Tadi auntie saya dari Singapore telah menelefon saya, saya bertanya sudahkah dia menjenguk blog baru saya...dia mengatakan dia tidak mengetahuinya...Nah, barulah saya mengetahui akan kurangnya promosi yang saya lakukan untuk menjalankan perniagaan online saya ini.
Dengan ini saya ingin mengumumkan bahawa saya mempunya online shop, alamatnya telah saya LINK di blog ini..Kalau ada yang bertanya apa tu ASADIE?...well, itu adalah gabungan 3 nama anak² saya, Sila perhatikan formula ini :Asyraf + Adam + Dienul = Asadie. Diharap sudilah kiranya kawan²,Ibu²..bapak²(Kayak lagu Inul gitu lho..) bershopping seadanya (maklum produknya belum banyak), setidaknya anda boleh window shopping tanpa perlu berjalan...tapi untuk mereka yang berada di luar kawasan Kota Kinabalu, harga² yang tersiar tidak termasuk kos pengiriman. Boleh rujuk blog tersebut (klik 'ABOUT'-untuk maklumat oder/pembayaran/penghantaran. Insya'Allah Mudah²an saya dapat meng'improve'kan lagi kedai online saya itu dari masa ke semasa. Amin.
Suggestions & Comments e-mail to :asadiejaya@yahoo.com
Friday, April 25, 2008
MY ONLINE SHOP
Thursday, April 24, 2008
DIENUL'S TOWEL
Sejak Dienul masuk nursery, towel Dienul sering tertukar dengan towel budak lain..Ketika adik saya balik dari Jakarta suami saya telah menitipkan towel.. (iya, towel..tapi ini memang tiada di KK..hehe)Towel ini special, sebab yang ada nama anak² saya..anak buah saya fariheen juga ada nama print on the towel..cute² lagi tu towel..
Cute kan..
SPIDERMAN VENOM IN TOWN
Last weekend kami telah memasang vcd spiderman 3 yang sebenarnya sudah lama dibeli. Disebabkan kami tersangat boring dan semua dvd dan vcd sudah ditonton berulang² kali, maka akhirnya kami memutuskan untuk menonton Spiderman 3 yang ada venom tu..Padahal vcd tersebut dibeli pada tahun lalu, tapi saya belum berkesempatan menonton disc 2..Yang saya tahu si adik(adam) sangat sedih menonton ending cerita spiderman itu...sehingga menitis air mata...well, itu belum lagi ketika dia menonton Lord of the rings..dan kesedihan yang sangat mendalam adalah sewaktu kami menonton dvd 300...2 kali ulang pun adik masih meratapi pemergian Leonidas...huhu
Ok...back to the main topic, ternyata kali ini dienul sangat khusyu' menonton aksi spiderman itu...sambil buat aksi bagaimana spiderman cuba membuka venom yang melekat di muka...habis merah² muka dienul..dan yang paling saya tidak berkenan impak dari menonton vcd tersebut adalah...
"Dienuy mau baju benom!!"
Sejak menonton spiderman 3, kata² di atas telah menghantui fikiran dan sanubari saya...sehingga saya tidak mampu membendung ke'tension'nan yang menghantui diri...Maka dengan tekad dan azam yang membara, kelmarin saya nekad membelikan Dienul baju spiderman venom, siap dengan penutup kepala sekali..Padahal kedai itu sudah hampir tutup waktu operasinya..hujan lebat pula...tapi saya tidak sanggup lagi menanggung 1 hari lagi ditujahi kata² seperti disebutkan di atas..Kalau lah saya dapat merekod pakai videocam betapa gembiranya dienul melihat baju tersebut, mesti semua orang akan kagum dengan ke obssesan dienul...dan sampai sahaja di dalam kereta dienul pun bertukar menjadi spiderman venom...bukan di kereta saja..tapi di rumah..ketika tidur..dan ketika ke nursery...
dan akhirnya pagi ini saya berjaya memujuk dienul untuk memakai baju Bob the Builder..kerana sejak kemarin baju spiderman venom itu belum lagi sempat dicuci..
Tapi besok spiderman venom Jr will be back in town..
spiderman venom tengah adjust mask
spiderman venom yang disayangi
Spiderman venom tertidur kepenatan berkhidmat untuk masyarakat..
Monday, April 21, 2008
KRISPY KREME DOUGHNUTS.
Ini didatangkan khas dari Jakarta
I think altogether ada 20 or more doughnuts inside the box..The taste..extra manis berbanding DUNKIN DONUT..
I prefer DUNKIN thou..
Wednesday, March 26, 2008
ONLINE BUSINESS
Setelah begitu lama menangguhkan dan memendam keinginanan untuk membuat business online, akhirnya saya mengutarakan juga hasrat terpendam saya itu pada suami saya. Memang ada sedikit rasa ragu terhadap respon suami saya, namun akhirnya dia bersetuju membantu saya untuk menjalankan 'bisnes kecil-kecilan' ini.
