (ini adalah kerana bapa saya yg bising di sebelah saya..) saya pun terbabas di atas pavement...HaHa..nasib baiklah kereta saya, saya dan bapa saya selamat...tapi saya tidak berputus asa...walaupun mereka semua telah menyembunyikan kunci kereta..akan ku duplicate juga..wahahahaha...
Kepulangan Suami Tercinta
iya hadirin dan hadiran sekalian...yahuuu...suami saya akan pulang tidak lama lagi iaitu pada 3 hb Ogos...Dalam hati berbunga riang....'seiring dan sejalan..seindah bunga di taman...' [<--di dalam hati]..iya..akhirnya setelah berbulan lamanya menanti..saya akan melihat wajah suami saya...nantikanlah aksi² kami nanti [picture included]
Buat adik sesusuan saya fiedah...
It's your turn now....saya akan kembali lagi sibuk (menyibuk) urus perkahwinanmu...
Till then...Chow Cin Caw
No comments:
Post a Comment