Tumpuan saya adalah untuk menjual pakaian baby/toddler, tapi tidak terhad kepada produk itu semata. Insya'Allah akan ada produk lain.
Wish me luck yah.
Tuesday, March 25, 2008
FAMILY GATHERING

Hari Minggu lepas saya dan keluarga pulang ke kampung halaman kerana nenek saya ingin membuat kenduri 'doa selamat'..tapi kenduri ini hanyalah dihadiri oleh keluarga yang terdekat sahaja...
Jika saudara mara saya di sana ingin melihat suasana kenduri di hari ahad yang lepas, boleh lah check out friendster saya ok.
Di atas adalah gambar Dienul tengah makan ayam KFC yang di sponsor oleh tidak lain dan tidak bukan, Babu Diding @ Bu' Dids..Sepupu saya Sharyzah bertindak sebagai tukang panggang ikan...Disebabkan dedikasi terhadap tugasan yang diberikan dia telah mendapat 'resdung'. Di hari tersebut juga saya sempat merasa pening kerana cuaca yang panas-panaslembab...Oleh itu saya dan sepupu saya telah meminjam( ya lah tu) minyak burung unta nenek saya...namun kakak saya juga tidak melepaskan peluang menggunakan minyak tersebut..tetapi yang lebih banyak consume minyak tersebut tentulah orang yang diserang resdung...Nasib baik lah nenek saya tidak perasan akan pengurangan minyak tersebut...hehehe...
Anyway, It was a great family gathering..walaupun cuaca tidak memuaskan.:-)
BLOG AGAIN..
Yes, once again i'm trying to motivate myself (mentally)to blog again...and again...It's not easy to drag myself to blog..the 'feeling' never the same as it was before..but i will try to post something..blogging is like leaving your trace of absence..Don't you think?
Tuesday, October 09, 2007
Minal Aidin Wal Faidzin.
4 hari lagi umat Islam akan menyambut kedatangan 1 Syawal. Tapi seperti tahun lalu ada beberapa tempat di dunia ini masyarakat mereka lebih awal menyambut Lebaran, mungkin kerana fahaman mahzab yang berbeza, contohnya datuk kepada suami saya, dia telah menyambut lebaran awal sehari.Brikut adalah perbualan ketika 1 syawal pada tahun lalu (lebih kurang lah macam ini lah perbualan tersebut):
Suami Saya: Met lebaran yah, minal aidin wal faidzin, maaf lahir bathin(memang beginilah intro' ucapan hari raya yang selalu dikatakan oleh suami saya).Di sana lebaran ngga?
Saya: Ya iyalah, emang di sana belum lebaran apa?
Suami saya: Ya lebaran lah.Soalnya Atta(panggilan suami kepada datuknya)udah duluan lebaran, kan Atta Muhammadiyah.
Saya: Trus kamu..? ikutan Atta lebaran duluan?
Suami saya: Ya engga lah, aku kan ikut mayoritas sambut lebaran hari ini, misalnya aku salah, kan sekalian ramai² masuk neraka hehehe..ngga ah, bercanda..
Ish..Ishh..sangat tidak patut dicontohi..
Anyway, alhamdullilah saya telah pun berjaya membelikan anak² saya baju raya...kenapa saya bilang berjaya? kerana dalam kondisi kesihatan saya yang tidak menentu ini, dapat juga saya gagahkan diri untuk membeli baju mereka..
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan :
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN
Untuk makcik saya Anizah & familynya yang berada di Singapore, Adik sesusuan saya Rafiedah yang berada di Kuching, Sarawak...
Walaupun hari raya ini kita tidak dapat berkumpul seperti waktu kita bujang² dulu, tapi masih ada lagi kesempatan untuk kita selalu berkumpul, kerana masih banyak lagi sepupu² yang belum berkahwin..hehehe
Salam Lebaran.
Saturday, August 18, 2007
Thank God it's Saturday..again
Thank God it's Saturday, kerana rasanya cuma every saturday saja saya dapat menaip posting. Maklumlah pada weekdays saya memang super duper busy untuk melayari internet, sedangkan mencheck e-mail saja sama sekali tidak mempunyai waktu, apalagi membuat posting..
Saya telahpun mendownload Ares dan sekaligus mendownload lagu² favourite saya, kerana saya sudah tidak tahan mendengar lagu² dangdut dan lagu² irama 70'an yang sering dimainkan di luar bilik office saya. Tapi yang pasti saya sering juga mendengar alunan ayat suci AL-Qura'n. Maklumlah..
Buat kaum keluarga yang tahu saya sedang sakit, makasih banyak² atas doa dan support. Hanya Allah saja yang dapat membalasnya. Mudah²an saya cepat sembuh dan kembali ceria seperti dulu.
Insya'Allah.
Btw, kemarin hari kemerdekaan Republik Indonesia..Merdeka! to my hubby.
Saturday, August 04, 2007
SATURDAY BLUES
Akhirnya saya dapat juga mencuri sedikit masa untuk membuat posting. Maklumlah hari sabtu tidak ada boss, jadi boleh menagguhkan kerja di minggu depan.
Dulu saya boleh menaip dengan hati yang girang dengan idea yang mencurah-curah tapi sekarang saya seperti tidak tahu sama sekali ingin menaip topik apa. Mungkin setelah sekian lama tidak membuat posting saya tidak tahun ingin menceritakan tentang apa, atau mungkin tidak banyak hal-hal yang menarik boleh dikongsi, atau mungkin kerana saya terlalu penat untuk berfikir dan menaip. Tapi disebabkan hari ini saya cuma bersendirian di office, maka saya pun mengambil keputusan untuk menaip apa yang ada di benak fikiran ini.
Jadi, apa yang saya taip ini adalah apa yang berada dalam fikiran saya saat ini. Saat ini saya berfikir untuk cepat pulang dan berehat.kerana sejak saya kembali bekerja kondisi kesihatan saya semakin merosot. Keadaan ini membuatkan saya tidak begitu bersemangat untuk berkerja mahupun untuk berjalan kemana-mana. Saya teringin sekali berada di samping anak-anak saya. Apalagi si kecil yang sentiasa menyambut saya dengan senyuman. Walaupun sudah lama bekerja namun saya masih merasa berat hati untuk bergerak ke tempat kerja. Saya mahu selalu lebih lama tidur di samping anak-anak saya..Tapi apakan daya, demi anak-anaklah saya harus bekerja..
Tapi kenapa saya begitu tidak bersemangat..
saya mahu pulang..
Thursday, July 19, 2007
POT PET 2007
Akhirnya saya berpeluang juga untuk blogging...setelah bertahun menyepikan diri dari masyarakat..hehe..sebenarnya baru saja dapat mengingati password. I'm back, kali ni bukan sekadar cerita tentang saya, Acap dan Adik..plus Dienul juga. Wah, Dienul jadi orang baru yg bakal saya ceritakan di blog ini. Mulai besok saya harus pandai mencuri waktu untuk blogging.
Let's blogging ria
Wednesday, February 23, 2005
AKU KEMBALI LAGI
Sudah lama sekali saya tidak membuat sebarang posting di blog ini, iaitu sejak umur anak saya 7 dan 6 tahun sehinggalah mereka berusia 8 dan 7 tahun. Kali terakhir adalah dalam bulan Disember..sungguh lama bukan?Selepas itu blog saya pun menjadi sepi tanpa sebarang berita. Jujur saya katakan, tidak adalah alasan lain yg lebih kukuh selain dari mengaku bahawa diri saya ini sangat malas. Iya, saya pasrah atas kelemahan diri ini..
Bukannya tidak banyak masa lapang untuk membuat posting, tapi sejak PC saya di up-grade saya lebih suka bermain game. Tapi setelah saya mencuba semua game yg ada saya pun menjadi bosan..dan sekarang saya telah kembali ke jalan yg pangkal jalan...[Oh blogku..maafkan daku atas kealpaan ini]
Mulai dari hari ini saya akan menguatkan semangat saya untuk membuat posting.....sekaligus menuju ke arah masa depan yg lebih cemerlang <--apa kaitannya?
Thursday, December 16, 2004
ADA APA DALAM BEG TANGAN SAYA?
Kejadian ragut semakin menjadi² sejak kebelakangan ini, oleh itu saya mengambil inisiatif untuk meminimumkan barang² yang terkandung di dalam beg tangan saya. Duit pun saya bawa ala kadar sahaja. Kalau boleh saya ingin beg tangan saya kelihatan se'nipis' yang mungkin, walaupun ia tidak menjamin beg tangan saya akan bebas dari ancaman peragut.
Saya pun bercadang untuk mengemaskinikan isi kandungan beg tangan saya. Mari kita lihat apa yang terkandung dalam beg tangan saya sekarang:
1. Dompet
Dompet yg berwarna hitam ini adalah hadiah pemberian ibu saya dan merupakan dompet rasmi saya. Di dompet ini terdapat:
1.MyCard.
2.Kad ATM Bank Niaga.
3.Kad ATM Bumiputra Commerce.
4.Kad ATM Standard Chartered.
5.Kad PRUassist.
6.Kad Lesen Belajar Memandu.
Saya mengambil keputusan untuk tidak membawa dompet ini lagi. Hanya MyCard saja yg akan saya bawa jika ke mana².
2. Sunglasses.
Kaca mata ini sangat penting bagi saya. Terutama sekali mata saya sangat sensitif terhadap kilauan cahaya matahari. Jadi Kaca mata ini akan terus berada di dalam beg tangan saya.
3. Small pouch.
Pouch kecil ini sangat senang di bawa ke mana saja. Di pouch inilah tempat saya menyimpan coins dan duit RM50 ke bawah. Biasanya saya hanya akan membawa pouch ini ketika keluar lunch ataupun ke kedai runcit. Small pouch ini juga akan tetap berada di dalam beg tangan saya.
4. Calculator.
Barang ini juga akan terus stay dalam beg tangan.Don't ask why. Setelah sekian lama hidup bergantung dengan mesin kira², 1+1 pun tidak lagi semudah 1,2,3.
5. Handphone.
Aset penting! A must have item.
6. Cosmetic pouch.
Kelihatan terlalu besar untuk di bawa ke sana kemari. Sometimes saya hanya mengenakan lipstik sekali sahaja. Jumlah lipstik dan lipgloss yg terdapat di dalam pouch ini adalah:
a) 2 batang lipstik maybelline jelly plumpy.
b) 3 batang lipstik Loreal' Invinceble.
c) 2 batang Revlon lipglide
d) 1 Maybelline watershine liquid diamond gloss
e) 1 Revlon super lustrous gloss
f) 1 batang Nivea lip care
g) 1 batang Revlon lipliner
h) Revlon One step compact makeup
i) Perfume Escada sentiment
Iya, begitulah jumlah alat makeup yg tidak saya perlukan tapi selalu berada dalam beg tangan saya. Saya akan meminumumkan jumlah yang akan di bawa. iaitu sebatang lipstik sahaja.
7. Resit² pembelian yg lama.
resit yg paling lama adalah pada bulan mei 2004. Need to say more? Out..Out!
8. Ubat.
Prednisolone & Chloramine akan terus berada dalam beg tangan saya.
9. Tisu.
Saya tidak pasti jika saya pernah menggunakan tisu yang sudah renyuk ini. Disebabkan saya agak ragu² akan tahap kebersihannya maka tisu ini harus dibuang.
10. Pocket Dictionary.
Sejak ada pocket dictionary ini saya tidak perlu lagi bersusah payah membawa dictionary yang tebal dan berat. Walaupun tidak terlalu complete tapi sometimes membantu saya juga especially jika saya berada di tempat yg tiada PC yg membolehkan saya meng'access dictionary.com. This item will stay.
11. Kunci office.
stay.
12. Habuk & semut.
Setelah menyemak kembali barang² yg berada di dalam beg tangan saya, saya mendapati tidak ada lagi yg berada di dalam beg melainkan habuk² dan cebisan kertas dan juga..emm..beberapa ekor semut. Don't get me wrong..tidak, saya tidak memelihara semut di dalam beg, tapi gula² yang sudah lama saya tinggalkan di dalam drawer telah diharungi semut. Ini menyebabkan semut² tersebut tersesat ke dalam beg saya.
Setelah mengemaskini kan barang² yg penting dan tidak penting. Saya pun merasa lega kerana selain bahu saya merasa kurang sakit, saya juga telah menjadikan beg saya kelihatan kosong.
Tapi yg penting sekali selalu prihatin dengan persekitaran anda dan banyak berdoa agar dijauhi dari mara bahaya. Amin.
Thursday, December 09, 2004
I'M 27 TODAY.
Alhamdullilah saya telah berumur 27 tahun di hari yang bahagia ini. Sebenarnya saya tidak terfikirpun untuk merayakan ulangtahun saya, kalau zaman kecil² dulu jangan cakaplah. Sehari sebelum birthday saya pasti sudah me'remind'kan mama dan bapak saya untuk membeli kek harijadi. Sekarang bagi saya, apa yang penting saya akan coba untuk selalu bersyukur dengan nikmat yang Allah s.w.t. berikan kepada saya.
Saya baru sahaja sembuh dari jangkitan tonsil. Sejak hari sabtu lalu saya hanya terbaring lesu lemah tak bermaya. Jangkitan yg saya alami agak serius sehinggakan saya tidak bisa berkomunikasi dengan baik. Bahkan membuka mulut sekalipun sangat sukar sekali, dan sejak hari sabtu sehinggalah ke hari selasa saya menghadapi kesukaran untuk minum mahupun makan, biar seketul drumstik ayam pun amat sukar untuk dihabiskan. Walaupun sekarang keadaan saya semakin beransur pulih namun saya masih menghadapi kesukaran untuk mengunyah makanan. Saya rasa jika saya diberikan seketul drumstik ayam, kelambatannya adalah dalam nisbah -->satu kunyahan:5M jauhnya siput ber'insut' atau kata suami saya 'mengensot'. Jadi bayangkanlah betapa lamanya saya makan.
Sekarang telah pun masuk waktu lunch, jadi...saya harap sahabat saya akan sabar dengan ke 'slow'an saya kerana hari ini adalah birthday saya.
For those yang telah mengirim card, e-card, sms dan yg wish secara face to face..terima kasih saya ucapkan.
Tuesday, November 23, 2004
SYAWAL PUN TIBA
Hari ini genap lah syawal yang ke 10. Aidilfitri kali ini sambutan kami sekeluarga sederhana saja. Maklum sajalah, ini adalah Aidilfitri pertama kami sambut tanpa kehadiran Datuk tercinta..aisey..ni yg bikin menangis ni...control..control...
Hari raya pertama seperti biasa kami balik Kampung Papar. Iyalah, dari dulu pun memang balik sana saja. Datuk dan nenek sebelah bapak sudah lama tiada sejak bapak saya kecil lagi. Sejak dulu lagi kami cuma merasa kasih sayang datuk dan nenek sebelah mama saja. Jadi soal balik kampung siapa di hari raya tidak pernah wujud dalam kamus hidup keluarga saya..begitulah adanya.
Hari raya pertama memang saya terasa sunyi, sebab cousin² seangkatan dan se'geng' tidak balik ke kampung. Selepas makan saya cuma menonton tv sahaja sambil makan kuih. Selepas itu saya pun tidur. Nasib baiklah ramai sepupu² saya menemani anak saya bermain, jadi tidur saya pun tidaklah terganggu. Selepas saya sedar dari tidur mama saya dan makcik² saya telah pun kembali dari berhari raya di rumah adik nenek saya yang terletak di sebelah rumah sahaja.
Sebenarnya saya bercadang untuk tidur semalam sahaja di kampung, tapi disebabkan pakcik saya yang tinggal di KL menangguhkan penerbangannya ke hari yg berikutnya, maka saya pun nekad untuk tinggal sehari lagi demi untuk nenek tercinta. Hari ke-2 raya mama dan bapak saya telah pulang ke KK kerana rumah kami telah kecurian (again??) dan tinggal lah saya dan anak² saya di kampung halaman..dan juga adik saya yang bertindak sebagai 'babysitter' di kala saya ingin tidur...hahahaha..
Malam raya ke-3 nenek saya memberikan saya tanggungjawab untuk memasak untuk seisi rumah. Makcik saya dan nenek saya cuma makan lauk² raya yg telah dipanaskan. Tapi setelah beberapa hari makan makanan yg berlemak dan penuh ke'santan'nan, ke'rempah'an dan ke'minyak'an, maka saya pun bercadang memasak makanan yg bebas dari sebarang lemak tepu..iya..menu itu tidak lain dan tidak bukan adalah telur goreng dan corned beef...dan saya pun memanggil semua sepupu² kecil saya termasuk anak saya, untuk beratur mengambil nasi sambil saya berlagak seperti ketua chef yg membahagi²kan lauk.
Bila terkenang semasa dulu, sambutan Hari Raya ketika saya masih kecil sangat meriah sekali. Bukan sebab waktu kecil dapat duit raya. Seingat saya zaman kanak² saya tidak ada sama sekali istilah 'duit raya'. Kalau ndak percaya tanyalah makcik saya. Tapi yg paling best tu bab main bunga api...dulu hari raya kalau tiada bunga api dan mercun ibarat roti canai tanpa kuah..ataupun mee laksa tanpa kuah laksa...begitulah betapa bermakna sekali sambutan raya di zaman kanak² dengan kehadiran api berwarna warni...sekarang ni dapat beli mercun pop² tu pun kira bernasib baik...
Selain dari itu, disebabkan saya adalah generasi cucu nenek saya yg terawal dilahirkan selain dari kakak saya (iya la bah..nama pun kakak) maka kami bertanggungjawab untuk membantu kerja² dapur..termasuk lah makcik saya yg bongsu sebab umur makcik saya tidak jauh dari umur kami..3 kilometer saja jauhnya..heheh...kerja² dapur yg saya katakan di sini adalah : mengelap piring dan mengisi campuran(kuih² tradisional). Dulu malam takbir berduyun² tetamu datang ke rumah( padahal besok baru raya)..Kalau orang² kampung biasanya kami berikan kuih 'campuran' saja, kalau orang bandar barulah kami hidangkan biskut raya..itu pun biskut buatan sendiri..dulu² mana ada biskut yg main order, rasa pun sama saja, bentuk saja lain....Kalau ndak percaya tanyalah nenek saya...
Saya: betul kan nek..
Nenek saya: auk, banar atu. (iya, betul tu)
Lihatlah, betapa bersemangatnya sambutan raya dulu². Dulu dapur nenek saya masih lagi di tingkat atas, jadi satu rumah tu terang berderang menyambut kehadiran lebaran. Tapi sekarang hanya tingkat bawah saja yg terang, lampu 'lip lap' pun tidak mampu untuk menceriakan sambutan raya kali ini. Sedih sungguh rasa di hati. Dulu di pagi syawal satu family (mama saya mempunyai adik beradik seramai 9 orang) akan bersalam-salaman di pagi raya..siap nangis-nangis..lepas tu gelak ketawa sesama kami saja sudah cukup membuatkan hari raya lebih dari sekadar sambutan raya..seperti kenduri pun ada...
Walaupun dulu rumah nenek kondisinya tidak lah sebaik sekarang, di mana dahulu bahagian bawah rumah nenek masih lagi berlantaikan tanah...setiap kali semua keluarga berkumpul, penuh sesaklah di setiap penjuru rumah bila tiba sahaja waktu tidur, dan setiap tempat mewakili keluarga masing²...tilam pun dibentangkan..masing² mencari bantal dan selimut..kadang² ada yg membawa bantal dan selimut sendiri kerana bantal yang ada di rumah nenek biasanya "out of stock"..hehe...dan kini, keadaan sudah berubah, bilik tidur sudah bertambah di tingkat atas...di bahagian bawah rumah nenek pun telah di renovasi untuk di jadikan ruang tamu, maklumlah nenek pun sudah tua, tidak larat lagi untuk naik turun tangga..ruang dapur juga berpindah ke tingkat bawah..semakin luaslah rumah nenek saya, tidak seperti zaman kami kanak² dulu...tapi.. semakin kosong pula terasa.
Saya pun tidak tau jika anak-anak saya merasa seronok menyambut lebaran seperti yang saya rasakan ketika saya sebaya mereka dulu. Bila saya bertanyakan Acap & Adik kenapa hari raya 'best' bagi mereka? Inilah jawapan mereka:
Acap: Sebab Acap pakai baju hari raya sama dapat duit raya.
Adik: Adik suka hari raya sebab umi beli pop², dapat duit raya juga sama macam Acap. Umi minta duit raya!! Umi belum kasi lagi..
Saya: Adik..ndak buli tuh begitu..hari raya bukan setakat main pop² dan duit raya saja...ia sebenarnya melambangkan...
Adik: Adik mau duit raya!!!...beli tabung juga!
Saya: Materialistik sungguh!...ish..nah, duit raya...ok continue..Aidilfitri adalah hari yang..
Adik & Acap: Bye umi...Acap sama Adik mau pi hari raya...
Saya: waaaaaaaa...waaa.......kejam..
Hari sabtu lepas kami mengambil gambar beramai-ramai di kampung, maklumlah pakcik saya yang di KL mempunya anak yang ramai, jadi kira meriah jugalah bila mereka berkumpul bersama kami di kampung. Masih banyak sebenarnya ruang kosong yg seharusnya diisi oleh kaum keluarga yang tidak dapat pulang berhari raya. Saya melihat nenek menangis sambil berpelukan dengan makcik saya, iyalah..bila ramai-ramai berkumpul teringat pula keluarga yang jauh di mata.
Tiba² saya teringat akan satu foto keluarga yang diambil sekitar tahun 80'an di hari lebaran. Seingat saya itu adalah foto adik beradik mama saya yang sangat lengkap pernah diambil. Kalau ada yang masih ingat, sudilah kiranya kita mencari beramai-ramai di mana hilangnya foto itu. Maklumlah baru² ini makcik saya menjumpai sijil nikah nenek saya yang sudah lama hilang. Mana tau nanti terjumpa peta harta karun..hehehe
Saya berharap suatu hari nanti kami sekeluarga akan berpeluang untuk berkumpul memenuhi ruang yang kosong di dalam album keluarga kami. Namun begitu, ada juga ruang kosong yang tidak mungkin terisi lagi. Arwah datuk dan pakcik saya tidak mungkin dapat mengisi ruang kosong di mana-mana foto album kami, tapi di hati kami selalu ada ruang yang istimewa buat setiap sanak saudara yang kami cintai.
Salam Lebaran,
Ana.
Friday, October 22, 2004
SELAMAT BERPUASA!
Selamat berpuasa semua! Cerita pasal puasa ni, tiada apa yang lebih best selain dari cerita pasal juadah berbuka. Walaupun cerita² seperti ini boleh menimbulkan unsur-unsur perut berkeroncong..namun itulah dugaan di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini. Sesiapa yg tidak tahan puasa, adalah dinasihatkan agar tidak meneruskan pembacaan anda. Dikhuatiri anda akan mendengar Azan Maghrib lebih awal dari sepatutnya...Sekian dan terima kasih.
Puasa kali ni sama saja macam puasa yang lepas-lepas. Kuih muih di bazaar Ramadhan juga nampak sama saja macam bulan puasa yang lepas-lepas. Ada warna hijau tua, oren, fuschia pink, lavender, lilac, beige, bronze...entah berapa sudu kandungan pewarna yang dicampur. Saya pun kadang ragu, itu makanan kah atau perhiasan? Warna tu bukan main striking lagi. Sepanjang beberapa hari puasa ni, adalah sedikit sebanyak saya perhatikan gerai-gerai yang menjual juadah yang menyelerakan. Berikut adalah gerai yang menjadi pilihan saya.
GERAI SUAMI ISTERI YANG LESU MENJUAL TEPUNG PELITA SEDAP.
Ada satu gerai ni sungguh low-profile. Saya menggelar gerai mereka 'GERAI SUAMI ISTERI YG LESU.....YANG MENJUAL TEPUNG PELITA SEDAP. Senang saja kalau ingin mencari gerai ini, perhatikan saja riak wajah penjual di gerai tersebut..mereka sanggat lesu dan kurang bermaya. Kemarin saya dan Miza buat kesekian kalinya membeli kuih tepung pelita mereka yang sangat 'marvelesss' ini. Kali ini mereka dibantu oleh dua orang anak mereka. Ketika mereka memasukkan kuih ke dalam bakul plastik, saya perasan yang Miza ketawa-ketawa sinis terhadap mereka. Jadi saya pun bertanya alasannya berbuat demikian. Miza pun mejelaskan dia ketawa melihat mereka berniaga, kelihatan sangat 'tidak bermaya sekali' ketika memasukkan kuih muih tersebut..dan saya pun mengakuinya.
Iya, itulah gerai pilihan pada minggu ini. Selamat mencari!
Monday, October 11, 2004
ASYRAF'S 6TH BIRTHDAY.
My dear beloved Asyraf,
Happy 6th birthday Acap,..Umi doakan yang terbaik buat anak² umi. Semoga menjadi insan berguna di masa hadapan. Amin.
Acap, semalam tepat jam 12.00 umi cium Acap dan ucap selamat ulang tahun. Waktu itu Acap sudah tidur, lena betul..siap berdengkur lagi. Umi, check handphone KALAU ada sesiapa yang mau wish 'happy birthday'... Ndak apa lah, mungkin dia lupa. Mungkin dia busy dengan kerja dan study, Mungkin hari ini dia akan call, cakap dengan Acap. Mungkin Acap pun tidak kisah, tapi umi kisah...
Acap, Umi minta maaf sebab birthday kali ini kita celebrate kecil²lan saja. Padahal dari awal lagi Acap sudah bilang, Acap mau celebrate di sekolah, macam last year. Umi rasa bersalah sekali dengan anak umi. Semalam umi janji dengan Acap, umi akan buat juga party buat Acap di sekolah walaupun lambat sedikit. .dan semalam sebelum tidur kita sempat bicara:
'Acap, sekejap lagi birthday Acap'
'sekarang kah? ini siang?' (sambil tersenyum manis)
'pukul 12 ni Acap 6 tahun, Acap sudah besarlahh..' (sambil peluk Acap)
'Acap..umi ndak buat birthday party di sekolah..ndak apa kah? Acap marah? Umi janji umi buat juga nanti. '
'(sambil Acap merenung saya, sambil tersenyum) Ndak apa, Acap ndak marah umi'
'Acap kestau umi, Acap mau apa, nanti umi beli'
'(sambil berfikir) Hmm..hmm...Umi, Acap ndak mau mainan lagi..Umi ndak suka Acap beli mainan kan?...hmm..Acap mau komputer yg keluar suara tu, yang macam ima punya'
'erm..ermm..komputer?..ooo..yang itu tu...Acap...nanti umi kasi beli ok..lambat sikit ndak apa kan?'
'yeaa..em..em..ndak jadilah...kesian umi..umi tiada duit sudah'
'Nanti Acap kasi tau bapa kirim duit ok..atau Acap suruh opa beli lah..ok'
'Ndak payah...Umi ada duit. Cuma lambat sikit saja..' (sebak rasanya..)
'Umi...umi jangan sedih...Acap ndak mau itu lah..Acap mau kek yang kecil saja, yang ada patung doremon kecil'
'Umi ndak sedih..umi beli juga nanti..tapi sekarang Acap mesti tidur, besok kita beli kek.
'umi...Acap mau tidur peluk umi'
'Iya..sini sama umi. Umi mau peluk anak umi yang gemuk ini..'(sambil menggelitik Acap)
'eeeee..eeee...hahahaa'
'Umi, good night...I love you'
'Goodnight..I love you too'
dan semalam ada sesuatu yang Acap katakan yang membuatkan saya kagum sekali dengan cara Acap berfikir...and i wish the same thing too.
'HAPPY 6TH BIRTHDAY SWEETHEART'
Thursday, October 07, 2004
BILA KK MENANGIS.
Sejak beberapa hari ni cuaca di KK sangat sensetif sekali. Awal pagi menangis, petang pun menangis. Rasanya adalah dekat 2 minggu kami menjemur baju di bawah kipas angin. Mandi pun malas...(sebenarnya kalau tidak hujan pun saya malas mandi)
Saya masih ingat lagi, sewaktu saya masih kecil(belum tadika) mamabapa saya akan menghantar saya dan kakak saya di rumah arwah makcik saya untuk dijaga. Rumah arwah makcik saya adalah jenis rumah berdiri di atas tiang. Tiang rumahnya tidaklah terlalu tinggi, cukup untuk budak kecil seumur kami masuk di bawahnya(kami panggil bawah kolong) untuk bermain.
Waktu itu, kawan kami bermain adalah the only cousins kami di sebelah bapa. Umur kami pun tidak lah jauh beza. Bila musim hujan, itulah saat yang paling kami tunggu². Selepas hujan reda kami pasti akan turun di bawah 'kolong', nah, di situlah kami akan lihat cacing tanah keluar dari habitat mereka, besar² dan gemuk² belaka. ..dan akan terbentuk bermacam² corak di atas tanah, iya..itu adalah jejak yg mereka tinggalkan..
Selain dari itu, kami juga akan menjalankan aktiviti menangkap anak katak alias 'berudu'. Ini adalah aktiviti favourite kami. Kami menangkap anak berudu ini di longkang depan rumah arwah makcik saya...(wah, pengotor sekali kami...) Tapi, longkang rumah waktu itu bukan macam longkang rumah sekarang. Saya masih ingat lagi keadaan longkang tersebut. Airnya sangat jernih, sehinggakan kami boleh melihat berudu tersebut dengan jelas dan aktif sekali. Malah airnya pun boleh dibuat mineral water..hehe(ini sudah melebih..) Kalau sekarang jangan kan berudu, bakteria pun tidak sanggup hidup di longkang.
Kalau di kampung saya lain pula cerita dia, dulu kalau musim hujan nenek saya mesti suruh kami kasi off TV. Kalau terdengar bunyi kilat @ petir@ halilintar@ guntur @ temparik nah...ready² lah..adalah rambut yg kena gunting..lepas tu kena tunu'(bakar)..reason?
saya: nek, napa mau bakar tu rambut yg kena gunting?
nenek: supaya inda kana guntur.. (translation:supaya tidak kena petir)
saya: Ooo...(sambil menutup hidung kerana tercium bau hangus rambut saya dibakar)
sebenarnya saya pun tidak ingat jika saya pernah bertanya begitu, tapi saya yakin conversation seumpama itu pernah terjadi.
Tapi hal yang WAJIB bagi setiap kanak² adalah mandi air hujan! bukan air shower yang macam air hujan..tetapi air hujan sebenar...yeah! dan itu adalah satu pengalaman yang paling menyeronokkan. Sesiapa antara anda yg belum pernah mencoba, memang zaman childhood anda tidak lengkap. Lagipun untuk bermain hujan di zaman millenium ini tidak sama seperti zaman saya kecil² dahulu. Dulu..kalau main hujan..paling² pun demam sebab sejuk masuk angin..sekarang ini kalau main hujan...selain dari demam, ada banyak lagi penyakit yang available..Hihi
Di luar office sekarang, hujan masih lebat...awan masih mendung...cuaca yang sama suatu ketika dahulu... saat saya melihat cacing tanah di bawah 'kolong', main 'berudu', 'tunu' rambut, dan mandi air hujan.
I had so much FUN!
Wednesday, October 06, 2004
MY TWO HEARTS THAT BEAT OUTSIDE ME.
Kalau ada yang bertanya apa yang bisa membuatkan hari saya yang paling 'buruk'menjadi hari yg meriangkan, hati yang saya yang keras menjadi lembut, senyum yang tawar menjadi manis...jawapannya adalah senyuman Acap & Adik. Tiada senyuman yang paling manis seperti senyuman dua insan kecil yang saya ibaratkan 'jantung yg berdenyut di luar diri saya'.
'Ana,..laughter is the best medicine, you know that..'
'well, not for me...you may see me laughing..but inside, my heart is crying like hell. You know what is the remedy? to see my boys smiling'
Ada hal yang dalam hidup saya yang tidak dapat saya gambarkan dengan kata². .iaitu melihat Acap & Adik membesar.
Semalam Acap menunjukkan saya yang dia telah bisa membuat 'air ais'.
Menurut Acap:
Mula² campur air mangga sama air putih. lepas itu kasi masuk dalam peti sejuk. Biar lama-lama. Nah..jadilah macam ini (sambil menunjukkan hasilnya)
Adik semakin pintar melukis, dan ada satu lukisan adik yang saya simpan di office ini. Adik telah melukis ikan NEMO. Saya telah berjanji akan membelikan fail untuk menyimpan lukisan Adik. Even Da Vincci's Mysterious Monalisa has failed to impress me.
suatu hari, Acap terlihat saya menangis,
'Umi nangis?'
'ndaklah, umi sakit mata'
'Jangan nangis..Acap ada..hati umi ndak sedih kan'
I TOLD YOU, NO POET COULD HAVE PUT IT BETTER
Last night, when sleep finally overcome them..i whispered something like any mothers would say to their little angle(s)...
'GOOD NIGHT ACAP, UMI LOVES YOU'
'GOOD NIGHT ADIK, UMI LOVES YOU'
-Ana

